Miksedema Koma

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apakah yang menyebabkan Miksedema Koma?

Miksedema Koma adalah kehilangan fungsi otak akibat tahap hormon tiroid yang teruk dan rendah dalam darah (hipotiroidism) yang berlarutan untuk tempoh lama. Miksedema Koma dianggap sebagai komplikasi hormon hipotiroidism yang mengancam nyawa dan menunjukkan kesan penyakit tiroid yang jauh lebih serius.

Adakah Miksedema Koma biasa berlaku?

Miksedema Koma tidak biasa berlaku, tetapi dilihat lebih cenderung dan kerap dialami oleh orang tua dan wanita. Keadaan ini dilihat meningkat pada musim sejuk yang merupakan satu faktor yang menyebabkan keadaan ini setelah faktor suhu yang melampau. Miksedema Koma sebenarnya boleh mengakibatkan kematian. Namun keadaan ini jarang berlaku. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah tanda-tanda Miksedema Koma?

Simptom Miksedema Koma yang biasa adalah:

  • Kelemahan
  • Kekeliruan
  • Berasa sejuk
  • Suhu badan yang rendah
  • Bengkak badan
  • Kesukaran bernafas

Orang yang mempunyai Miksedema Koma berada dalam keadaan koma atau hampir koma dan tidak dapat berfungsi dengan normal. Mereka memerlukan penjagaan kecemasan.

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor?

Orang yang mempunyai hipotiroidisme dan mengalami demam, perubahan tingkah laku atau status mental, sesak nafas, atau peningkatan pembengkakan tangan dan kaki harus dibawa ke jabatan kecemasan hospital terdekat.

Punca

Apakah yang menyebabkan Miksedema Koma?

Sekiranya anda mempunyai hipotiroidism, maka mana-mana yang berikut boleh menyebabkan Miksedema Koma:

  • Jangkitan, terutamanya jangkitan paru-paru dan air kencing
  • Kegagalan jantung
  • Strok
  • Trauma
  • Pembedahan
  • Dadah, seperti phenothiazines, amiodarone, litium, dan penenang, dan penggunaan iodide yang berpanjangan
  • Tidak mengambil ubat tiroid yang ditetapkan

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya untuk mengalami Miksedema Koma?

Sila berunding dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah Miksedema Koma didiagnosis?

Ujian darah dilakukan untuk memeriksa kiraan sel darah, elektrolit, gula, dan tahap hormon tiroid. Ujian juga dilakukan untuk menilai bagaimana fungsi hati dan kelenjar adrenal berfungsi.

Gas dalam darah dinilai untuk memeriksa tahap oksigen dan karbon dioksida.

EKG jantung dilakukan untuk memeriksa gangguan dalam aktiviti jantung.

Ujian tambahan dilakukan mengikut budi bicara doktor yang merawat.

Bagaimanakah Miksedema Koma dirawat?

Rawatan boleh melibatkan membantu pesakit untuk bernafas dan memanaskan badan mereka untuk meningkatkan suhu badan kepada suhu yang normal. Biasanya rawatan antibiotik dimulakan sehinggalah jangkitan pulih sepenuhnya.

Kaedah menggantikan hormon tiroid pada pesakit dengan Miksedema Koma mengundang kontroversi. Banyak pendekatan yang berbeza digunakan. Secara umum, penggantian awal dilakukan melalui infusi intravena, kerana sistem usus mungkin tidak menyerap dengan baik.

Walaupun hipotiroidism yang biasa tanpa Miksedema biasanya dirawat dengan penggantian T4 (hormon yang dihasilkan dalam kuantiti terbesar oleh kelenjar tiroid), dalam kes Miksedema Koma, kaedah pengurusan yang digunakan adalah berbeza. Kelenjar tiroid juga menghasilkan sejumlah kecil hormon lain, T3. Hormon ini lebih aktif secara Ini metabolik di antara kedua-dua hormon ini. Pada pesakit yang agak baik keadaannya, T4 ditukar kepada T3 dalam aliran darah. Walau bagaimanapun, pesakit dengan Miksedema Koma biasanya berada dalam keadaan yang sangat parah yang menyebabkan pertukaran ini bermasalah. Akibatnya, ramai doktor memilih untuk merawat pesakit dengan T3 sebagai permulaan dan turut memulakan terapi T4. Oleh kerana terapi T4 boleh mengambil masa sebulan atau lebih untuk berfungsi, biasanya terdapat dua hormon yang bertindih. Rawatan ini dilakukan dengan sangat berhati-hati bagi mengelakkan keabnormalan Ritma denyutan jantung (aritmia) dan tekanan pada jantung, yang boleh disebabkan oleh penggantian hormon tiroid terlalu cepat, terutamanya pada pesakit yang berusia.

Walaupun gangguan tiroid ringan boleh diuruskan oleh doktor penjagaan primer, Miksedema Koma biasanya dikendalikan oleh oleh pakar tiroid (pakar endokronologi) kerana rawatan boleh menjadi rumit dan kritikal.

Perubahan gaya hidup & remedi rumah

Apakah beberapa perubahan gaya hidup atau remedi di rumah yang dapat membantu saya menguruskan Miksedema Koma?

Cara yang ideal untuk menguruskan keadaan ini adalah untuk mengelakkannya daripada berlaku terlebih dahulu. Individu yang mempunyai hipotiroidism harus berjumpa dengan doktor mereka secara teratur untuk menjalani pemeriksaan susulan dan ujian darah untuk memastikan bahawa dos penggantian mereka adalah sesuai.

Sekiranya individu mempunyai simptom yang membimbangkan mereka, tetapi tidak didiagnosis dengan hipotiroidisme, mereka harus merujuk kepada pengamal penjagaan kesihatan mereka untuk berbincang tentang kebimbangan mereka dan mengenal pasti pilihan ujian untuk menguji ketidakseimbangan tiroid.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Ogos 17, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 17, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut