backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Mikrodisektomi Lumbar

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Hanafi Sallehuddin · Disemak pada 07/06/2023

Definisi

Apa itu Mikrodisektomi Lumbar?

Cakera tergelincir berlaku apabila pusat cakera membonjol keluar dan memberikan tekanan pada saraf tulang belakang anda.

Ini boleh menyebabkan kesakitan yang teruk, serta kelemahan dan kehilangan rasa di kawasan yang dibekalkan oleh saraf. Cakera  lumbar memberi simptom di bahagian bawah dan kaki.

Mengapa Mikrodisektomi Lumbar dilakukan?

Pembedahan dilakukan untuk mengurangkan kesakitan dan membolehkan anda mendapatkan semula pergerakan biasa.

Anda boleh mempertimbangkan pembedahan jika:

Anda mempunyai sakit kaki yang sangat teruk, kebas, atau kelemahan yang menghalang anda daripada melakukan aktiviti harian anda.

Simptom di kaki anda tidak bertambah baik selepas 4 minggu rawatan tanpa pembedahan.

Keputusan pemeriksaan fizikal menunjukkan bahawa anda mempunyai kelemahan, kehilangan gerakan atau rasa yang mungkin akan pulih selepas pembedahan.

Fahami Risiko-risikonya

Apakah faktor risiko mikrodisektomi lumbar ?

Disektomi untuk cakera lumbar yang terkeluar memberikan kelegaan lebih cepat berbanding rawatan bukan pembedahan. Tetapi tidak jelas sama ada pembedahan akan menyebabkan perbezaan dalam rawatan susulan atau tidak.

Pesakit yang telah menjalankan disektomi biasa atau mikrodisektomi telah melaporkan penyembuhan satu tahun selepas pembedahan.

Bagi kebanyakan pesakit , skiatiks menjadi lebih baik tanpa pembedahan. Rawatan melibatkan ubat penghilang rasa sakit ,rehat, dan diikuti dengan program latihan.

Jika anda mempunyai kesakitan yang teruk , anda juga boleh menerima suntikan steroid di tulang belakang anda.

Adalah penting untuk anda memahami risiko dan komplikasi sebelum menjalani pembedahan ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila rujuk dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Proses

Bagaimana Persedian untuk Mikrodisektomi Lumbar?

Anda perlu berbincang dengan doktor anda tentang ubat yang baru digunakan, alergi atau keadaan kesihatan anda. Sebelum menjalani pembedahan, anda akan bertemu dengan pakar bius anda dan merancang dengan teliti anestesia yang akan digunakan. Arahan tentang masa untuk berhenti makan dan minum sebelum dan selepas  pembedahan adalah sangat penting untuk dipatuhi.

Apa yang terjadi semasa Mikrodisektomi Lumbar dilakukan?

Pelbagai teknik anestesia boleh digunakan. Pembedahan biasanya mengambil masa 45 minit hingga satu jam.

Pakar bedah anda akan memotong di bahagian tengah punggung anda. Mereka akan menggunakan mikroskop pembedahan untuk mengeluarkan cakera.

Pemulihan

Apakah yang terjadi selepas Mikrodisektomi Lumbar?

Anda boleh pulang ke rumah pada hari yang sama atau sehari selepas pembedahan.

Jangan mengangkat sebarang benda yang berat atau memusingkan badan anda. Pastikan anda mengekalkan kedudukan yang baik dan sesuai  apabila duduk dan berjalan.

Senaman yang kerap akan membantu anda untuk kembali ke aktiviti normal secepat mungkin. Sebelum anda mula bersenam, tanyakan kepada pasukan penjagaan kesihatan atau GP anda untuk mendapatkan nasihat.

9 dalam 10 orang dapat pulih dengan baik selepas pembedahan dan dapat kembali ke aktiviti normal.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, sila rujuk dengan doktor atau pakar bedah anda untuk maklumat lanjut.

Pemulihan

Apakah yang terjadi selepas Mikrodisektomi Lumbar?

Terdapat beberapa risiko selepas mikrodisektomi lumbar, ini termasuk komplikasi yang mungkin berlaku di dalam mana-mana prosedur termasuk reaksi yang tidak dijangka terhadap anestesia, pendarahan berlebihan atau pembentukan darah beku  (trombosis vena mendalam, DVT).

Untuk pembedahan mikrodisektomi lumbar, terdapat komplikasi yang spesifik iaitu:

  • Kesukaran membuang air kecil
  • Jangkitan paru-paru
  • Serangan jantung atau strok
  • Kesakitan berterusan atau kehilangan rasa ke bawah kaki anda
  • Kebas antara dua kaki anda, kehilangan pergerakan usus ,kehilangan kawalan pundi kencing dan mempunyai masalah ereksi bagi lelaki.
  • Kesakitan neuropatik
  • Membran nipis yang menyelaputi saraf di tulang belakang anda koyak

Anda boleh mengurangkan risiko komplikasi dengan mengikuti arahan doktor dengan  teliti untuk mempersiapkan pembedahan, seperti berpuasa dan menghentikan ubat-ubatan tertentu.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Hanafi Sallehuddin · Disemak pada 07/06/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan