Apa itu Malaria?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Malaria?

Malaria dianggap sebagai penyakit yang membahayakan kesihatan disebabkan oleh sejenis parasit. Sekiranya anda digigit oleh nyamuk Anopheles yang dijangkiti, parasit Plasmodium yang menyebabkan malaria boleh tersebar melaluinya dan dilepaskan ke dalam saluran darah anda. Ketika dijangkiti malaria, anda akan berdepan serangan seram sejuk dan demam berulang-ulang yang berlaku dalam kitaran sepanjang dua ke tiga hari pada satu serangan.

Apakah kebarangkalian Malaria?

Malaria lebih biasa terdapat di negara tropikal dan subtropikal berbanding negara suhu sederhana. Ia boleh terjadi pada pesakit pada sebarang usia. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko. Bincangkan bersama doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Malaria?

Tanda dan simptom biasa bagi malaria adalah:

  • Menggigil (seram sejuk) tahap sederhana hingga teruk;
  • Demam panas;
  • Peluh berlebihan;
  • Sakit kepala;
  • Muntah, loya;
  • Cirit-birit;
  • Anemia;
  • Sakit otot;
  • Sawan;
  • Koma;
  • Najis berdarah.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai persoalan tentang simptom, sila berbincang dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu berjumpa doktor sekiranya mana-mana perkara di bawah berlaku:

  • Anda mengalami demam panas semasa menetap atau selepas melawat negara yang mempunyai risiko malaria tinggi.
  • Anda mengalami demam panas, walaupun selepas beberapa minggu, bulan atau tahun selepas anda balik dari lawatan.

Sekiranya anda mengalami sebarang tanda atau simptom disenaraikan di atas, atau mempunyai sebarang soalan, sila berbincang dengan doktor anda. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor mengenai pilihan terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah Punca Malaria?

Sejenis parasit mikroskopik, juga dikenali sebagai Plasmodium, adalah punca penyakit malaria. Ia disebarkan biasanya melalui gigitan nyamuk, terutamanya nyamuk Anopheles betina yang biasanya menggigit ketika senja dan malam. Sekiranya anda digigit, parasit akan berpindah kepada saluran darah anda. Bila parasit berada di dalam badan anda, ia akan bergerak menuju hati untuk menjadi matang, di mana sesetengah jenis boleh kekal tidak aktif sehingga mencecah tempoh setahun. Selepas beberapa hari, parasit yang matang akan memasuki salur darah dan menjangkiti sel darah merah, biasanya dalam 48 ke 72 jam; menyebabkan sel yang dijangkiti pecah.

Walaupun ianya jarang berlaku, anda juga mungkin boleh mendapat malaria melalui pemindahan darah dan perkongsian jarum suntikan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Malaria?

Ada banyak faktor risiko malaria seperti:

  • Tinggal menetap atau melawat kawasan tropikal di mana penyakit ini biasa berlaku, seperti negara Afrika, bahagian selatan Gurun Sahara, benua kecil Asia, Pulau Solomon, Papua New Guinea dan Haiti.
  • Berusia muda terutamanya kanak-kanak dan bayi;
  • Kemiskinan;
  • Kurang pengetahuan;
  • Kekurangan atau ketiadaan akses bagi khidmat perubatan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Malaria didiagnosis?

Doktor anda akan meninjau semula sejarah perubatan anda untuk mengetahui sekiranya anda pernah melawat kawasan tropikal pada waktu terdekat. Ujian fizikal mungkin diperlukan dalam beberapa kes. Doktor anda akan mampu memastikan sekiranya anda mempunyai limpa atau hati yang membesar.

Doktor anda boleh meminta agar anda mengambil ujian darah supaya mereka boleh mengetahui sekiranya ada kehadiran parasit bagi membantu memilih rawatan melalui penentuan tahap. Ujian darah juga membantu doktor (sekiranya anda mengalami malaria), mengetahui apakah jenis parasit malaria yang menyebabkan simptom anda, adakah jangkitan disebabkan oleh malaria yang kebal dengan sesetengah ubatan, atau sekiranya ada sebarang organ penting yang terkesan sekali. Ada ujian yang mengambil masa beberapa hari bagi mendapatkan hasil, manakala ada juga yang cuma mengambil masa 15 minit.

Bagaimana pesakit Malaria dirawat?

Ya, malaria boleh mengancam nyawa anda, maka janganlah tentukan secara sendiri untuk merawatnya di rumah. Adalah dicadangkan agar anda mendapatkan rawatan penyakit di hospital. Anda akan diberi preskripsi ubatan berdasarkan jenis parasit yang terdapat pada anda. Jika anda dapat tahu bahawa jangkitan tidak dapat dihilangkan kerana parasit kebal pada ubatan, anda perlu memberitahu doktor agar mereka dapat mempertimbang penggunaan lebih dari satu ubatan sekaligus bagi merawat keadaan tersebut.

Bergantung kepada jenis parasit malaria yang terdapat pada anda, keterukan simptom anda, usia anda, sekiranya anda hamil anda akan diberi beberapa jenis ubatan dan tempoh pengambilan rawatan akan ditentukan. Ubatan antimalaria yang paling biasa termasuklah chloroquine, quinine sulfate, hydroxychloroquine, mefloquine, atau kombinasi antara atovaquone dan proguanil.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Malaria?

Gaya hidup dan ubatan sampingan mungkin membantu anda berhadapan dengan malaria:

  • Sembur umah dengan racun serangga yang membantu membunuh nyamuk dewasa yang masuk ke dalam;
  • Pastikan kawasan sekitar anda kemas, kering, dan bersih. Gunakan detol untuk mebersihkan rumah dan tandas.
  • Anda perlu tidur di bawah jaring;
  • Anda perlu menutup kulit dengan memakai seluar dan baju lengan panjang, atau pakaian bertutup, terutamanya jika jangkitan ini tersebar di kawasan anda;
  • Sekiranya anda mengalami malaria anda perlu makan makanan bentuk cecair. Kemudian ketika tempoh penyembuhan, anda boleh membekalkan diri anda dengan diet sayuran berdaun hijau dan buahan.
  • Jangan biarkan air bertakung di dalam kolam, atau ruangan pasu di rumah anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Ogos 13, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Ogos 13, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.