Apa itu Makulopati Berkaitan dengan Usia?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Makulopati Berkaitan dengan Usia?

Makulopati yang berkaitan dengan usia (ARM) adalah keadaan perubatan yang boleh menyebabkan kekaburan atau hilang penglihatan pada tengah-tengah medan visual. Pada kebanyakan masa, keadaan ini muncul secara beransur-ansur dan berkembang dari peringkat awal ke tahap yang lanjut.

Apakah kebarangkalian Makulopati Berkaitan dengan Usia?

Makulopati berkaitan dengan usia adalah biasa terjadi, terutamanya pada generasi yang berusia lanjut. Ianya boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Makulopati Berkaitan dengan Usia?

Terdapat pelbagai jenis ARM, dan gejala penyakit berbeza dari seorang ke orang yang lain. Secara umum, penyakit ini bermula dengan penglihatan sentral yang kabur, bersama dengan tompok sentral hitam yang semakin berkembang. Gejala-gejala lain termasuk:

  • Kehilangan keupayaan untuk mengetahui perbezaan warna.
  • Penglihatan yang kabur.
  • Imej yang pudar atau tergabung bersama.
  • Penglihatan jarak dekat dan jauh adalah kabur serta tidak fokus.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mengalami simptom dan gejala disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang persoalan, adalah penting bagi anda untuk berbincang dengan doktor pakar mata.

Punca

Apakah punca Makulopati Berkaitan dengan Usia?

Seperti namanya, makulopati berkaitan dengan usia adalah penyakit mata yang disebabkan oleh penuaan (pertambahan usia).

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Makulopati Berkaitan dengan Usia?

Anda lebih cenderung untuk memperoleh ARM jika ahli keluarga anda pernah mengalaminya, jika anda berbangsa kaukasia atau jika anda seorang wanita. Faktor risiko lain untuk ARM adalah:

  • Merokok.
  • Pendedahan yang berpanjangan kepada matahari.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Diet yang kurang vitamin dan mineral antioksidan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Makulopati Berkaitan dengan Usia didiagnosis?

Oleh kerana kehilangan penglihatan akibat ARM tidak boleh dikembalikan, maka adalah penting bagi anda untuk menjalani gaya hidup harian yang sihat agar dapat melindungi kesihatan mata anda. Di samping itu, terdapat beberapa suplemen vitamin dan mineral anti-oksidan yang boleh melambatkan perkembangan ARM. Bincangkannya dengan pakar penjagaan mata anda atau dengan ahli farmasi anda. Tetapi sila berhati-hati; rumusan yang anda pilih bergantung pada anda, sama ada anda merokok atau tidak, atau sama ada anda pernah merokok sepanjang hayat anda. Oleh itu, penting untuk berterus-terang mengenai tabiat merokok anda kepada ahli kesihatan profesional anda.

Bagaimana pesakit Makulopati Berkaitan dengan Usia dirawat?

Pilihan rawatan perubatan untuk ARM sangat terhad dan bergantung kepada jenis ARM yang anda miliki. Pakar penjagaan mata anda akan memberi anda lebih banyak maklumat tentang jenis rawatan yang tersedia, serta kelebihan dan kekurangannya.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Makulopati Berkaitan dengan Usia?

Untungnya, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mencegah ARM dan perkembangannya. Berikut adalah beberapa contoh:

  • Berhenti merokok.
  • Lindungi mata anda dari matahari.
  • Makan diet yang sihat dan tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi dalam antioksidan dan omega-3. Makan lebih banyak sayur-sayuran hijau gelap.
  • Pastikan tekanan darah anda adalah normal.
  • Senaman secara teratur.
  • Ambil vitamin dan mineral tambahan, mengikut yang disyorkan ahli farmasi atau doktor anda.
  • Rujuk pakar penjagaan mata anda seperti yang disyorkan untuk pemeriksaan lengkap.
  • Bagi kebanyakan orang, sukar untuk menyesuaikan diri dengan realiti baru iaitu kehilangan sebahagian besar dari penglihatan. Sebagaimana dengan penyakit yang lain, mengamalkan langkah-langkah pencegahan boleh membolehkan anda mengehadkan kesan ARM terhadap kesihatan dan kualiti hidup anda. Tanyakan dari ahli farmasi anda sebarang maklumat mengenai produk yang dijual di kaunter untuk mencegah atau melambatkan ARM, seperti vitamin dan mineral tambahan dan Omega-3.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 22, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.