Apa itu Menopaus?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Menopaus?

Menopaus ditakrifkan sebagai 12 bulan selepas haid terakhir anda. Menopaus ialah waktu apabila anda tidak akan mengalami haid lagi yang menandakan berakhirnya tempoh reproduksi, bermakna anda sudah tidak akan hamil lagi, tetapi masih kekal sihat dan berkemampuan dari segi seksual. Ia adalah proses semula jadi yang tidak perlu dirisaukan.

Apakah kebarangkalian Menopaus?

Setiap wanita akan menghadapi menopaus sekali dalam hidup mereka kerana ia adalah proses biologi semula jadi berkaitan sistem reproduksi wanita yang tidak boleh diubah. Usia kejadian menopaus berbeza mengikut individu. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Menopaus?

Tanda dan simptom utama menopaus ialah:

  • Bilasan panas (Hot flashes/ flushes);
  • Haid yang tidak teratur;
  • Berpeluh di waktu malam;
  • Insomnia atau masalah tidur yang lain;
  • Perubahan mood;
  • Pertambahan berat badan dan metabolisma perlahan;
  • Rambut menipis dan kulit kering;
  • Kemurungan, kebimbangan dan sakit kepala;

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu menghubungi doktor juntuk perkara berikut:

  • Jadual lawatan berkala dengan doktor bermula daripada waktu peri-menopaus dan selepas menopaus;
  • Anda memerlukan pencegahaan masalah kesihatan untuk bersedia menghadapi menopaus;
  • Dapatkan nasihat perubatan segera apabila anda mengalami komplikasi yang teruk, seperti pendarahan daripada faraj selepas putus haid.

Punca

Apakah Punca Menopaus?

Salah satu punca menopaus ialah penurunan semula jadi hormon reproduksi. Apabila anda semakin tua, terutamanya pada lewat 30-an, ovari mula kurang menghasilkan estrogen dan progesteron yang mengawal haid. Hasilnya, kadar kesuburan anda akan berkurang. Apabila anda di usia 40-an, tempoh haid anda mungkin menjadi lebih panjang atau lebih pendek, dengan kuantiti darah yang lebih banyak atau sedikit, dan kekerapan yang bertambah atau berkurang sehingga anda mencapai umur 51 dan tidak mengalami haid lagi.

Histerektomi juga merupakan faktor yang menyumbang kepada keadaan ini kerana rahim dikeluarkan. Ovari masih lagi berfungsi dan anda sebenarnya belum putus haid walaupun tidak ada lagi darah haid kerana ketiadaan rahim, ovari masih mengeluarkan ovum dan menghasilkan estrogen dan progesteron. Manakala dalam histerektomi total, rahim dan kedua-dua ovari akan dibuang menyebabkan putus haid tanpa fasa peralihan.

Kemoterapi dan terapi radiasi juga boleh menyebabkan putus haid. Anda boleh menjangkakan simptom menopaus, seperti pembilasan panas semasa atau sejurus selepas rawatan.

Punca lain menopaus ialah masalah ovari. Dilaporkan bahawa terdapat 1 peratus wanita mengalami menopaus sebelum umur 40 dan dikenali sebagai menopaus awal yang berlaku apabila ovari tidak dapat menghasilkan hormon reproduktif dengan kadar yang normal berpunca daripada faktor genetik atau penyakit autoimun.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Menopaus?

Menopaus tidak dapat dielakkan tetapi faktor-faktor berikut boleh mempercepatkan usia menopaus secara fisiologi:

  • Wanita yang merokok lebih berisiko mengalami menopaus dalam tempoh satu hingga dua tahun lebih awal berbanding dengan wanita yang tidak merokok;
  • Sejarah keluarga. Wanita yang mempunyai sejarah menopaus awal dalam keluarga mungkin akan mengalami menopaus awal. Ini dikaitkan dengan keadaan genetik yang dikenali sebagai pengangkut X rapuh (fragile X carrier);
  • Rawatan kanser. Rawatan kemoterapi atau terapi radiasi boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan, termasuk menopaus awal;
  • Histerektomi dan oophorectomi. Histerektomi membuang rahim tetapi mengekalkan ovari, jadi ia kebiasaannya tidak menyebabkan putus haid tetapi boleh meningkatkan risiko mengalami menopaus lebih awal. Sekiranya satu ovari dikeluarkan semasa pembedahan, seperti oophorectomi, ovari selebihnya mungkin berhenti berfungsi lebih cepat daripada yang dijangkakan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Menopaus didiagnosis?

Doktor boleh mendiagnosis menopaus berdasarkan tanda dan simptom yang anda alami. Jika anda mempunyai kebimbangan tentang haid yang tidak teratur atau pembilasan panas, sila berbincang dengan doktor anda. Dalam beberapa kes, anda mungkin memerlukan penilaian lanjut.

Ujian darah mungkin dilakukan untuk meneliti tahap hormon peransang folikel (FSH), estrogen dan hormon perangsang tiroid (TSH). Apabila menopaus berlaku, tahap FSH meningkat dan tahap estradiol berkurangan manakala dalam masalah tiroid tidak aktif (hipotiroidisme) yang berkaitan dengan tahap TSH, anda mungkin mengalami simptom yang sama seperti yang menopaus.

Bagaimana pesakit Menopaus dirawat?

Anda tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan untuk merawat menopaus. Sebaliknya anda memerlukan rawatan untuk menangani tanda dan simptom menopaus dan mencegah atau menangani masalah kronik yang mungkin berlaku dengan penuaan.

Terapi hormon adalah salah satu daripada rawatan yang paling berkesan untuk melegakan pembilasan panas menopaus. Bergantung kepada sejarah kesihatan anda dan dan keluarga, doktor mungkin mengesyorkan estrogen dalam dos yang rendah untuk meredakan simptom anda.

Estrogen faraj dipilih untuk membantu melegakan kekeringan faraj sama ada dalam bentuk krim faraj, tablet atau cincin.

Antidepresan dos rendah mungkin dapat membantu mengurangkan hot flashes menopaus. Jika keadaan kesihatan anda tidak mengizinkan anda mengambil estrogen, antidepresan dos rendah boleh menjadi alternatif untuk menangani pembilasan panas.

Doktor juga boleh menetapkan ubat-ubatan untuk mencegah atau merawat osteoporosis bergantung kepada keperluan dan kehendak anda.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Menopaus?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani menopaus:

  • Sejukkan pembilasan panas. Anda harus berpakaian berlapis, minum segelas air sejuk atau pergi ke tempat yang lebih sejuk. Cuba pastikan apa yang mencetuskan pembilasan ini:
  • Dapatkan tidur yang mencukupi;
  • Mengamalkan teknik relaksasi, seperti pernafasan, pernafasan dalam, imejan berpandu, urutan dan relaksasi progresif otot;
  • Menguatkan lantai pelvik anda dengan senaman Kegel;
  • Mengamalkan diet yang seimbang. Anda perlu makan pelbagai buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh di samping mengehadkan lemak tepu, minyak dan gula;
  • Kerapkan bersenam. Aktiviti fizikal atau senaman harian membantu mencegah penyakit jantung, kencing manis, osteoporosis dan masalah lain yang berkaitan dengan penuaan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut