backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Mulut Kering Sampai Sakit Dibuatnya, Apa Punca & Bagaimana Rawat Kondisi Ini?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 14/01/2022

Mulut Kering Sampai Sakit Dibuatnya, Apa Punca & Bagaimana Rawat Kondisi Ini?

Definisi

Apa itu Mulut Kering?

Mulut kering adalah keadaan apabila mulut anda menjadi kering secara luar biasa.

Ia biasanya disebabkan oleh dehidrasi, apabila anda gugup, atau pengurangan air liur di dalam mulut anda.

Ia juga merupakan kesan sampingan yang sering berlaku disebabkan pengambilan ubat-ubatan.

Kekeringan mulut juga meningkatkan risiko kerosakan gigi dengan meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria, menghadkan pertumbuhan bakteria dan pembersihan partikel makanan.

Apa risiko Mulut Kering?

Kondisi ini adalah sesuatu yang sangat biasa berlaku.

Kekeringan mulut juga boleh menjejaskan pesakit tanpa mengira usia.

Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom Kekeringan Mulut?

Simptom-simptom biasa kondisi ini adalah:

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang mana-mana gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

mulut kering

Bila saya harus jumpa doktor?

Jika anda mengalami sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.

Langkah yang terbaik untuk membincangkan dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apa punca Kekeringan Mulut?

  • Ubat: beberapa ubat tertentu yang anda gunakan mungkin meninggalkan kesan sampingan yang menyebabkan kondisi ini. Ubat-ubatan tersebut mungkin digunakan untuk merawat kemurungan, neuropati, keresahan, ubat-ubatan otot dan ubat sakit.
  • Dehidrasi: ia boleh berlaku selepas demam, muntah, cirit-birit, dsb.
  • Penuaan: orang yang lebih tua cenderung mempunyai lebih banyak masalah kesihatan yang boleh menyebabkan kondisi ini.
  • Rawatan kanser: ubat kemoterapi boleh menjejaskan pengeluaran air liur.
  • Kerosakan saraf: selepas pembedahan atau kecederaan, anda mungkin mengalami mulut kering akibat kerosakan saraf.
  • Keadaan kesihatan lain seperti penyakit autoimun, sindrom Sjogren, HIV / AIDS, strok dan penyakit Alzheimer boleh menyebabkan mulut kering akibatnya, walaupun bernafas dengan mulut terbuka juga boleh menyebabkan mulut kering.
  • Merokok: menggunakan atau mengunyah tembakau boleh menjejaskan jumlah air liur di mulut anda.

mulut kering

Faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Mulut Kering?

Terdapat banyak faktor risiko untuk kondisi ini, seperti:

  • Menyalahgunakan ubat-ubatan;
  • Sindrom Sjogren;
  • Diabetes;
  • HIV / AIDS;
  • Kemurungan;
  • Tekanan darah tinggi;
  • Penyakit Alzheimer;
  • Penyakit Addison;
  • Sirosis alkohol;

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Mulut Kering didiagnosis?

Doktor atau doktor gigi anda akan memeriksa mulut anda dan bertanya soalan mengenai sejarah perubatan anda serta ubat-ubatan yang anda gunakan.

Ujian atau pemeriksaan darah kadang-kadang diperlukan untuk menguji pengeluaran air liur anda.

Jika anda berkemungkinan mengalami sindrom Sjogren, doktor anda akan mengambil sampel biopsi daripada kelenjar liur untuk ujian.

Bagaimana pesakit Mulut Kering dirawat?

Rawatan mulut kering bergantung kepada apa yang menyebabkan masalah tersebut:

  • Jika kekeringan mulut disebabkan oleh ubat-ubatan, doktor anda mungkin menyesuaikan dos atau mengubah ubat-ubatan lain untuk mengawal keadaan ini.
  • Jika kelenjar air liur anda tidak berfungsi dengan baik tetapi masih boleh menghasilkan sedikit air liur, doktor atau doktor gigi anda mungkin mempreskripsikan ubat yang membantu kelenjar berfungsi lebih baik. Melindungi gigi anda mungkin juga disyorkan.

mulut kering

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kekeringan Mulut?

Perubahan gaya hidup dan remedi di rumah boleh membantu anda menghadapi kondisi ini:

  • Sentiasa melembabkan mulut dengan meminum air atau minuman tanpa gula atau gula-gula getah tanpa gula;
  • Elakkan bernafas dengan mulut anda, bernafas melalui hidung anda;
  • Melembapkan bibir anda untuk menenangkan kawasan kering;
  • Elakkan produk yang boleh menyebabkan kondisi ini, seperti kafein, alkohol, tembakau, makanan manis atau berasid;
  • Menjaga mulut anda dengan menggunakan ubat gigi fluorida, flos gigi anda dan ingat untuk menetapkan temujanji dengan doktor gigi anda dengan tetap untuk mengelakkan mulut kering dan kerosakan gigi.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farizah Mohd Ikbal · Disemak pada 14/01/2022

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan