Apa itu Mono ?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Mono?

Mononukleosis, yang juga dipanggil “mono,” adalah penyakit biasa yang membuatkan anda letih dan lemah untuk beberapa minggu atau bulan. Mono boleh hilang dengan sendirinya, tetapi rehat yang cukup serta penjagaan diri yang baik boleh membuatkan anda berasa lebih sihat.

Keadaan ini juga dikenali sebagai penyakit ciuman. Virus penyebab mono merebak melalui air liur, jadi anda boleh mendapatnya melalui ciuman, tetapi anda juga boleh dijangkiti melalui batuk atau bersin, atau berkongsi cawan atau peralatan makanan bersama individu yang menghidapi mono. Walau bagaimanapun, mononukleosis tidak berjangkit seperti jangkitan lain, contohnya selsema.

Apakah kebarangkalian Mono?

Mononukleosis (mono) sangat biasa berlaku. Ia boleh terjadi pada semua peringkat umur dan boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berjumpa doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Mono?

Simptom-simptom biasa untuk mononukleosis ialah:

  • Lesu;
  • Sakit tekak, boleh jadi jangkitan streptokokus pada tekak yang tidak baik selepas menggunakan antibiotik;
  • Demam;
  • Bengkak nodus limpa pada tengkuk dan ketiak;
  • Bengkak tonsil;
  • Sakit kepala;
  • Ruam pada kulit;
  • Limpa menjadi bengkak dan lembut.

Tempoh pengeraman virus berlaku lebih kurang dalam empat hingga enam minggu, mungkin lebih pendek bagi kanak-kanak. Tanda dan simptom seperti demam dan sakit tekak selalunya berkurang selepas beberapa minggu, tetapi lesu, nodus limpa membesar dan limpa bengkak masih kekal untuk beberapa minggu lagi.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus berjumpa doktor anda jika anda mengalami tanda-tanda berikut:

  • Anda mengalami sakit yang teruk pada bahagian kiri atas abdomen anda. Ini mungkin bermakna limpa anda telah pecah. Jarang sekali berlaku limpa yang membesar, pecah disebabkan oleh mono. Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh pukulan pada abdomen.
  • Tonsil anda membengkak sehingga anda sukar untuk bernafas atau menelan.
  • Anda tidak pernah didiagnosis dengan mono dan mengalami sakit tekak yang teruk, berlaku lebih daripada 2 hingga 3 hari selepas mencuba rawatan di rumah.
  • Anda tidak pernah didiagnosis dengan mono dan telah mencuba rawatan di rumah untuk 7 hingga 10 hari, dan mengalami kekurangan tenaga, sakit badan dan/atau bengkak nodus limpa (kadang kala dipanggil bengkak kelenjar).

Punca

Apakah Punca Mono?

Mono biasanya disebabkan oleh virus Epstein-Barr (EBV). Ia sering terjadi pada golongan remaja dan dewasa muda. Kanak-kanak boleh dijangkiti virus ini, tetapi selalunya tidak disedari kerana mereka hanya mengalami simptom yang ringan. Golongan dewasa yang lebih tua selalunya tidak dijangkiti mono kerana mereka sudah mempunyai imuniti terhadap virus ini.

Mono boleh merebak melalui sentuhan air liur, mukus dari hidung dan kerongkong, dan kadang kala melalui air mata. Jika anda mempunyai mono, elakkan daripada menjangkiti orang lain dengan tidak mencium sesiapa dan tidak berkongsi barang seperti gelas minuman, peralatan makanan atau berus gigi.

Sebaik sahaja anda sembuh daripada mono, semua simptom akan hilang tetapi virus tersebut masih kekal bersama anda. Virus ini akan menjadi aktif dari masa ke semasa tanpa mengakibatkan sebarang simptom. Apabila virus ini aktif, ia akan merebak kepada orang lain. Kebanyakan individu dijangkiti mono ketika dewasa.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Mono?

Terdapat banyak faktor risiko untuk mononukleosis, seperti:

  • Berumur 15 hingga 24 tahun, terutamanya jika anda berhubung rapat dengan ramai orang.
  • Membuat sentuhan rapat dengan individu yang menghidapi mono atau jangkitan EBV yang aktif.
  • Berkongsi gelas minuman, peralatan makan, pinggan mangkuk atau berus gigi dengan individu yang dijangkiti.

Selepas anda dijangkiti mono, virus mungkin akan kekal dalam tubuh anda selama-lamanya. Tetapi anda tidak akan dijangkiti mono lagi.

EBV tidak merebak melalui udara. Anda boleh tinggal bersama individu yang mempunyai mono dan tidak akan dijangkiti oleh virus tersebut.

Kebanyakkan individu pernah dijangkiti EBV sebelum ini tidak akan mengalami mono lagi apabila mereka terdedah kepada individu yang menghidapinya.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Mono didiagnosis?

Pemeriksaan fizikal. Doktor anda boleh mengesyaki mononukleosis berdasarkan tanda dan simptom yang anda alami, berapa lama simptom-simptom ini berakhir dan pemeriksaan fizikal. Doktor akan mencari tanda seperti bengkak nodus limpa, tonsil, hati dan limpa, serta memikirkan bagaimana tanda-tanda ini berkait dengan simptom anda.


Ujian darah:

  • Ujian antibodi. Jika memerlukan maklumat tambahan, ujian mono spot akan dilakukan untuk memeriksa antibodi kepada virus Epstein-Barr di dalam darah anda. Ujian saringan ini hanya memakan masa satu hari untuk mengetahui keputusannya. Tetapi ujian ini mungkin tidak dapat mengesan jangkitan yang berlaku ketika minggu pertama. Ujian antibodi yang lain memerlukan masa yang lebih lama tetapi dapat mengesan penyakit ini walaupun dalam minggu pertama simptom muncul.
  • Kiraan sel darah putih. Doktor anda mungkin menggunakan ujian darah lain untuk mencari peningkatan bilangan sel darah putih (limfosit) atau limfosit yang kelihatan abnormal. Ujian darah ini tidak mengesahkan jangkitan mononukleosis tetapi ujian ini mencadangkan kemungkinannya.

Bagaimana pesakit Mono dirawat?

Tiada rawatan khas bagi merawat jangkitan mononukleosis. Antibiotik tidak berkesan untuk melawan jangkitan virus seperti mono. Rawatan kebanyakanya melibatkan rehat, pengambilan nutrisi yang sihat dan minum banyak air.

  • Merawat jangkitan kedua. Jangkitan streptokokus (strep) jarang sekali berlaku bersama sakit tekak yang disebabkan oleh mononukleosis. Anda mungkin mengalami jangkitan sinus atau jangkitan pada tonsil anda (tonsilitis). Jika ini terjadi, anda memerlukan rawatan antibiotik untuk jangkitan bakteria ini.

Risiko untuk ruam berlaku dengan ubat tertentu. Amoxicilin atau jenis penisilin yang lain tidak disarankan bagi pesakit mononukleosis. Hanya sesetengah pesakit mononukleosis sahaja yang mengalami ruam apabila mengambil ubat ini. Ruam yang terjadi tidak bermakna pesakit alah kepada antibiotik. Jika perlu, antibiotik lain yang kurang menyebabkan ruam digunakan untuk merawat jangkitan yang berlaku bersama mononukleosis.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Mono?

Gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi mononukleosis (mono):

 

  • Minum banyak air dan jus buah-buahan. Cecair membantu mengurangkan demam dan sakit tekak serta menghalang daripada dehidrasi.
  • Ambil ubat tahan sakit tanpa preskripsi seperti acetaminophen (Tylenol, lain-lain) atau ibuprofen (Advil, Motrin IB, lain-lain) setakat yang diperlukan. Ubat ini tidak mempunyai ciri-ciri antiviral. Ambil ubat ini hanya untuk menghilangkan kesakitan atau demam.
  • Hati-hati menggunakan aspirin kepada kanak-kanak atau remaja. Elakkan memberi aspirin kepada kanak-kanak dan remaja yang baru sembuh daripada cacar air atau simptom seperti flu. Hal ini kerana aspirin berkait dengan Sindrom Reye, keadaan yang jarang berlaku tetapi boleh membawa maut, kepada kanak-kanak.
  • Kumur dengan air garam. Lakukan beberapa kali sehari untuk melegakan sakit tekak. Campuran 1-2 sudu teh garam dalam 8 auns (237 mililiter) air suam.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 5, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.