Apa itu Miokarditis?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Miokarditis?

Miokarditis adalah jangkitan disebabkan oleh virus yang membuatkan otot jantung menjadi radang dan bengkak. Jika jangkitan teruk, otot jantung tidak dapat berfungsi membantu jantung mengecut  bagi mengepam darah dengan cukup ke badan. Hal ini menyebabkan darah membentuk darah beku di dalam jantung dan mengakibatkan serangan jantung atau strok.

Apakah kebarangkalian Miokarditis?

Semua berpeluang untuk mendapatkan vaksinasi miositis. Anda boleh mengurangkan peluang mendapat penyakit ini dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Miokarditis?

Simptom yang biasa berlaku sering terkeliru dengan flu, semua termasuklah:

  • Sakit dada
  • Jantung berdebar (palpitasi)
  • Sesak nafas
  • Demam atau kedinginan
  • Kesukaran avokasi
  • Keletihan
  • Iritasi pada otot jantung boleh mengakibatkan aritma jantung, kegagalan jantung ataupun pengsan.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus berjumpa doktor anda jika anda mengalami sebarang simptom miokarditis terutamanya sakit dada dan susah bernafas.

Jika anda sakit, terutamanya disebabkan jangkitan, anda harus beri perhatian kepada simptom-simptom miokarditis dan segera hubungi doktor jika simptom tersebut berlaku.

Jika anda mengalami simptom yang teruk seperti infaksi miokardium atau strok, anda harus segera ke pusat kecemasan.

Punca

Apakah punca Miokarditis?

Terdapat banyak punca miokarditis termasuk kecederaan, jangkitan, pendedahan radiasi dan kesan sampingan ubat tertentu. Punca yang sering mengakibatkan miokarditis adalah jangkitan virus pernafasan seperti Coxsackie kumpulan B yang menyebabkan demam flu, atau virus patogen adenovirus disebabkan oleh jangkitan akut eritema (parvovirus B19). Gastritis-kolon atau mononukleosis berjangkit (Virus Epstein-Bar) dan campak juga boleh menyebabkan miokarditis. Selain itu, penyakti ini juga boleh berlaku pada pesakit HIV.

Punca-punca lain bagi radang miokarditis termasuklah:

  • Jangkitan seperti streptokokus dan staphlokokus, bakteria yang menyebabkan difteria dan bakteria parasit pada kutu.
  • Parasit lengkuk (toxokplasmosis) dan parasit protozoa trypanosoma cruzi.
  • Iritasi pada antibiotik penisilin, sulfonamide, ubat antiepilepsi, dan ubat-ubatan lain.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Miokarditis?

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko miokarditis termasuklah:

  • Jangkitan virus yang menyebabkan penyakit pernafasan atau pneumonia atau jangkitan bakteria.
  • Pernah dirawat dengan penisilin atau rawatan untuk epilepsi
  • Mempunyai sistem imun yang lemah.
  • Penyalahgunaan dadah atau sedatif.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Miokarditis didiagnosis?

Miokarditis sukar didiagnose kerana simptomnya tidak khusus dan muncul agak lambat selepas radang miokardium. Doktor mendiagnosis miokarditis melalui pemeriksaan fizikal, ujian darah, echokardiografi, EKG (ECG) dan biopsi otot jantung.

Bagaimana pesakit Miokarditis dirawat?

Rawatan miokarditis termasuklah:

  • Penggunaan antibiotik atau ubat antiradang untuk melawan inflamasi.
  • Guna diuretik untuk mengurangkan lebihan air dalam badan.
  • Kurangkan garam dalam makanan.
  • Kurangkan pergerakan yang kuat.

Jika otot jantung lemah, doktor akan beri ubat untuk merawat kegagalan jantung. Alat seperti perentak jantung juga digunakan apabila degupan jantung anda menjadi tidak menentu. Selain itu, anda akan menggunakan ubat penipisan darah jika doktor mendapati jantung anda mempunyai darah beku dalam kamar jantung. Bagi kes yang lebih teruk, doktor akan melakukan pembedahan pindah jantung jika kontraksi jantung anda terlalu lemah.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Miokarditis?

Berikut merupakan perubahan cara hidup dan kaedah rawatan sampingan yang boleh membantu anda mengatasi miokarditis:

  • Rehat dan bersenam secara bersederhana. Doktor anda akan beritahu apa aktiviti fizikal yang boleh anda sertai ketika dan selepas proses rawatan.
  • Kurangkan diet tinggi garam, pantang minuman berkarbonat dan elakkan merokok. Doktor anda akan beritahu jenis air yang anda perlu jauhi dan kuantiti garam yang sesuai dalam makanan.
  • Hadir temu janji pemeriksaan semula untuk melihat perkembangan penyakit dan kesihatan anda.
  • Ikut arahan doktor, jangan sewenang-wenangnya ambil ubat yang tidak dikhususkan atau meninggalkan ubat yang ditetapkan kepada anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Jun 5, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 5, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.