Apa itu Meningitis?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Meningitis?

Meningitis adalah jangkitan diakibatkan oleh keradangan (inflamasi) selaput sekeliling otak serta saraf tunjang (meninges). Ia biasanya diakibatkan oleh virus, tapi dalam sesetengah kes boleh diakibatkan oleh bakteria atau kulat (fungus). Antara tanda meningitis yang biasa termasuklah sakit kepala, demam, dan sakit tegang tengkuk. Walaupun ada sesetengah kes yang boleh reda dalam beberapa minggu, ada juga kes di mana ia boleh mengancam nyawa. Sekiranya anda syak diri anda atau keluarga mengalami meningitis, maka anda perlu rujuk kepada doktor.

Apakah kebarangkalian Meningitis?

Meningitis boleh berlaku pada mana-mana rangka usia. Bagaimanapun, ia paling banyak terjadi dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa di bawah 30 tahun. Orang tua juga mempunyai risiko yang tinggi disebabkan oleh sistem imun yang lemah.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Meningitis?

Tanda dan gejala biasa terjadinya meningitis antaranya:

  • Demam dan menggigil, terutamanya bayi baru lahir dan kanak-kanak.
  • Perubahan status mental
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sensitif kepada cahaya (photophobia)
  • Sakit kepala yang teruk
  • Leher menjadi tegang (meningismus)
  • Nafas menjadi singkat
  • Beberapa kali tidak sedarkan diri (pengsan)

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Rujuk terus ahli perubatan sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami gejala meningitis seperti:

  • Fever
  • Demam
  • Sakit kepala yang teruk, berterusan
  • Keliru dengan sekeliling
  • Muntah-muntah
  • Ketegangan leher

Meningitis virus boleh menyembuh tanpa sebarang rawatan, namun meningitis bakteria adalah serius, dan boleh merebak dengan pantas dan memerlukan rawatan antibiotic segera untuk menigkatkan peluang penyembuhan. Menunda-nunda rawatan meningitis bakteria akan meningkatkan risiko kerosakan otak yang kekal dan kesan-kesan lain yang berbahaya.

Tidak ada acara untuk mengetahui jenis meningitis yang dialami tanpa berjumpa dengan doktor.

Adalah penting untuk berbincang dengan doktor sekiranya ada ahli keluarga atau teman sekerja mengalami meningitis. Anda mungkin memerlukan ubatan untuk mengelakkan sebarang jangkitan.

Punca

Apakah Punca Meningitis?

Meningitis biasanya diakibatkan oleh virus. Punca lain adalah bakteria, jangkitan kulat, parasite, bahan kimia, dadah/ubatan, dan tumor.

Sekiranya jangkitan diakibatkan oleh bakteria, antara bakteria yang paling biasa termasuklah: Neisseria meningitidis, Haemophilus influenzae, Streptococcus pneumoniac, Listeria monocytogenes, Escherichia coli, Klebsiella species, and streptococcus kumpulan B. Bakteria merebak melalui salur pernafasan dan rembesan tekak (batuk, cumbuan). Adalah penting untuk menjaga diri anda dengan mengamalkan penjagaan kebersihan.

Sekiranya jangkitan diakibatkan virus, antara virus yang biasa: virus yang menyebabkan masalah usus (enterovirus), virus yang mengakibatkan sakit kesejukan dan herpes kelamin (virus herpes), Virus Nil Barat, gondok (mumps), dan virus HIV.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Meningitis?

Beberapa faktor yang meningkatkan risiko pembentukan meningitis:

  • Mengelak vaksin meningitis
  • Usia: meningitis virus biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak di bawah 5 tahun.
  • System imun yang lemah
  • Organ limpa dikeluarkan
  • Kencing manis
  • Mengandung: sekiranya anda mengandung, risiko untuk jangkitan listeriosis — sejenis jangkitan diakibatkan jangkitan bakteria listeria, yang boleh mengakibatkan meningitis.

Tidak mengalami faktor risiko, tidaklah bermakna anda tidak akan mendapat meningitis. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk informasi lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Meningitis didiagnosis?

Doktor mencapai diagnosis dengan melihat sampel bakteria di dalam cecair tunjang (spinal fluid). Doktor mengambil sampel melalui cucukan di bahagian tulang belakang. Jarum akan diletakkan di bahagian bawah belakang badan di mana cecair di dalam laluan saraf tunjang dapat dicapai. Doktor juga mungkin mengarahkan untuk ujian darah dan paparan imej X-ray di bahagian otak.

Bagaimana pesakit Meningitis dirawat?

Rawatan meningitis bergantung dnegan puncanya. Bagi jangkitan virus, doktor akan merawat simptom dan menunggu jangkitan untuk sembh dengan sendirinya. Bagi jangkitan bakteria, pesakit mungkin perlu untuk menetap di hospital agar doktor dan jururawat dapat memantau keadaan mereka. Rawatan biasa termasuklah memasukkan terapi antibiotik secara intravena, minum air dengan banyak, dan rehat. Antibiotik akan digunakan untuk merawat meningitis bakteria. Antibiotik tidak dapat merawat meningitis virus. Ubatan antivirus akan diberikan kepada yang mengalami meningitis herpes.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Meningitis?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi psikosis:

  • Pemahaman akan pentingnya untuk rujuk meningitis bakteria. Ia adalah masalah perubatan yang perlukan perhatian dan pengubatan yang segera.
  • Membasuh tangan secara teliti adalah penting untuk mengelakkan anda terdedah dari ejen jangkitan.

Sekiranya anda hamil, maka masakan hendaklah dimasak dengan hati-hati dan teliti. Elakkan juga keju lembut yang dibuat dari susu yang tidak dipasteurkan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.