Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Mata sembap – bengkak kecil pada bahagian bawah mata – lazim berlaku apabila semakin berumur. Dengan penuaan, tisu di sekeliling mata, termasuklah otot-otot yang memberi sokongan kepada kelopak mata semakin lemah. Lemak yang membantu untuk menyokong mata akan beralih ke bahagian kelopak mata bawah, menyebabkan ia kelihatan bengkak.Cecair juga boleh berkumpul di bawah mata,menambah lagi keadaan tersebut.
Mata sembap sangat lazim berlaku. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Simptom yang lazim berlaku ialah:
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Hubungi doktor sekiranya anda mengalami perkara berikut:
Bengkak berlebihan dan kulit yang melendut di bawah mata boleh disebabkan oleh salah satu keadaan berikut:
Kebanyakan kes , mata sembap hanyalah kebimbangan kosmetik dan tidak menandakan sebarang masalah kesihatan ,namun sekiranya ia bertukar menjadi merah, gatal dan menyakitkan atau berlaku sebarang perubahan secara mendadak ,segeralah bertemu dengan doktor. Boleh jadi perkara tersebut adalah tanda-tanda alahan atau masalah lain.
Walaupun penuaan adalah sebab utama masalah kosmetik ini, faktor genetik tetap berperanan menyebabkan mata yang sembap. Selalunya , individu di dalam keluarga yang sama akan berkongsi ciri-ciri ini, sebagaimana bentuk wajah dan hidung mereka.
Di dalam kes yang lain, mata sembap berpunca daripada faktor gaya hidup yang boleh diubah.
Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor barangkali akan tanya soalan berikut:
Menyediakan senarai soalan boleh membantu untuk memanfaatkan masa anda bersama dengan doktor.Untuk masalah ini, beberapa soalan asas yang boleh disoal kepada doktor ialah:
Jangan ragu-ragu untukbertanya soalan yang terlintas di fikiran anda
Mata yang sembap selalunya menjadi kebimbangan kosmetik dan tidak memerlukan sebarang rawatan khusus.Rawatan di rumah dan pengubahan gaya hidup boleh membantu untuk mengurangkan mata yang membengkak.
Rawatan perubatan dan pembedahan boleh dilakukan sekiranya anda bimbang mengenai penampilan anda dengan mata yang sembap. Rawatan barangkali tidak ditanggung oleh insuran perubatan jika dilakukan semata-mata untuk menambahbaik penampilan.
Ubat-ubatan
Jika anda rasa bengkak di bawah mata berpunca daripada alahan, maklumkan kepada doktor supaya dia boleh memberikan ubat alahan yang sesuai.
Terapi
Pelbagai rawatan untuk kedutan telah digunakan untuk mengurangkan bengkak di bawah mata. Ini termasuklah laser resurfacing, chemical peels and fillers, yang boleh menambahbaik tona kulit, menegangkan kulit dan membuatkan anda kelihatan lebih muda.
Pembedahan kelopak mata
Pembedahan kelopak mata (blepharoplasty) merupakan salah satu pilihan untuk membuang kantung/sembap dibawah mata. Sewaktu prosedur ini dilakukan , doktor bedah akan memotong kulit betul-betul di bawah bulu mata selari dengan kedutan semulajadi kelopak mata ataupun pada bahagian dalam kelopak mata bawah. Prosedur ini selalunya dilakukan sebagai prosedur pesakit luar.
Selain daripada merawat mata yang sembap,blepharoplasty juga boleh digunakan untuk merawat:
Berbincanglah dengan doktor anda mengenai risiko pembedahan kelopak mata yang mungkin boleh terjadi seperti jangkitan bakteria, mata menjadi kering dan masalah pada pandangan, duktus air mata dan posisi kelopak mata.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi mata yang sembap:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen