Apa itu Natriuretic Peptide Otak?

Oleh

Definisi

Apa itu Natriuretic Peptide Otak?

Ujian Natriuretic Peptide otak (BNP) mengukur jumlah hormon BNP dalam darah anda. BNP dihasilkan oleh jantung dan menunjukkan kecekapan jantung anda berfungsi. Kebiasaannya, hanya terdpat jumlah kecil BNP di dalam darah anda. Akan tetapi sekiranya jantung anda perlu bekerja lebih keras berbanding biasa untuk tempoh masa yang lama, contohnya ketika berlaku kegagalan jantung , jantung akan melepaskan lebih banyak BNP, meningkatkan jumlah BNP dalam darah. BNP akan berkurang sekiranyan rawatan untuk kegagalan jantung berkesan.

Mengapa Natriuretic Peptide otak dilaksanakan?

Ujian BNP atau NT-proBNP mungkin dijalankan dalam keadaan-keadaan berikut :

  • Di dalam bilik doktor, sekiranya individu memiliki symptom yang berpunca daripada kegagalan jantung.
  • Di dalam bilik kecemasan,apabila seseorang menghadapi krisis dan/atau symptom yang berpunca daripada kegagalan jantung dan doktor perlu mengenalpasti segera sekiranya seseorang itu menghadapi masalah jantung atau masalah kesihatan yang lain.;
  • Untuk melihat keberkesanan terapi untuk kegagalan jantung.

Perkara-perkara yang perlu diketahui terlebih dahulu

Apakah perkara yang perlu diketahui sebelum menerima Natriuretic Peptide otak?

Tahap BNP mungkin menurun sekiranya rawatan untuk kegagalan jantung berkesan. Tetapi, tahap BNP mungkin juga kekal pada tahap melebihi tahap normal walaupun rawatan jantung berkesan. Doktor anda mungkin akan melaksanakan pemeriksaan fizikal dan ujian-ujian lain, beserta tahap BNP untuk memastikan rawatan anda berkesan.

Ketahui apa yang terjadi

Bagaimana persediaan untuk Natriuretic Peptide otak?

Anda mungkin diminta untuk tidak makan dan minum selama 8 ke 12 jam sebelum melakukan ujian BNP.

Doktor anda mungkin meminta anda untuk tidak mengambil ubat-ubatan tertentu untuk jantung sebelum ujian ini. Sila patuhi arahan doktor anda.

Berbincanglah dengan doktor anda mengenai sebarang kerisauan anda mengenai keperluan ujian, risikonya, bagaimana ia dilakukan dan apakah makna keputusan ujian tersebut.

Apa yang berlaku ketika Natriuretic Peptide otak?

Sewaktu ujian BNP darah, sejumlah kecil darah diambil dan dimasukkan kedalam mesin bagi mengesan tahap BNP dan NT-pro-BNP. Ujian ini mengambil masa sekitar 15 minit. Di sesetengah tempat, sampel darah perlu dihantar ke makmal berasingan untuk diuji..

Apa yang berlaku selepas Natriuretic Peptide otak?

Anda boleh kembali melakukan aktiviti biasa anda sejurus selepas selesai prosedur ujian. Doktor akan menilai keputusan ujian berdasarkan kesihatan anda dan faktor-faktor lain.

Sekiranya terdapat sebarang soalan mengenai natriuretic peptide otak, sila berbincang dengan doktor untuk memahami lebih lanjut.

Memahami keputusannya

Bagaimana mentafsir keputusan ujian?

Nilai biasa

Nilai biasa disenaraikan di bawah – juga digelar julat rujukan – hanya sebagai panduan.  Julat nilai ini adalah berbeza di antara makmal, dan makmal anda mungkin menggunakan julat nilai berbeza daripada kebiasaan. Makmal anda haruslah menyatakan julat niai yang digunakan sebagai rujukan.

  • Tahap BNP dibawah 100 pg/mL menunjukkan tiada kegagalan jantung.
  • Tahap BNP diantara 100-300 pgmL menunjukkat terdapat kegagalan jantung.
  • Tahap BNP diatas 300 pg/mL menunjukkan kegagalan jantung tahap ringan.
  • Tahap BNP diatas 600 pg/mL menunjukkan kegagalan jantung tahap sederhana.
  • Tahap BNP diatas 900 pg/mL menunjukkan kegagalan jantung tahap kritikal.

Nilai tinggi

Nilai BNP yang tinggi dalam darah:

  • Bermaksud peningkatan jumlah bendalir atau tekanan tinggi dalam jantung.
  • Boleh digunakan untuk menentukan tahap kekritikalan kegagalan jantung.
  • Mungkin bermaksud risiko lebih tinggikematian bagi individu yang mengalami kegagalan jantung.
  • Mungkin menunjukkan tahap awal kegagalan jantung bagi individu yang sedang menjalani dialisis buah pinggang.

Bergantung kepada makmal dan hospital, julat normal bagi natriuretic peptide otak mungkin berbeza. Sila berbincang dengan doktor anda sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai keputusan ujian anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 17, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.