Apa itu Mati Pucuk?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Mati Pucuk?

Mati pucuk (Erectile dysfunction, ED) terjadi bila anda tidak mampu atau gagal mengekalkan ereksi yang cukup untuk melakukan seks. Anda mungkin mengalami ED sekiranya anda :

  • boleh mengalami ereksi kadang-kadang, walaupun bukan setiap masa;
  • boleh mendapat ereksi, tapi tidak bertahan cukup lama untuk seks;
  • tidak mampu mendapat ereksi langsung.

Apakah kebarangkalian Mati Pucuk?

Mati pucuk terjadi pada lelaki tanpa mengira bangsa dan pada setiap bahagian dalam dunia. Lelaki lebih berkemungkinan mengalami ED seiring penambahan umur. Contohnya, ED terjadi dalam:

  • Sekitar 12 peratus untuk lelaki yang lebih muda dari 60 tahun;
  • 22 peratus lelaki sekitar umur 60 dan 69;
  • 30 peratus lelaki berumur 70 tahun dan ke atas.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Mati Pucuk?

Gejala utama ED ialah ketidakmampuan untuk mendapatkan atau mengekalkan ereksi hingga ke akhir aktiviti seks.

Jika penyebab ialah psikologikal, lelaki mungkin mengalami keresahan, naik angin (mood swings), kemurungan, imsomnia, dan risau dengan kemampuan seksual.

Jika penyebab ialah fizikal, gejala penyakit medikal mungkin melibatkan pendarahan yang lemah di bahagian kaki, atau nafas singkat bila disertai senaman (kemungkinan penyakit jantung). Kencing manis biasanya dikaitkan dengan ED.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Doktor keluarga ialah tempat permulaan yang baik sekiranya anda mengalami masalah mati pucuk. Jumpalah dengan doktor sekiranya:

  • Anda mempunyai kerisauan mengenai ereksi atau and mengalami masalah seksual lain, termasuk mati pucuk, seperti ejakulasi pra-matang atau ejakulasi tertunda.
  • Anda mengalami kencing manis, penyakit jantung atau penyakit-penyakit lain yang mungkin dikaitkan dengan masalah mati pucuk.
  • Anda mengalami gejala lain selain mati pucuk.

Punca

Apakah Punca Mati Pucuk?

Penyebab mati pucuk, antaranya:

  • Gangguan yang menyebabkan aliran darah lemah atau saraf yang cedera di bahagian zakar.
  • Saraf di bahagian zakar terkesan dari pembedahan bahagian pinggang dan abdomen (terutamanya pembedahan prostat), terapi radiasi, penyakit berkaitan tulang belakang, kencing manis.
  • Gangguan hormon.

Faktor lain termasuk strok, merokok, alkohol, dan dadah. Ubatan yang boleh mengakibatkan mati pucuk (terutamnya kalangan orang tua) adalah ubat darah tinggi, anti-depressi, sedatif, cimetadine, digoxin, diuretik dan ubatan terlarang.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Mati Pucuk?

Pelbagai faktor risiko turut menyumbang kepada masalah mati pucuk, antaranya:

  • Masalah kesihatan, terutamanya kencing manis atau masalah jantung;
  • Penggunaan tembakau, yang mana menghalang aliran darah dari vena ke arteri, boleh — jangka masa panjang— mengakibatkan masalah kesihatan yang kronikserta membawa kepada masalah mati pucuk;
  • Berat badan berlebihan, terutamanya jika anda obese;
  • Rawatan perubatan tertentu, umpamanya pembedahan prostat atau rawatan radiasi untuk kanser;
  • Kecederaan, khususnya jika ia merosakkan saraf atau arteri yang mengawal ereksi;
  • Ambilan ubat, termasuk anti-depressi, anti-histamin, dan ubatan untuk erawat darah tinggi, kesakitan atau masalah prostat.
  • Keadaan psikologikal, seperti tekanan, kerisauan (anxiety) atau kemurungan.
  • Aktiviti berbasikal berpanjangan, yang mana boleh menekan saraf dan mempengaruhi aliran darah ke zakar, boleh membawa kepada masalah mati pucuk yang sementara atau kekal.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Mati Pucuk didiagnosis?

  • Ambilan ubat menerusi mulut. Doktor mungkin boleh memberi preskripsi dalam bentuk pil yang merawat mati pucuk. Ubatan biasa seperti sildenafil (®Viagra), vardenafil (®Levitra, ®Staxyn), tadalafil (®Cialis), avanafil (®Stendra). Jika anda dalam keadaan sihat, doktor akan memberi preskripsi mana-mana satu ubatan ini. Anda tidak boleh mengambil mana-mana satu pil tersebut untuk merawat mati pucuk jika anda sedang mengambil nitrat, sejenis ubatan penyakit jantung. Semua pil untuk merawat mati pucuk, berfungsi meningkatkan aliran darah menuju zakar. Mereka tidak menyebabkan ereksi secara automatik. Bincng dengan doktor mengenai bila pil perlu diambil. Anda mungkin perlu menguji berapa lama masa yang diperlukan untuk sesetengah pil mengambil kesan.
  • Penggantian testosteron. Sesetengah lelaki mengalami mati pucuk yang mungkin terkesan dari kadar hormon testosteron yang rendah. Dalam kes tersebut, terapi penggantian testosteron mungkin dapat dicadangkan sebagai langkah pertama.
  • Memberi preskripsi Alatan Vakum: Cara lain untuk mendapat ereksi ialah menggunakan alatan yang dicipta bersama tiub vakum yang dicipta secara istimewa. Masukkan zakar anda ke dalam tiub, yang mana ianya bersambung dengan pam. Ketika udara dikeluarkan dari dalam pam, darah akan mengalir masuk ke zakar dan menyebabkan ia semakin besar dan tegang. Kemudian, cincin elastik yang dicipta khas akan digerakkan dari penghujung tiub ke pangkal zakar untuk mengekalkan darah dari mengalir semula ke dalam badan. Anda akan dapati bahawa penggunaan alatan vakum memerlukan beberapa latihan.
  • Rawatan lain: Implan zakar merangkumi proses pembedahan untuk memasukkan alat gantian ke dalam kedua-dua bahagian zakar. Implan ini terdiri sama ada dari yang boleh kembung (inflatable) atau rod separuh tegang. Alat boleh kembung membenarkan anda untuk mengawal bila dan berapa lama anda mengalami ereksi. Rod separuh tegang membenarkan zakar tegang namun dapat dibengkokkan.

Di samping itu, doktor boleh juga menggunakan terapi psikologi untuk merawat faktor mental dan perasaan jika ianya menjadi punca mati pucuk.

Masalah anda mungkin akan mengambil masa yang lama untuk dirawat dan memerlukan penggunaan langkah yang pelbagai. Anda dan pasangan perlu bekerjasama bersama doktor agar dapat memperoleh hasil rawatan yang terbaik.

Bagaimana pesakit Mati Pucuk dirawat?

Bagi kebanyakan lelaki, cukup bagi doktor untuk mengambil sejarah perubatan,  dan pemeriksaan fizikal untuk mereka diagnos masalah mati pucuk serta rawatan diperlukan. Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan yang kronik atau doktor anda mengesyaki ada masalah lain yang turut terlibat, anda mungkin perlu melalui ujian lain atau mendapatkan konsultasi dari doktor pakar.

Ujian untuk masalah lain yang turut terlibat antarnya:

  • Ujian darah. Sampel dari darah akan dihantar ke makmal untuk diuji sebarang tanda penyakit jantung, kencing manis, kadar testosteron rendah, dan masaah kesihatan lain.
  • Ujian kencing. Seperti ujuan darah, ujian kencing adalaha untuk mencari tanda kencing manis atau masalah lain yang turut serta.
  • Ultrasound. Ujian ini biasanya dijalankan oleh pakar di dalam pejabat mereka. Ia merangkumi penggunaan alatan seperti tongkat kecil (transducer) diletakkan dia atas salur darah yang menuju ke zakar. Video imej akan terhasil, yang akan membantu doktor untuk mengenalpasti sama ada anda mengalami masalah salur darah.

Ujian ini kadang-kadang dijalankan bersama cucukan ubatan khas ke dalam zakar untuk menggalakkan aliran darah dan penghasilan ereksi baru:

  • Ujian ereksi semalaman. Kebanyakan lelaki mengalami ereksi semasa tidur tanpa sedar atau ingat akannya. Ujian ringkas ini melibatkan pembalutan alatan khas sekeliling zakar sebelum anda tidur.

Alatan ini membantu untuk mengukur jumlah dan kekuatan ereksi yang dialami semalaman. Ianya adalah penting untuk mengenalpasti sama ada masalah mati pucuk and diakibatkan oleh kesan psikologikal atau fizikal.

  • Ujian psikologi. Doktor akan menanyakan beberapa soalan untuk menapis kemurungan dan kemungkikan punca psikologi yang mengakibatkan mati pucuk.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Mati Pucuk?

Untuk kebanyakan lelaki, masalah mati pucuk adalah disebabkan atau menjadi lebih teruk diakibatkan oleh pilihan gaya hidup. Ini adalah antara langkah yang mungkin membantu:

  • Sekiranya anda merokok, hentikan. Sekiranya anda mengalami masalah untuk berhenti, ajukan pertolongan. Cuba gantian nikotin, seperti gula getah serta lozeng yang boleh didapati di kaunter, atau tanyakan pada doktor mengenai preskripsi ubatan yang boleh membantu anda untuk berhenti.
  • Kurangkan beberapa kilo berat badan. Mengalami berat badan berlebihan boleh mengakibatkan — atau membuat semakin teruk — masalah mati pucuk.
  • Masukkan aktiviti fizikal dalam rutin hrian. Senaman boleh membantu mengatasi mengatasi masalah dalaman yang berkaitan dengan mati pucuk melalui pelbagai cara, termasuklah mengatasi tekanan, membantu mengurangkan berat, dan meningkatkan aliran darah.
  • Dapatkan rawatan untuk masalah alkohol dan dadah. Terlalu banyak minum (alkohol) atau pengambilan dahah tertentu boleh menjadikan terus masalah mati pucuk, atau mengakibatkan masalah kesihatan jangka panjang.
  • Cari solusi masalah perhubungan. Dicadangkan kaunseling bersama pasangan sekiranya anda mengalami masalah komunikasi bersama pasangan atau sedang mmengalami masalah sendirian.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.