Apa itu Moluskum Kontagiosum?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Moluskum Kontagiosum?

Muluskum kontagiosum adalah jangkitan pada lapisan atas kulit disebabkan oleh virus. Jangkitan ini menyebabkan papul atau nodul timbul, berwarna merah atau berbentuk seperti mutiara di atas kulit. Apabila jangkitan ini terkena di kawasan genital, ia dipanggil penyakit hubungan kelamin (STD).

Apakah kebarangkalian Moluskum Kontagiosum?

Moluskum kontagiosum sering berlaku pada kanak-kanak (selalunya kanak-kanak lelaki) dan golongan muda dewasa. Kebanyakkan golongan dewasa dijangkiti moluskum kontagiosum melalui hubungan kelamin. Selebihnya adalah individu yang mempunyai sistem imun yang lemah atau jangkitan penyakit lain.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Moluskum Kontagiosum?

Apabila anda dijangkiti moluskum kontagiosum, benjolan kecil mungkin berlaku pada kulit di bahagian badan yang dijangkiti, biasanya pada bahagian muka, kelopak mata, bawah lengan dan paha (lipatan paha). Selalunya, benjolan tersebut tidak berlaku pada tapak tangan, tapak kaki, dan mulut. Benjolan ini berukuran antara 2 hingga 5 milimeter lebar dan mempunyai lekukan di bahagian tengah. Kebiasaannya tiada radang (bengkak dan kemerahan) yang berlaku melainkan jika anda mengorek atau menggaru di kawasan tersebut menyebabkan virus tersebar dalam bentuk garisan atau kumpulan, dipanggil krop.

Jika moluskum terjadi pada kelopak mata, bakteria mungkin tersebar ke dalam mata dan mengakibatkan simptom mata merah. Moluskum kontagiosum akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa minggu tetapi sesetengah mungkin hilang selepas beberapa bulan. Moluskum biasanya tidak meninggalkan parut.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sesuatu simptom, sila berjumpa doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom seperti di atas atau ada sebarang masalah, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh bertindak secara berbeza. Lebih baik anda berbincang dengan doktor anda mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Moluskum Kontagiosum?

Moluskum kontagiosum disebabkan oleh poxvirus (virus daripada keluarga yang sama menyebabkan ketuat). Virus ini merebak melalui sentuhan langsung, menyentuh sama ada kulit orang lain atau barang yang dijangkiti seperti pakaian. Selain itu, virus ini juga boleh tersebar melalui hubungan kelamin.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Moluskum Kontagiosum?

Jangkitan moluskum kontagiosum lebih tersebar luas jika berlaku pada individu yang mempunyai sistem imun yang lemah dan kanak-kanak yang mengalami dermatitis atopik. Tiada faktor risiko tidak bermakna anda tidak akan terlepas daripada jangkitan ini. Faktor risiko ini hanyalah sebagai rujukan. Anda harus berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Moluskum Kontagiosum didiagnosis?

Pembekal rawatan kesihatan akan membuat diagnosis awal melalui sejarah perubatan, ujian darah dan pemeriksaan fizikal. Diagnosis akhir bergantung kepada penemuan sel darah putih berbentuk rerambut di dalam darah. Rujukan akan dibuat kepada pakar darah (ahli hematologi). Biopsi sumsum tulang akan dilakukan. Melalui biopsi ini, ahli hematologi akan mengambil sampel sumsum tulang untuk dikaji menggunakan mikroskop dan melakukan ujian tambahan lain ke atas sampel sumsum tulang itu.

Bagaimana pesakit Moluskum Kontagiosum dirawat?

Benjolan mungkin akan hilang dengan sendirinya tetapi pesakit sering mendapatkan rawatan bagi mengelakkan virus ini daripada menjangkiti orang lain atau bagi mengelakkan ruam daripada merebak ke bahagian badan yang lain. Rawatan termasuklah membuang benjolan menggunakan laser, penyejukbekuan, atau mengikis benjolan tersebut. Kadang kala rawatan ini boleh meninggalkan parut. Oleh itu, doktor mungkin akan menggunakan alternatif lain seperti krim kulit berubat khas untuk membantu menghilangkan benjolan tersebut.

Rawatan mungkin perlu diulang jika ada benjolan baru atau dijangkiti lebih daripada sekali. Berkongsi tuala tangan atau barangan peribadi lain dan membuat sentuhan langsung dengan sesiapa yang dijangkiti virus ini haruslah dielakkan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Moluskum Kontagiosum?

Berikut merupakan perubahan cara hidup dan kaedah rawatan sampingan yang boleh membantu anda mengatasi moluskum kontagiosum:

  • Patuh arahan yang diberikan oleh doktor anda.
  • Hadiri semua temu janji untuk mengawasi perkembangan simptom dan kesihatan anda.
  • Pastikan bahagian yang dijangkiti bersih dan ditutup menggunakan kain atau balutan bagi mengelakkan virus merebak.
  • Jangan kongsi tuala tangan dengan orang lain sehingga benjolan itu hilang.
  • Jangan garu benjolan pada kulit anda, kemudian menyentuh bahagian badan anda yang lain. Anda akan menyebarkan virus melalui cara ini atau mendapat jangkitan (bakteria) lain.
  • Jangan guna kolam mandi awam, sauna, dan bilik mandi sehingga benjolan hilang, bagi mengelakkan jangkitan pada orang lain.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Jun 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 5, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut