Apa itu Nekrosis Avaskular?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Nekrosis Avaskular?

Nekrosis avaskular bermaksud kematian tisu tulang disebabkan oleh kekurangan bekalan darah.ia juga dipanggil osteonekrosis. Nekrosis avaskular boleh mengakibatkan pecahan kecil di dalam tulang yang  lama-kelamaan menyebabkan tulang tersebut patah. Aliran darah ke tulang boleh terhalang apabila tulang tersebut patah atau sendi beralih tempat. Nekrosis avaskular juga boleh berlaku akibat daripada pengambilan steroid berdos tinggi dan alkohol yang berlebihan.

Apakah kebarangkalian Nekrosis Avaskular?

Sesiapa sahaja boleh terkena nekrosis avaskular, namun ia lebih kerap berlaku pada golongan yang berumur di antara 30-60 tahun. Oleh itu, sekiranya kondisi ini berlaku pada umur yang lebih muda, ia akan meninggalkan kesan jangka panjang yang signifikan kepada individu tersebut.

Walaubagaimanapun, Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Nekrosis Avaskular?

Ramai orang tidak mengalami apa-apa simptom pada peringkat permulaan nekrosis avaskular. Apabila keadaan menjadi semakin teruk, sendi yang terlibat akan menjadi sakit apabila diletakkan beban ke atasnya. Lama-kelamaan ,sendi tersebut akan menjadi sakit walaupun hanya berbaring di atas katil.

Kesakitan itu dirasakan secara berperingkat daripada sakit yang sedikit sehingga teruk. Kesakitan yang berkaitan dengan nekrosis avaskular pada pinggul akan tertumpu pada groin, paha dan punggung. Selain daripada pinggul, bahu , lutut dan kaki juga boleh terkena kondisi yang sama.

Sesetengah orang mengalami nekrosis avaskular pada kedua-dua bahagian tubuh badan – sebagai contoh, pada kedua-dua pinggul dan lutut.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Hubungi doktor anda sekiranya mengalami kesakitan yang berterusan pada mana-mana sendi. Dapatkan bantuan perubatan segera jika anda rasa ada tulang yang patah atau sendi yang teralih.

Punca

Apakah punca Nekrosis Avaskular?

Telah terbukti bahawa nekrosis avaskular berlaku berpunca daripada aliran darah ke tulang yang terganggu dan tersekat. Masalah ini terjadi akibat daripada perkara berikut:

Trauma pada sendi dan tulang

Kecederaan seperti sendi yang teralih boleh merosakkan pembuluh darah yang berdekatan. Rawatan kanser yang melibatkan radiasi juga boleh melemahkan tulang dan membahayakan pembuluh darah.

Mendapan lemak pada pembuluh darah

Mendapan lemak boleh menyekat pembuluh darah yang kecil,lalu mengurangkan aliran darah ke tulang

Peyakit-penyakit tertentu

Keadaan perubatan seperti anemia sel sabit (sickle cell anemia) dan penyakit Gaucher juga boleh menyebabkan aliran darah ke tulang berkurangan.

Namun,kira-kira 25persen orang yang menghidapi nekrosis avaskular , punca aliran darahnya terganggu tidak diketahui.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Nekrosis Avaskular?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Nekrosis Avaskular didiagnosis?

Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal dan beberapa ujian untuk mengesahkan kondisi ini. Semasa pemeriksaan fizikal,doktor akan menekan kawasan sendi,untuk memeriksa sebarang kenyerian/kesakitan. Doktor juga akan menggerakkan sendi ke pelbagai posisi untuk melihat julat pergerakan tangan. Ujian dan prosedur  yang dilakukan untuk mendiagnos kondisi ini termasuklah:

Sinar-X

Ia boleh menunjukkan sebarang perubahan pada tulang yang berlaku pada peringkat lanjut nekrosisavaskular. Pada peringkat permulaan, sinar-X selalunya kelihatan normal.

MRI dan imbas CT

Ujian ini menghasilkan imej yang sangat halus dan teliti . Ia boleh menunjukkan sebarang perubahan awal pada tulang  yang disebabkan oleh nekrosis avaskular.

Imbas tulang

Sejumlah kecil bahan radioaktif akan disuntik masuk ke dalam vena. Bahan tersebut akan bergerak masuk ke bahagian tulang yang tercedera atau yang sedang dalam proses penyembuhan dan menunjukkan tompokan cerah pada skrin pengimejan

Bagaimana pesakit Nekrosis Avaskular dirawat?

Doktor selalunya akan memulakan rawatan dengan menghentikan kerosakan yang berlaku pada tulang dan sendi dan membantunya untuk sembuh kembali. Rawatan yang diberikan termasuklah ubat-ubatan, senaman, rangsangan elektrikal dan mengehadkan bebanan kepada sendi. Ubat tahan sakit jenis bukan steroid (NSAID) boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan. Kesudahannya, kebanyakan orang yang mengalami kondisi ini memerlukan pembedahan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Nekrosis Avaskular?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu untuk mengurangkan risiko nekrosis avaskular dan menambah baik kesihatan anda:

  • Mengehadkan pengambilan alkohol: Pengambilan alkohol yang berlebihan  adalah faktor risiko utama yang menyebabkan nekrosis avaskular
  • Mengekalkan tahap kolesterol yang rendah: Mendapan lemak didalam saluran darah adalah punca utama yang menyekat bekalan darah dari sampai ke tulang
  • Memantau penggunaan steroid : Pastikan doktor anda mengetahui tentang penggunaan steroid berdos tinggi pada masa lepas dan sekarang. Kerosakan tulang akibat daripada penggunaan steroid berdos tinggi  akan menjadi lebih teruk dengan pengulangan ubat tersebut.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.