backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Masalah Gangguan Pemakanan

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apakah itu masalah gangguan pemakanan?

Gangguan pemakanan adalah penyakit yang mempunyai ciri-ciri berikut;  tabiat pemakanan tidak normal dan tekanan atau kebimbangan mengenai berat dan bentuk badan. Kebanyakan gangguan pemakanan melibatkan perhatian yang melampau terhadap berat, bentuk badan dan makanan, lalu membawa kepada tabiat pemakanan yang berbahaya. Hal ini memberi impak yang besar kepada keupayaan tubuh badan untuk mendapatkan nutrisi.

Gangguan pemakanan yang paling kerap berlaku ialah anoreksia nervosa, bulimia nervosa dan gangguan makan berlebihan (binge eating disorder).

Gangguan pemakanan menyebabkan banyak komplikasi dan sebahagian darinya boleh mengancam nyawa. Semakin lama atau teruk kecelaruan tersebut, semakin tinggi risiko anda untuk mengalami komplikasi yang serius, seperti:

  • Masalah perubatan
  • Kemurungan dan keresahan
  • Idea dan tingkah laku untuk bunuh diri
  • Masalah pada tumbesaran dan perkembangan
  • Masalah sosial dan perhubungan
  • Penyalahgunaan dadah
  • Isu di tempat kerja dan sekolah
  • Kematian
  • Apakah kebarangkalian masalah gangguan pemakanan?

    Keadaan kesihatan ini sangat kerap berlaku. Ia selalu melibatkan golongan remaja dan wanita muda berbanding lelaki. Ia juga boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Ketahui simptom-simptomnya

    Apakah simptom-simptom masalah gangguan pemakanan?

    Simptom yang biasa berlaku bagi kondisi ini ialah:

    • Kurang makan secara kronik walaupun telah mencapai berat badan yang membahayakan
    • Berterusan turun dan naik berat badan
    • Terlalu obses dengan kandungan kalori dan lemak di dalam makanan
    • Mengamalkan pola makan ritual, seperti memotong makanan kepada bahagian-bahagian kecil, makan bersendirian dan menyorokkan makanan
    • Obsesi yang berterusan terhadap makanan, resepi dan masakan
    • Individu tersebut akan memasak hidangan yang kompleks untuk orang lain tetapi menahan diri daripada turut serta
    • Kemurungan atau kelesuan
    • Mengelakkan diri daripada majlis sosial, keluarga dan kawan-kawan. Menjadi terasing dan suka mengasingkan diri.
    • Bertukar-tukar tabiat antara makan berlebihan dan berpuasa

    Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Malangnya, ramai orang yang menghidapi gangguan ini merasakan mereka tidak memerlukan rawatan. Sekiranya anda risau tentang orang yang tersayang, sila menggesa mereka untuk bertemu dengan doktor. Peka pada pola pemakanan dan kepercayaannya yang boleh memberi isyarat  tingkah laku yang tidak sihat, begitu juga tekanan daripada kawan-kawan yang boleh mencetuskan kondisi ini. sImptom-simptom penting yang menandakan kewujudan gangguan pemakanan termasuk:

    • Melangkau waktu makan atau memberi alasan untuk tidak makan
    • Mengamalkan diet vegetarian yang melampau
    • Fokus yang berlebihan pada pemakanan yang sihat
    • Membuat hidangan sendiri daripada memakan apa yang dimakan oleh ahli keluarga yang lain
    • Mengasingkan diri daripada aktiviti sosial
    • Kerisauan yang melampau tentang kegemukan dan selalu berbicara  untuk mengurangkan berat
    • Selalu melihat cermin untuk memeriksa sebarang cela
    • Memakan makanan yang manis dan tinggi lemak dalam jumlah yang banyak dan berulang-ulang kali.
    • Menggunakan suplemen, laksatif atau produk  herba untuk mengurangkan berat
    • Senaman yang berlebihan
    • Kematu pada buku tangan hasil daripada peruatan mencetuskan muntah
    • Kehilangan enamel gigi yang merupakan tanda muntah berulang kali.
    • Pergi ke tandas sewaktu makan
    • Makan makanan yang  lebih banyak daripada normal
    • Meluahkan rasa jijik, malu dan tertekan tentang tabiat pemakanan

    Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

    Ketahui puncanya

    Apakah yang mengakibatkan masalah gangguan pemakanan?

    Punca sebenar masalah ini masih tidak diketahui. Sebagaimana masalah mental yang lain, terdapat banyak sebab seperti:

    • Memiliki genetik yang meningkatkan risiko kepada kecelaruan makanan. Orang yang ahli keluarga terdekatnya – adikberadik atau ibu bapa- mempunyai masalah ini berkemungkinan  tinggi untuk memiliki kondisi yang sama.
    • Kesihatan psikologi dan emosi. Orang yang menghidapi kecelaruan gaya permakanan ini mungkin mempunyai masalah psikologi dan emosi. Mereka memiliki keyakinan diri yang rendah, mementingkan kesempurnaan, tingkah laku impulsif, dan bermasalah dalam perhubungan.
    • Dalam budaya popular, kejayaan dan penghargaan selalu disamakan dengan memiliki tubuh yang kurus. Tekanan daripada rakan-rakan dan pengaruh media menambahkan lagi keinginan untuk kurus.

    Ketahui faktor risiko

    Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko kecelaruan gaya pemakanan?

    Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

    • Wanita. Remaja perempuan dan  wanita muda lebih cenderung untuk mengalami anoreksia atau bulimia, tetapi lelaki juga boleh mengalami kondisi yang sama.
    • Walaupun kondisi ini boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur – termasuklah kanak-kanak, remaja dan orang tua – tetapi ia lebih lazim berlaku pada waktu remaja dan awal 20-an
    • Sejarah keluarga. Gangguan pemakanan berisiko tinggi untuk berlaku pada orang yang  ibu bapa atau adik-beradiknya mengalami kondisi ini.
    • Gangguan mental. Orang yang mengalami kemurungan, keresahan atau kecelaruan obsesif kompulsif berisiko tinggi untuk mengalami kondiisi ini.
    • Orang yang kehilangan berat selalunya bersemangat apabila melihat perubahan diri dan menerima pujian daripada orang lain. Ini boleh menyebabkan mereka menjalani diet yang melampau sehingga menyebabkan kondisi ini.
    • Tekanan boleh meningkatkan risiko kondisi ini
    • Sukan, kerja dan aktiviti seni

    Memahami diagnosis dan rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimanakan kecelaruan gaya pemakanan didiagnosis?

    Pemeriksaan dan ujian yang dijalankan termasuk:

    • Pemeriksaan fizikal. Doktor akan memeriksa anda  untuk menyaring keluar punca-punca perubatan yang menyebabkan kondisi ini. Dia juga mungkin akan menjalankan ujian makmal.
    • Penilaian psikologi. Doktor akan bertanyakan soalan  tentang pemikiran , perasaan dan tabiat pemakanan anda. Anda mungkin akan diberikan soalan-soalan ujian pentaksiran psikologi lengkap.
    • Ujian-ujian lain. Ujian tambahan mungkin akan dilakukan untuk memeriksa sebarang komplikasi yang terkait dengan kecelaruan gaya pemakanan. Penilaian dan ujian juga boleh dilakukan untuk mengenal pasti keperluan nutrisi anda.

    Bagaimanakan ia dirawat?

    Rawatan untuk kondisi ini termasuklah:

    • Membantu anda untuk belajar menggantikan tabiat tidak sihat dengan yang lebih baik seperti Terapi Tingkah laku Kognitif (CBT) dan Terapi Keluarga (FBT).
    • Masuk hospital. Sekiranya anda mempunyai masalah serius , seperti anoreksia yang menyebabkan malnutrisi melampau , doktor akan sarankan untuk anda menerima rawatan di hospital.
    • Ubat seperti anti murung dan anti resah boleh membantu mengurangkan simptom-simptom kemurungan dan resah yang selalu berkait dengan kecelaruan gaya pemakanan.

    Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas kecelaruan gaya pemakanan ?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi :

    • Patuhi pelan rawatan anda. Jangan ponteng sesi terapi dan tidak melencong daripada hidangan yang telah dirancang.
    • Berbincanglah dengan doktor anda mengenai suplemen vitamin dan mineral yang diperlukan supaya anda memperoleh nutrisi-nutrisi yang penting.
    • Jangan asingkan diri anda daripada keluarga dan kawan-kawan yang menyayangi anda dan ingin melihat anda dalam keadaan yang sihat.
    • Berbincang dengan penyedia penjagaankesihatan anda tentang senaman apakah yang bersesuaian dengan diri anda.
    • Baca buku yang memberikan nasihat-nasihat praktikal. Doktor anda mungkin  boleh menyarankan sumber yang bagus.
    • Lawan kemahuan untuk menimbang berat dan melihat cermin terlalu kerap. Ini boleh menyebabkan anda terus melakukan tabiat yang tidak menyihatkan itu.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhammad Zofir Wajdi · Disemak pada 28/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan