backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Anak Alami Sembelit? Ini Yang Perlu Parents Faham Untuk Merawatnya

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/02/2023

Anak Alami Sembelit? Ini Yang Perlu Parents Faham Untuk Merawatnya

Masalah sembelit bukanlah keadaan luar biasa untuk terjadi pada anak kecil. Tetapi apakah punca kanak kanak sembelit? Jom fahami lebih lanjut dalam perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apa itu Masalah Sembelit dalam Kanak-kanak?

Sembelit dalam kanak-kanak merupakan masalah yang biasa terjadi. Punca Kanak kanak sembelit apabila mereka akan mengalami pergerakan usus (air besar) yang tidak kerap atau najis yang keras, kering.

Apakah kebarangkalian Masalah Sembelit dalam Kanak-kanak?

Sembelit biasa terjadi pada kanak-kanak. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom yang menjadi punca kanak kanak sembelit?

Simptom-simptom biasa bagi sembelit dalam kanak-kanak ialah:

  • Kurang daripada tiga pergerakan usus dalam seminggu.
  • Pergerakan usus yang keras, kering dan sukar untuk keluar.
  • Diameter najis besar yang mana boleh membuat tandas tersumbat.
  • Sakit ketika buang air besar.
  • Sakit pada abdomen.
  • Terdapat kesan cecair atau najis seperti tanah liat pada seluar dalam anak anda – tanda bahawa najis terkumpul di dalam rektum.
  • Darah pada permukaan najis yang keras.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus berjumpa doktor sekiranya punca kanak kanak sembelit tersebut berlarutan lebih daripada dua minggu atau berlaku bersama dengan:

  • Demam.
  • Muntah.
  • Kanak kanak sembelit berdarah
  • Abdomen bengkak.
  • Hilang berat badan.
  • Koyakan yang sakit pada kulit disekeliling anus (fissur anus).
  • Usus terkeluar daripada anus (prolaps rektum).

punca kanak kanak sembelit

Punca

Apakah punca Kanak kanak sembelit?

Sembelit paling biasa berlaku apabila bahan buangan atau najis bergerak terlalu perlahan melalui saluran penghadaman, menyebabkan najis menjadi keras dan kering.

Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada sembelit dalam kanak-kanak, termasuk:

  • Tahan air besar. Anak anda mengabaikan keinginan untuk air besar kerana dia takut akan tandas atau tidak mahu berhenti daripada bermain. Sesetengah kanak-kanak akan menahan air besar apabila mereka jauh daripada rumah kerana mereka tidak selesa menggunakan tandas awam
  • Pergerakan usus yang sakit disebabkan oleh najis yang besar, keras juga menyebabkan kanak-kanak lebih gemar untuk menahan air besar. Jika kesakitan berlaku ketika air besar, anak anda akan cuba untuk mengelakkan keadaan yang menyakitkan ini.
  • Isu latihan tandas. Jika anda mula melatih untuk menggunakan tandas terlalu awal, anak anda mungkin akan memberontak dan menahan diri daripada buang air besar. Sekiranya latihan tandas di luar kemahuan anak anda, tabiat sengaja untuk mengabaikan keinginan untuk buang air besar akan bertukar menjadi tabiat tanpa sengaja yang mana sukar untuk diubah.
  • Perubahan diet. Kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat boleh menyebabkan sembelit. Salah satu sebab biasa menyebabkan kanak-kanak sembelit apabila mereka bertukar daripada diet cecair semua kepada diet yang mengandungi makanan pepejal.
  • Perubahan rutin. Sebarang perubahan pada rutin anak anda – seperti melancong, cuaca panas atau stress – boleh menganggu fungsi usus. Kanak-kanak juga lebih cenderung untuk mengalami sembelit apabila mereka mula bersekolah luar daripada rumah.
  • Ubat-ubat. Ubat antidepressan dan pelbagai ubat yang lain boleh menyumbang kepada sembelit.
  • Alahan susu lembu. Alahan kepada susu lembu atau mengambil terlalu banyak produk tenusu (keju dan susu lembu) kadang kala boleh menyebabkan sembelit.
  • Sejarah keluarga. Kanak-kanak yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami sembelit akan lebih cenderung untuk mengalaminya. Ini mungkin disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran yang dikongsi bersama.
  • Keadaan perubatan. Jarang sekali punca kanak kanak sembelit disebabkan oleh malpembentukan rbanatomik, masalah sistem metabolik atau penghadaman, atau keadaan yang lain.

Baca juga:

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko punca kanak kanak sembelit?

Sembelit dalam kanak-kanak lebih biasa terjadi kepada kanak-kanak yang:

  • Tidak banyak bersenam .
  • Tidak mengambil makanan berserat yang mencukupi.
  • Tidak minum cecair yang cukup.
  • Mengambil ubat-ubat tertentu, termasuk antidepresan antara punca kanak kanak sembelit.
  • Mengalami keadaan perubatan yang melibatkan anus atau rektum.
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mengalami sembelit.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana mendiagnosis punca kanak kanak sembelit?

Doktor anak anda akan:

  • Mengumpul sejarah perubatan yang lengkap. Doktor anak anda akan bertanya mengenai penyakit yang anak anda pernah alami. Doktor juga akan bertanya mengenai diet dan pola aktiviti fizikal yang dilakukan.
  • Menjalani pemeriksaan fizikal. Pemeriksaan fizikal yang dilakukan termasuk memasukkan jari yang telah dipakaikan sarung tangan ke dalam anus anak anda bagi memeriksa sebarang abnormaliti atau najis yang tersekat. Najis yang dijumpai di dalam rektum akan diuji bagi mengesan darah.

punca kanak kanak sembelit

Ujian yang lebih teliti biasanya akan dilakukan hanya untuk kes sembelit yang paling teruk. Sekiranya perlu, ujian-ujian tersebut termasuk:

  • X-ray abdomen. Ujian X-ray yang biasa dilakukan untuk melihat sama ada terdapat sekatan di dalam abdomen anak anda.
  • Manometri anorektal atau ujian motiliti. Dalam ujian ini, tiub nipis yang dipanggil kateter akan diletakkan di dalam rektum bagi menyukat koordinasi otot yang anak anda gunakan bagi mengeluarkan najis.
  • X-ray enema barium.  Dalam ujian ini, lapisan usus diselaputi dengan pewarna kontrast (barium) jadi rektum, kolon, dan kadang kala sebahagian daripada usus kecil dapat dilihat dengan jelas melalui X-ray.
  • Biopsi rektal. Dalam ujian ini, sampel kecil tisu akan diambil daripada lapisan rektum bagi melihat sama ada sel saraf yang terdapat di kawasan itu normal atau tidak.
  • Kajian penanda atau transit. Dalam ujian ini, anak anda akan menelan kapsul yang mengandungi penanda yang akan kelihatan melalui X-ray yang akan diambil selama beberapa hari. Doktor anak anda akan mengkaji cara penanda tersebut bergerak melalui saluran penghadaman anak anda.
  • Ujian darah. Jarang sekali ujian darah dilakukan, contohnya bagi kes berkaitan dengan tiroid.

Bagaimana punca Kanak kanak sembelit dirawat?

Bergantung kepada keadaan, doktor anak anda akan menyarankan:

  • Makanan tambahan serat tanpa preskripsi atau pelembut najis. Jika anak anda tidak mendapat serat yang cukup di dalam diet, tambahkan makanan tambahan serat tanpa preskripsi seperti Metamucil atau Citrucel, mungkin boleh membantu. Walau bagaimanapun, anak anda perlu minum sekurang-kurangnya 32 auns (lebih kurang 1 liter) air setiap hari bagi membolehkan produk ini berfungsi dengan baik. Periksa dengan doktor bagi mengetahui dos yang tepat untuk umur dan berat anak anda.
  • Supositori gliserin boleh digunakan untuk melembutkan najis bagi kanak-kanak yang tidak boleh menelan pil. Tanya doktor anak anda mengenai cara yang betul untuk menggunakan produk ini.
  • Laksatif atau enema. Jika bahan najis yang terkumpul menyebabkan sekatan, doktor akan menyarankan supaya menggunakan laksatif atau enema bagi membantu menghilangkan sekatan tersebut. Contoh termasuklah polyethylene glycol (Glycolax, MiraLax, lain-lain) dan minyak mineral.
  • Jangan beri anak anda laksatif atau enema tanpa persetujuan doktor dan arahan dos yang betul.
  • Enema hospital. Kadang kala kanak-kanak mengalami sembelit yang teruk dan perlu dirawat di hospital untuk jangka masa pendek bagi membolehkan doktor menggunakan enema yang lebih kuat untuk mengosongkan usus. Ini dipanggil disimpaksi.

Ubat alternatif

Sebagai tambahan kepada perubahan diet dan rutin, pelbagai cara alternatif yang lain dapat membantu melegakan punca kanak kanak sembelit:

  • Urut abdomen anak anda dengan lembut bagi membolehkan otot yang menyokong pundi kencing dan usus relaks, membantu meningkatkan aktiviti usus.
  • Rawatan tradisional orang cina yang melibatkan jarum kecil yang dimasukkan dan dimanipulasi ke dalam bahagian badan. Terapi ini membantu sekiranya anak anda mengalami sembelit yang berkait dengan sakit pada abdomen.
  • Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani punca kanak kanak sembelit?

    punca kanak kanak sembelit

    Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi sembelit dalam kanak-kanak:

    Diet tinggi serat.

    Diet yang kaya dengan serat dapat membantu badan anak anda membentuk najis yang lembut dan besar. Pengambilan serat dalam diet yang disarankan adalah 14 gram bagi setiap 1,000 kalori.

    Bagi kanak-kanak yang lebih muda, perlu mengambil lebih kurang 20 gram serat diet dalam sehari. Bagi remaja perempuan dan wanita muda pula, 29 gram serat diet setiap hari, dan bagi remaja dan lelaki muda, 38 gram serat diet setiap hari.

    Berikan anak anda makanan yang kaya dengan serat seperti kacang, bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Tetapi mulakan secara perlahan-lahan, tambah hanya beberapa gram serat sahaja setiap hari selama beberapa minggu bagi mengurangkan jumlah angin dan kembung yang boleh berlaku pada seseorang yang tidak biasa mengambil makanan yang kaya dengan serat.

    Cecair yang mencukupi penting elak punca kanak kanak sembelit

    Air dan cecair lain boleh membantu melembutkan najis anak anda.

    Berhati-hati dalam memberi terlalu banyak susu kepada anak anda. Bagi sesetengah kanak-kanak, susu yang berlebihan akan menyebabkan sembelit.

    Masa yang mencukupi

    Jangan memaksa anak untuk pergerakan usus. Galakkan anak anda untuk duduk di atas tandas selama lima hingga sepuluh minit dalam masa 30 minit setiap kali selepas makan.

    Lakukan rutin ini setiap hari, walaupun ketika bercuti atau melancong.

    Beri sokongan

    Beri ganjaran disebabkan usaha anak anda, bukan kerana hasilnya.

    Beri ganjaran kecil kepada anak anda yang cuba untuk buang air besar. Ganjaran yang boleh diberi termasuk pelekat atau buku atau permainan khusus yang hanya boleh digunakan selepas (atau kalau boleh ketika) di dalam tandas.

    Jangan sesekali hukum anak anda yang telah buang air besar di dalam seluar mereka.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan punca kanak kanak sembelit, sila berunding dengan doktor pediatrik bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 10/02/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan