Apa itu Mycoplasma Pneumonia?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Mycoplasma Pneumonia?

Mycoplasma pneumonia adalah istilah perubatan yang digunakan untuk radang pada paru-paru. Penyakit ini disebabkan mycoplasma pneumonia sejenis bakteria atau kuman atypical pneumonia yang mempunyai simptom berbeza berbanding radang paru-paru yang disebabkan jangkitan virus yang lain.

Apakah kebarangkalian Mycoplasma Pneumonia?

Penyakit ini selalu berlaku kepada individu yang berumur bawah 40 tahun. Anda boleh mengurangkan menghidap penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Mycoplasma Pneumonia?

Simptom ini biasanya ringan dan bermula 2 hingga 3 minggu selepas jangkitan. Simptom yang biasa berlaku adalah termasuk:

  • Ketidakselesaan pada dada
  • Seram sejuk
  • Batuk yang kering
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit tekak
  • Kerap berpeluh
  • Bernafas dengan laju
  • Ruam

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sila hubungi doktor anda sekiranya simptom tersebut berlanjutan dan tiada tanda-tanda kebah. Keadaan dan status seseorang boleh berubah-ubah pada kebanyakkkan orang. Sentiasa mendapatkan ansihat dan berbincang dengan doktor  untuk melakukan kaedah diagnostik dan rawatan yang bersesuaian dengan anda.

Punca

Apakah Punca Mycoplasma Pneumonia?

Jangkitan berlaku apabila anda menghirup titisan udara yang sama dengan orang yang dijangkiti batuk. Air liur ini mengandungi sejenis kuman yang dipanggil keradangan paru-paru. mycoplasma pneumoniae. Jangkitan mycoplasma, biasanya merebak dengan lebih cepat dikalangan individu yang tinggal bersama atau bekerja di ruangan yang sempit, seperti di dalam keluarga, sekolah dan tempat kerja.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Mycoplasma Pneumonia?

Ketika ini tiada maklumat yang mencukupi bagi mengenal pasti faktor yang meningkatkan risiko mycoplasma pneumonia. Walaubagaimanapun, individu yang mempunyai tahap imunisasi yang rendah adalah berisiko untuk terkena jangkitan ini. Juga, bagi individu yang tinggal di kawasan yang padat.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Mycoplasma Pneumonia didiagnosis?

Anda boleh mengambil aspirin, ubat anti-radang nonsteroid (NSAIDs, seperti ibuprofen atau naproxen) atau acetaminophen. Walaubagaimanapun, aspirin tidak sepatutnya digunakan paa bayi tanpa nasihat doktor. Berehat, minum banyak air juga boleh menyebabkan penyakit ini beransur pulih dan membaik.

Tambahan lagi, jika selepas mendapatkan rawatan dirumah tidak membantu mengurangkan kesakitan ini, anda dinasihatkan untuk ke hospital dan berjumpa doktor bagi membolehkan pengambilan suntikan antibiotik dan oksigen (sekiranya simptom bertambah teruk)

Bagaimana pesakit Mycoplasma Pneumonia dirawat?

Jika mengesyaki seseorang dengan mycoplasma pneumonia, doktor akan membuat diagnosis dari sejarah perubatan dan keputusan pemeriksaan perubatan. Doktor akan mengarahkan untuk membuat ujian bagi mengetahui tahap penyakit ini melalui Sinar-X, CT scan iaitu imbasan pada dada, ujian darah dan air liur. Sekiranya teruk, doktor akan melakukan pemeriksaan pada tisu secara terbuka atau open lung biopsy bagi mengenal pasti penyakit ini dengan lebih terperinci.

Di samping itu, doktor akan melakukan ujian untuk mengetepikan penyakit lain. Ini termasuk ujian darah dan kajian imej seperti CT dan MRI otak. Sentuhan/tatalan pada tulang belakang juga boleh dilakukan untuk memeriksa jangkitan, kanser dan punca psikosis yang lain.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Mycoplasma Pneumonia?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi mycoplasma pneumonia?

  • Mengambil antibiotik dengan jumlah yang ditetapkan seperti dinasihatkan oleh doktor sehingga habis.
  • Mengambil acetaminophen atau aspirin (kecuali kanak-kanak) untuk mengurangkan deman dan kesakitan.
  • Minum lebih banyak air untuk mengelakkan dehidrasi atau kehausan.
  • Basuh tangan dengan sempurna
  • Tidak merokok
  • Mengambil suntikan flu secara tahunan. Sila rujuk doktor anda mengenai vaksin yang tersedia dan juga vaksin radang paru-paru.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu April 3, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 3, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda