Masalah Paras Potassium (Kalium) Rendah

Oleh

enEnglish

Definisi

Apakah itu masalah kekurangan potassium?

Potassium / Kalium yang rendah (hipokalemia) merujuk kepada paras kalium yang lebih rendah dari biasa di dalam aliran darah anda. Kalium membantu membawa isyarat elektrik ke sel-sel  di dalam badan anda. Ia penting untuk sel saraf dan otot berfungsi dengan baik, terutamanya sel-sel otot jantung.

Biasanya, paras kalium dalam darah biasanya adalah di antara 3.6 hingga 5.2 milimol seliter (mmol / L). Tahap kalium yang sangat rendah (kurang daripada 2.5 mmol / L) boleh mengancam nyawa dan memerlukan rawatan segera.

Apakah kebarangkalian paras potassium rendah?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi paras potassium rendah?

Potassium menjejaskan cara sel menyahkutubkan tenaga (depolarize) dan kemudian menjana semula  (repolarize) tenaga tersebut supaya tenaga dapat dialirkan lagi. Apabila tahap kalium rendah, sel-sel tidak dapat menjana semula dan tidak dapat dialirkan berulang kali, dan otot dan saraf mungkin tidak berfungsi dengan normal. Kesan potassium rendah termasuklah menyebabkan simptom-simptom berikut:

  • Kelemahan otot
  • Kesakitan otot
  • Kekejangan otot
  • Sembelit
  • Keletihan
  • Rasa jantung berdebar (degupan jantung yang tidak teratur)

Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom yang muncul, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.  Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Sebaiknya berbincanglah dengan doktor anda tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah yang mengakibatkan paras potassium rendah?

Potassium yang rendah boleh berlaku dalam banyak sebab. Pengambilan diuretik (pil pembendung air), cirit-birit, dan penyalahgunaan laksatif (julap) secara berterusan adalah punca-punca yang paling biasa yang menyebabkan paras kalium menjadi rendah.

Penyakit dan ubat-ubatan lain juga boleh menurunkan paras kalium anda.

Antara penyebab hipokalemia yang lain termasuklah:

Kerosakan buah pinggang

  • Masalah tertentu buah pinggang seperti asidosis tiub ginjal (contohnya kegagalan buah pinggang kronik dan kegagalan buah pinggang akut)
  • Kekurangan magnesium
  • Leukemia
  • Penyakit Sindrom Cushing (dan gangguan adrenal lain)

Kehilangan potassium melalui perut dan usus

  • Muntah
  • Enema (cecair yang dimasukkan di dalam dubur bagi memudahkan pembuangan air besar) atau penggunaan julap yang berlebihan
  • Cirit-birit
  • Selepas pembedahan ileostomi (pembedahan melubangkan abdomen ke usus)

Kesan sampingan ubat

  • Pil diuretik
  • Ubat yang digunakan untuk asma atau emfisema (ubat-ubatan agonis beta-adrenergik seperti bronkodilator, steroid, atau theophylline)
  • Aminoglycosides (sejenis antibiotik)

Kesan peralihan potassium yang masuk dan keluar dari sel boleh mengurangkan kepekatan kalium yang dalam darah.

  • Penggunaan insulin
  • Keadaan metabolik tertentu (seperti alkalosis)

Mengurangkan pengambilan makanan atau kekurangan zat makanan

  • Anorexia (masalah psikologi sehingga kehilangan selera makan)
  • Bulimia (masalah psikologi yang memuntahkan semula makanan)
  • Pembedahan bariatrik (pembedahan mengecilkan saluran perut bagi membendung obesiti)
  • Pengguna alkohol

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko paras potassium rendah?

Wanita dan Afrika-Amerika berisiko mengalami hipokalemia. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk maklumat lanjut tentang faktor risiko kekurangan potassium.

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan.  SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah paras potassium rendah didiagnosis?

Kadang-kadang punca kekurangan potassium tidak jelas.  Doktor anda akan melakukan ujian tertentu untuk mengecualikan keadaan-keadaan seperti asidosis tiub ginjal, sindrom Cushing, dan hipokalsemia (kekurangan kalsium).

  • Jika ketidakseimbangan elektrolit disyaki, ujian darah akan dijalankan untuk memeriksa paras kalium. Ujian fungsi buah pinggang (BUN dan kreatinin), glukosa, magnesium, kalsium, dan fosforus dilakukan jika ketidakseimbangan elektrolit disyaki
  • Oleh kerana kalium rendah diketahui mempengaruhi rentak jantung (aritmia), seorang doktor boleh memberi ubat digoxin (Lanoxin) sekiranya pesakit sedang mengambil ubat persediaan digitalis
  • ECG atau pengesanan jantung (heart tracing) akan dilakukan untuk mengesan perubahan elektrik pada jantung dan juga mengesan beberapa jenis ketidakteraturan rentak jantung yang mungkin disebabkan oleh kalium yang rendah

Bagaimanakah paras potassium rendah dirawat?

‘Terapi penggantian kalium’ akan dilakukan ke atas pesakit berdasarkan jenis dan kadar keterukan simptom pesakit. Rawatan dimulakan selepas ujian makmal mengesahkan diagnosis.

Orang yang disyaki mempunyai paras kalium yang sangat rendah perlu dipantau dengan alat pemantauan jantung (cardiac monitor) dan terapi melalui intravena (salur darah) akan dimulakan.

Biasanya, bagi mereka yang paras kaliumnya berkurang secara ringan atau sederhana rendah (2.5-3.5 mEq / L), yang mana tidak mempunyai simptom, atau yang hanya mempunyai adua kecil hanya perlu dirawat dengan kalium yang diberikan dalam bentuk pil atau cecair. Ini lebih sesuai kerana ia mudah dikendalikan, selamat, murah, dan mudah diserap dari saluran gastro intestinal (salur pencernaan). Sesetengah bagi pengambilan, atau terlalu tinggi dos, mungkin mengganggu perut dan menyebabkan muntah.

Jika aritmia jantung atau simptom penting muncul atau jika paras kalium kurang daripada 2.5 mEq / L, kalium secara intervena harus diberikan.  Dalam keadaan ini, pesakit perlu dimasukkan ke unit kecemasan. Memasukkan kalium (melalui intravena) mengambil masa beberapa jam kerana ia harus diberikan secara perlahan-lahan untuk mengelakkan masalah jantung yang serius dan mengelakkan iritasi saluran darah di mana IV (intravena) diletakkan.

Bagi mereka yang mempunyai paras kalium yang sangat rendah bersama dengan simptom, kedua-dua kaedah intravena dan oral diperlukan.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas masalah paras potassium yang rendah?

Cara hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda mengatasi paras potasium yang rendah:

Penjagaan diri bagi pesakit paras potassium rendah di rumah

  • Sekiranya anda mendapati paras kalium anda rendah, elakkan aktiviti fizikal yang berat kerana kehilangan kalium berlaku dengan berpeluh
  • Jika anda mengambil suplemen makanan, suplemen herba, diuretik (pil pembendung air), atau julap yang menyebabkan simptom kalium yang rendah, elakkan mengambil produk ini dan dapatkan nasihat doktor. Jangan berhenti mengambil ubat yang ditetapkan tanpa terlebih dahulu berunding dengan doktor anda

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

Tarikh Reviu: Julai 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 31, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut