enEnglish

Definisi

Apa itu Mieloma berbilang?

Mieloma berbilang adalah salah satu jenis kanser yang dibentuk oleh sel plasma barah. Sel plasma membentuk antibodi (juga digelar immunoglobulins) yang membantu badan menyerang dan membunuh kuman. Sel plasma yang normal dijumpai dalam sumsum tulang dan antara bahagian penting dari sistem imun. Sumsum tulang adalah tisu lembut di dalam sesetengah rongga tulang. Selain dari sel plasma, sumsum tulang turut mempunyai sel yang membentuk sel-sel darah jenis lain.

Kanser bermula apabila sel di dalam badan mula membesar di luar kawalan. Sel di dalam hampir seluruh bahagian badan boleh menjadi kanser, dan merebak juga pada bahagian badan yang lain.

Apakah kebarangkalian Mieloma berbilang?

Mieloma berbilang adalah kanser darah yang kedua paling sering berlaku, dan walaupun dianggap sebelumnya tidak dapat disembuhkan, tapi ia kini boleh dirawat dengan bantuan perkembangan kajian kanser mutakhir. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila bincangkan dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Mieloma berbilang?

Simptom-simptom biasa bagi mieloma berbilang adalah:

  • Anemia;
  • Kerosakan buah pinggang;
  • Hiperkalsemia (terlalu banyak kalsium);
  • Kecederaan saraf;
  • Belur kulit;
  • Jangkitan;
  • Pembesaran lidah (makroglossia);
  • Ngilu pada tulang atau kesakitan;
  • Penat;
  • Fraktur tulang patologi;
  • Sakit belakang;
  • Kemampatan pada saraf tunjang;
  • Kegagalan buah pinggang dan/atau kerosakan;
  • Hilang selera dan hilang berat;
  • Sembelit;
  • Pembengkakan kaki.

Oleh kerana mieloma berbilang memberi kesan pada sistem imun, ia boleh menyebabkan pelbagai simptom pada badan. Bagaimanapun, ada 4 simptom yang paling utama:

 

Rendah bilangan sel darah

Dalam keadaan mieloma berbilang, sel plasma dikeluarkan dengan terlalu pantas. Sel kanser ini boleh melebihi dari jumlah sel darah normal dalam sumsum tulang, membawa kepada kiraan bilangan sel darah yang rendah. Ini boleh mengakibatkan dua kesan: Kesan pertama adalah anemia –kekurangan sel darah merah. Anemia boleh menyebabkan pucat dan kepenatan. Kesan kedua adaah kekurangan platlet di dalam darah (thrombositopenia). Platlet bertindak sebagai ejen penyembuhan di dalam badan, menggalakkan penyembuhan dari apa-apa jenis kecederaan. Penurunan pada kadar platlet bermakna peningkatan kejadian pendarahan dan lebam. Kesan lain ialah leukopenia – kekurangan sel darah putih normal. Ini mengakibatkan badan anda terdedah kepada jangkitan.

Masalah tulang dan kalsium

Mieloma pelbagai juga mengganggu kitaran sel tulang. Sel mieloma boleh mencipta bahan yang mempercepat pelarutan sel tulang (osteoclasts) dan mengurangkan pembentukan sel tulang baru (osteoblasts). Ini akan melemahkan tulang dan menjadikan ia mudah patah. Tulang yang fraktur adalah masalah utama bagi mereka yang mengalami mieloma. Tanpa isyarat pembuatan tulang baru, kadar kalsium badan anda akan meningkat, berkemungkinan pada kadar yang ekstrem (hiperkalsemia).

Jangkitan

Peranan sel plasma di dalam badan ialah melawan jangkitan. Bagaimanapun, sel plasma kanser tidak dapat menjaga badan dari jangkitan. Ini memberi peluang pada jangkitan untuk menyelinap masuk ke seluruh badan.

Masalah buah pinggang

Antibodi yang disediakan oleh sel mieloma boleh membahayakan buah pinggang. Ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang ataupun lebih teruk lagi kerosakan buah pinggang.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

If you have any signs or symptoms listed above or have any questions, please consult with your doctor. Everyone’s body responds differently. It is always best to discuss with your doctor what suits your situation best.

Punca

Apakah Punca Mieloma berbilang?

Mieloma berbilang adalah satu daripada jenis kanser sel darah. Ia terjadi bila sel plasma di dalam sumsum menjadi barah dan membesar di luar kawalan. Pembesaran melampau mencipta tumor dalam sumsum tulang, dan mungkin mengganggu bahagian badan yang lain. Jika anda mendapati tumor tunggal, penyakit ini dinamakan plasmasitoma terpinggir (atau terasing). Jika anda mendapati lebih dari satu plasmasitoma keadaan ini dipanggil mieloma berbilang.

Saintis masih belum tahu secara tepat punca kebanyakan kes mieloma berbilang. Mereka mengesyaki bahawa perubahan DNA boleh membuat sel plasma menjadi barah.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Mieloma berbilang?

Ada banyak faktor risiko bagi mieloma pelbagai, antaranya:

  • Usia: risiko untuk mieloma berbilang meningkat seiring peningkatan usia. Kebanyakan pesakit yang didiagnos dengan kanser ini adalah berusia sekurang-kurangnya 65 tahun.
  • Jantina: Lelaki mempunyai kemungkinan yang sedikit tinggi untuk mengalami mieloma berbilang berbanding wanita.
  • Bangsa: Mieloma berbilang adalah dua kali ganda lebih biasa terdapat pada kaum Afrika di Amerika berbanding bangsa kulit putih Amerika.
  • Radiasi: Mereka yang terdedah dengan radiasi sama ada tahap tinggi (bom atom) atau tahap rendah untuk jangka masa panjang (disebabkan jenis pekerjaan tertentu)
  • Sejarah keluarga: Mieloma berbilang sepertinya terdapat pada sesetengah keluarga.
  • Obesity: satu kajian oleh American Cancer society mendapati mereka yang terlebih berat atau obes menyebabkan risiko seseorang menghidapi mieloma meningkat.
  • Mempunyai penyakit sel plasma lain atau kanser lain.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Mieloma berbilang didiagnosis?

Mieloma berbilang biasanya ditentukan melalui rutin ujian darah. Sekiranya anda mengalaminya, protin darah menjadi tidak normal. Anda juga akan mendapati darah anda lebih likat. Pembentukan sel darah merah yang luarbiasa boleh meningkatkan kadar kelikatan darah anda.

Doktor akan melakukan semakan sejarah pesakit dan ujian fizikal, bagi mencari petanda dan simptom mieloma berbilang. Sekiranya disyaki mieloma berbilang, penyedutan sumsum tulang dan/atau biopsi mungkin diperlukan untuk menguji sel kanser. Ujian lain termasuklah blood monoclonal immunoglobulin dan ujian radiologi bagi menentukan tahap belur pada tulang.

Bagaimana pesakit Mieloma berbilang dirawat?

Rawatan bagi mieloma berbilang bermula dengan ubatan bagi menyeimbangkan dan menyokong sistem imun. Setelah itu, kombinasi ubatan, ubatan kimoterapi, terapi radiasi, transplan sel tunjang, dan, bagi sesetengah pesakit, pembedahan akan dicadangkan bergantung kadar keterukan keadaan mereka.

Ada banyak ubatan digunakan bagi merawat mieloma berbilang. Ubatan di bawah biasanya diguna dengan kombinasi dexamethasone, kadang-kadang secara oral atau menerusi intravena, bergantung dengan status penyakit yang dialami individu pesakit:

  • Dexamethasone (Decadron) – pemodulatan sel imun;
  • Bortezomib (Velcade) – perencat rotease;
  • Lenalidomide (Revlimid) – pemodulatan sel imun
  • Asid Pamidronic (Aredia) – perencat serapan-semula tulang;
  • Asid Zoledronic (Zometa) – perencat serapan-semula tulang;
  • Melphalan (Alkeran) –ejen alkylasi yang toksik pada mieloma.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Mieloma berbilang?

Gaya hidup di bawah dan rawatan sampingan boleh membantu anda menghadapi mieloma berbilang:

  • Ketahui tentang keadaan anda, ketahui langkah menghadapi simptom serta rawatan bagi kesan sampingan.
  • Mempunyai sistem sokongan dari keluarga anda, rakan, teman sekerja, dan grup sokongan.
  • Gunakan masa untuk berehat. Sentiasa ingat untuk makan secukupnya dan dapatkan senaman mencukupi. Sekiranya sukar untuk mengambil makanan, cuba bahagikan hidangan kepada bahagian yang lebih kecil.
  • Sekiranya anda masih perlu untuk kerja atau bersekolah ketika rawatan, anda perlu berbincang dnegan majikan atau sekolah anda. Setkan matlamat yang realistik untuk diri anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda