Apa itu Meningioma?

Oleh

Definisi

Apa itu Meningioma?

Meningioma ialah ketumbuhan yang berasal daripada meninges – membran yang menyelaputi otak dan saraf tunjang anda. Kebanyakan Meningioma adalah bukan kanser (benign), jarang sekali ia menjadi kanser (malignant). Sesetengah Meningioma dikelaskan sebagai tidak tipikal, bermaksud ia bukan benign dan bukan kanser tetapi antara keduanya.

Meningioma sering berlaku dalam kalangan wanita tua. Tetapi Meningioma juga boleh berlaku kepada lelaki pada semua peringkat usia termasuk kanak-kanak.

Meningioma tidak semestinya memerlukan rawatan segera. Meningioma tanpa sebarang tanda dan simptom yang ketara perlu dipantau dari semasa ke semasa.

Apakah kebarangkalian Meningioma?

Meningioma boleh berlaku kepada individu pada semua peringkat usia. Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Meningioma?

Simptom lazim Meningioma ialah:

  • Perubahan penglihatan seperti kabur atau melihat berganda.
  • Sakit kepala menjadi semakin teruk.
  • Hilang pendengaran.
  • Hilang daya ingatan.
  • Hilang deria bau.
  • Sawan.
  • Lemah tangan atau kaki.

Tanda-tanda dan simptom Meningioma biasanya bermula secara berperingkat dan mungkin tidak dikesan pada permulaannya. Bergantung kepada tempat di dalam otak, saraf tunjang, tanda dan simptom mungkin berbeza.

Tedapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sila berunding dengan doktor anda sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang simptom yang anda alami.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda atau simptom yang disenaraikan di atas, atau sebarang persoalan sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu bertindak berbeza. Adalah baik untuk berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk situasi anda.

Dapatkan rawatan kecemasan jika anda mengalami:

  • Sawan secara tiba-tiba.
  • Perubahan penglihatan atau daya ingatan secara tiba-tiba.

Buat temujanji untuk berjumpa doktor jika anda mengalami tanda dan simptom berpanjangan seperti sakit kepala yang menjadi semakin teruk.

Punca

Apakah punca Meningioma?

Tiada maklumat yang jelas tentang punca Meningioma. Doktor mengetahui sesuatu perubahan sel tertentu di dalam meninges anda – membran yang terbentuk sebagai pelindung di sekeliling otak dan saraf tunjang – menjadikan ia berganda tanpa kawalan, dan menyebabkan ketumbuhan Meningioma berlaku. Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh gen keturunan, terdedah kepada alam sekitar, hormon atau gabungan kesemua faktor masih tidak diketahui.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Meningioma?

Terdapat banyak faktor risiko Meningioma, antaranya ialah:

  • Rawatan radiasi. Terapi radiasi melibatkan radiasi pada kepala dan ini meningkatkan risiko Meningioma.
  • Hormon wanita. Meningioma sangat lazim berlaku dalam kalangan wanita, menyebabkan doktor menyatakan bahawa hormon wanita merupakan elemen penting kepada penyakit ini.
  • Gangguan sistem saraf keturunan. Gangguan pelik neurofibromatosis jenis 2 meningkatkan risiko Meningioma dan ketumbuhan otak lain.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Meningioma didiagnosis?

Meningioma boleh dikesan pada ujian pengimejan, seperti:

  • Imbasan Tomografi Berkomputer (CT). Imbasan CT menggunakan X-ray yang membentuk imej keratan rentas otak dan kepala anda. Imej ini digabungkan bersama oleh komputer untuk menghasilkan gambaran penuh otak anda. Kadang kala, pewarna berasaskan iodin digunakan untuk menjadikan imej semakin jelas.
  • Pengimejan Resonan Magnetik (MRI). Dengan menggunakan kajian pengimejan ini, bidang megnetik dan gelombang radio digunakan untuk menghasilkan struktur dalam otak anda. Imbasan MRI menyediakan gambaran yang jelas tentang otak dan Meningioma.

Bagaimana pesakit Meningioma dirawat?

Rawatan yang anda terima bagi merawat Meningioma bergantung kepada banyak faktor, termasuklah saiz Meningioma, lokasi dan tahap Meningioma tersebut. Doktor juga akan memeriksa kesihatan anda secara keseluruhan dan matlamat untuk rawatan anda.

Pendekatan tunggu dan lihat

Rawatan segera tidak diperlukan oleh semua pesakit Meningioma. Meningioma yang kecil dan perlahan yang tidak menyebabkan tanda atau gejala tidak memerlukan rawatan.

Jika tiada plan untuk menjalani rawatan, anda akan melakukan imbasan otak secara berkala untuk menilai Meningioma dan melihat tanda-tanda ia semakin membesar.

Jika doktor menentukan bahawa Meningioma anda membesar dan perlu dirawat, anda mempunyai beberapa pilihan rawatan.

Pembedahan

Jika Meningioma anda menimbulkan tanda dan gejala atau menunjukkan tanda-tanda bahawa ia sedang berkembang, doktor anda mungkin mengesyorkan pembedahan. Pakar bedah bekerja untuk membuang Meningioma sepenuhnya. Tetapi oleh kerana Meningioma mungkin berlaku berhampiran banyak struktur yang halus di otak atau saraf tunjang, maka sukar untuk menghilangkan seluruh tumor. Dalam kes-kes tersebut, pakar bedah berusaha membuang seberapa banyak Meningioma seboleh mungkin.

Jenis rawatan, jika ada, anda perlukan selepas pembedahan bergantung kepada beberapa faktor.

  • Jika tiada ketumbuhan yang kelihatan, tiada rawatan lanjutan diperlukan. Tetapi, anda perlu menjalani imbasan secara berkala.
  • Jika ketumbuhan benign dan melibatkan sebahagian kecil, doktor akan mengesyorkan imbasan secara berkala sahaja. Dalam beberapa kes tertentu, ketumbuhan berbaki boleh dirawat dengan rawatan radiasi dipanggil pembedahan radio stereotaktik.
  • Jika ketumbuhan tersebut tidak tipikal atau kanser, anda perlu menjalani radiasi.

Pembedahan mungkin mendedahkan risiko jangkitan dan pendarahan. Risiko khusus bagi pembedahan anda bergantung kepada lokasi Meningioma. Sebagai contoh. Doktor pakar bedah membuang Meningioma yang wujud di sekeliling saraf mata boleh menyebabkan hilang penglihatan. Sila bertanya kepada doktor bedah tentang risiko khusus bagi pembedahan anda.

Terapi radiasi

Jika Meningioma anda tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya, doktor anda boleh mengesyorkan terapi sinaran selepas pembedahan. Tujuan terapi radiasi adalah untuk memusnahkan sel-sel Meningioma yang tersisa dan mengurangkan kemungkinan Meningioma anda dapat berulang. Terapi radiasi menggunakan mesin yang besar untuk mengarahkan tenaga bertenaga tinggi di sel-sel tumor.

Kemajuan dalam terapi radiasi meningkatkan dos radiasi ke Meningioma sambil mengurangkan radiasi ke tisu yang sihat. Ini termasuk Radioterapi Stereotaktik yang diperkecil (SRT) dan Terapi Radiasi yang Dimodulasi Intensiti (IMRT). Radiasi Sinaran Proton boleh menjadi pilihan, tetapi sama ada radiasi standard ini tidak jelas.

Radiosurgeri

Radiosurgeri ialah sejenis rawatan radiasi yang menggunakan beberapa beam radiasi kuat pada tempat yang tepat. Berlawanan dengan namanya, radiosurgeri tidak melibatkan skalpel atau potongan. Radiosurgeri biasanya dilakukan di bahagian pesakit luar dan mengambil masa beberapa jam.  Radiosurgeri mungkin menjadi pilihan pesakit Meningioma yang tidak dapat membuang sel tersebut dengan pembedahan konvensional atau Meningioma berulang semula selepas mendapat rawatan.

Radiasi fraksionasi

Bagi ketumbuhan yang sangat besar bagi radiosurgeri atau ketumbuhan yang berlaku pada bahagian yang tidak dapat bertahan dengan intensiti tinggi radiosurgeri – seperti berhampiran saraf mata – pilihan yang ada ialah radiasi fraksionasi. Ia melibatkan penghantaran radiasi dalam bentuk yang kecil. Sebagai contoh, pendekatan ini memerlukan  rawatanini djalankan sahari bagi setiap 30 hari.

Ubat

Bagi pesakit Meningioma yang berulang semula atau tidak bertindak balas kepada pembedahan atau radiasi, doktor akan mencuba rawatan sistem yang berbeza. Malangnya, kebanyakan kimoterapi tidak terbukti nilainya, tetapi sesetengah ubat seperti hydroxyurea (Droxia, Hydrea) kadang kala digunakan. Ubat lain juga diuji seperti ubat yang menghalang rembesan hormon tumbesaran (samostatin analog). Terkini, ubat yang menghalang kemampuan tumor untuk merebak ke saluran darah (angiogenesis inhibitor) mungkin boleh digunakan tetapi data masih awal. Kajian lebih diperlukan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Meningioma?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi Meningioma:

  • Akupuntur.
  • Hipnosis.
  • Urutan.
  • Meditasi.
  • Terapi muzik.
  • Senaman bertenang.

Rawatan perubatan alternatif tidak dapat merawat Meningioma, tetapi sesetengah rawatan membantu mencegah kesan sampingan atau membantu anda mengatasi tekanan akibat Meningioma.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 25, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 25, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut