Apa itu Makrosomia Janin?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Makrosomia Janin?

Terma “Makrosomia janin” digunakan untuk menjelaskan bayi yang besar secara ketara berbanding bayi lain.

Bayi didiagnos dengan Makrosomia janin apabila mempunyai berat badan melebihi 8 paun, 13 auns (4,000 gram), tidak mengira umur kehamilan. Hampir 9 peratus bayi di seluruh dunia mempunyai berat badan melebihi 8 paun, 13 auns.

Tetapi, risiko bersama Makrosomia janin ini meningkat sekiranya berat semasa lahir melebihi 9 paun, 15 auns (4,500 gram).

Makrosomia janin menyebabkan komplikasi semasa kelahiran vagina (normal) dan meningkatkan risiko kecederaan semasa lahir. Makrosomia janin juga meningkatkan risiko masalah kesihatan selepas kelahiran.

Apakah kebarangkalian Makrosomia Janin?

Makrosomia janin adalah sangat lazim berlaku. Ia lebih banyak menjejaskan perempuan berbanding lelaki. Ia juga boleh menjejaskan individu pada semua peringkat usia. Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Makrosomia Janin?

Simptom lazim Makrosomia janin ialah:

  • Ketinggian rahim. Semasa lawatan pranatal, penjaga kesihatan anda akan mengukur ketinggian rahim – jarak antara bahagian atas rahim dan tulang pinggul. Ketinggian rahim melebihi jangkaan merupakan tanda Makrosomia janin.
  • Air mentuban berlebihan (polyhydramino). Terlalu banyak air mentuban – cecair yang meliputi dan melindungi bayi semasa kehamilan – mungkin merupakan tanda bayi anda lebih besar daripada bayi biasa.

Jumlah air mentuban memberi gambaran tentang output air kencing bayi anda dan bayi yang besar menghasilkan lebih banyak air kencing. Sesetengah keadaan yang meningkatkan saiz bayi juga akan meningkatkan pengeluaran air kencing.

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom, sila berunding dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami sebarang tanda-tanda atau simptom atau soalan seperti yang disenaraikan di atas, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu bertindak balas berbeza. Adalah baik untuk berbincang dengan doktor tentang penyelesaian terbaik untuk anda.

Punca

Apakah punca Makrosomia Janin?

Makrosomia janin mungkin berpunca daripada faktor keturunan dan juga keadaan ibu tersebut, seperti obesiti atau diabetes. Jarang sekali bayi yang mempunyai masalah kesihatan mempunyai pertumbuhan yang cepat.

Dalam beberapa kes tertentu, tiada punca yang boleh dijelaskan dengan keadaan bayi yang melebihi berat yang dijangkakan berbanding bayi normal.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Makrosomia Janin?

Terdapat banyak faktor risiko bagi Makrosomia janin, antaranya ialah:

  • Ibu menghidap diabetes. Jika anda menghidap diabetes sebelum hamil, (diabetes sebelum hamil) atau anda menghidap diabetes semasa hamil (diabetes gestasi), Makrosomia janin lebih cenderung untuk terjadi. Jika diabetes anda sukar dikawal, bayi anda mempunyai bahu lebar dan lebihan lemak badan dalam jumlah yang banyak berbanding bayi kepada bukan penghidap diabetes.
  • Sejarah Makrosomia janin. Jika anda pernah mempunyai bayi mengalami Makrosomia janin, anda berisiko tinggi untuk mengalami Makrosomia janin pada anak berikutnya. Jika anda mempunyai berat badan melebihi 8 paun, 1 auns semasa lahir, anda juga lebih cenderung untuk mempunyai bayi besar.
  • Ibu obesiti. Makrosomia janin lebih cenderung berlaku sekiranya anda mengalami masalah obesiti.
  • Berat badan berlebihan semasa hamil. Peningkatan berat badan berlebihan semasa hamil akan meningkatkan risiko Makrosomia janin.
  • Kehamilan lepas. Risiko Makrosomia janin meningkat pada setiap kehamilan. Sehingga kehamilan kelima, berat semasa lahir bagi setiap kehamilan yang berjaya biasanya bertambah sehingga 4 auns (113 gram).
  • Anda hamil bayi lelaki. Bayi lelaki kebiasaannya sedikit berat daripada bayi perempuan. Kebanyakan bayi yang mempunyai berat melebihi 9 paun, 15 auns (4,500 gram) adalah bayi lelaki.
  • Kelahiran terlambat. Jika kehamilan anda melebihi dua minggu daripada tarikh jangkaan, bayi anda berisiko tinggi untuk mendapat Makrosomia janin.
  • Umur ibu. Wanita berusia 35 tahun ke atas lebih cenderung untuk mendapat Makrosomia janin.

Makrosomia janin lebih cenderung untuk berlaku pada ibu yang menghidap diabetes, obesiti atau peningkatan berat badan semasa hamil berbanding punca lain. Jika faktor risiko ini tiada dan Makrosomia janin disyaki, bayi anda mungkin mengalami keadaan perubatan pelik yang menjejaskan pertumbuhan bayi anda.

Penjaga kesihatan anda mencadangkan ujian diagnostik pranatal dan lawatan bersama kaunselor genetik, bergantung kepada keputusan ujian.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Makrosomia Janin didiagnosis?

Adalah sukar untuk mengesan berat badan bayi yang tepat semasa dalam kandungan, tetapi terdapat beberapa cara untuk mendapatkan saiz bayi anda. Pertama, pengamal akan memeriksa ketinggian rahim anda – jarak antara bahagian atas rahim dan tulang pinggul – sebagai petunjuk (ketinggian melebihi jangkaan bermakna bayi anda besar). Pengamal juga akan merasa abdomen anda untuk menjangkakan saiz bayi anda (ini akan menyebabkan anda berasa kurang selesa – tetapi cuba untuk bertenang, ia tidak mencederakan bayi anda). Cara lain untuk mendapatkan idea tentang berat bayi anda ialah dengan melakukan imbasan ultrasound rutin, yang akan menunjukkan ukuran kasar berat bayi dan paras air mentuban. Mengapa perlu mengukur air mentuban untuk mengetahui saiz bayi anda? Air mentuban berlebihan – keadaan yang dikenali sebagai polyhydramino – biasanya berkaitan dengan Makrosomia janin (disebabkan bayi besar, bayi akan menghasilkan air kencing yang banyak dan ini bersamaan dengan air mentuban). Ukuran ini dan sejarah perubatan anda akan memberi indikasi sama ada bayi anda berisiko untuk mendapat Makrosomia, walaupun diagnosis tepat tidak boleh dibuat sehingga berat bayi anda disahkan semasa lahir.

Bagaimana pesakit Makrosomia Janin dirawat?

Jika penjaga kesihatan anda mengesyaki bayi anda Makrosomia janin, bersalin secara vagina/normal tidak akan disoal. Tetapi, anda perlu bersalin di hospital – dalam kes forsep dan alatan vakum diperlukan semasa anda bersalin atau pembedahan perlu dijalankan.

Mencetuskan bersalin – merangsang pengecutan rahim sebelum proses bersalin bermula dengan sendiri – secara amnya tidak disyorkan. Kajian mencadangkan cetusan bersalin tidak mengurangkan risiko komplikasi berkaitan Makrosomia janin dan mungkin meningkatkan keperluan bersalin secara pembedahan.

Penjaga kesihatan anda mungkin mencadangkan bersalin secara pembedahan apabila:

  • Anda menghidap diabetes. Jika anda menghidap diabetes sebelum hamil atau diabetes semasa hamil, penjaga kesihatan anda akan menganggarkan bayi anda mempunyai berat 9 paun, 15 auns (4,500 gram) atau lebih, bersalin secara pembedahan adalah cara paling selamat untuk melahirkan bayi anda.
  • Berat bayi 11 paun atau lebih dan ibu tidak mempunyai sejarah diabetes jika anda tidak mengalami diabetes sebelum atau semasa hamil, dan penjaga kesihatan anda menganggarkan berat bayi 11 paun (5,000 gram) atau lebih, bersalin secara pembedahan mungkin akan disyorkan kepada anda.  
  • Bahu bayi anda tersekat pada tulang pinggul anda (dystocia bahu). Jika anda pernah melahirkan bayi yang mempunyai dystocia bahu, anda berisiko untuk mendapat masalah yang sama semula. Pembedahan disyorkan untuk mencegah risiko berkaitan dystocia bahu seperti kepatahan tulang selangka.

Jika penjaga kesihatan anda mengesyorkan pembedahan secara elektif, sila bincang tentang risiko dan kelebihannya.

Selepas bersalin, bayi akan diperiksa bagi tanda-tanda kecederaan semasa lahir, kandungan gula dalam darah rendah (hypoglysemia) dan gangguan darah yang menjejaskan jumlah sel darah merah (polycythemia). Bayi memerlukan penjagaan khas di unit penjagaan intensif bayi di hospital.

Selalu beringat bahawa bayi berisiko untuk mendapat masalah obesiti semasa kanak-kanak dan rintangan insulin serta perlu dipantau bagi keadaan ini semasa pemeriksaan kesihatan lanjutan.

Tambahan lagi, jika anda tidak pernah didiagnos dengan diabetes, penjaga kesihatan akan melakukan ujian bagi keadaan tersebut selepas kelahiran. Semasa kehamilan berikutnya, anda akan dipantau bagi tanda-tanda dan simptom diabetes semasa hamil – jenis diabetes yang berlaku semasa hamil.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Makrosomia Janin?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi Makrosomia janin:

  • Jika penjaga kesihatan anda mengesyaki Makrosomia janin semasa kehamilan, anda mungkin berasa cemas tentang kelahiran dan kesihatan bayi anda – rasa risau akan menyebabkan anda sukar menjaga diri anda.
  • Sila berunding dengan penjaga kesihatan tentang cara untuk meredakan tekanan dan menggalakkan kesihatan bayi. Cari maklumat dan sokongan daripada wanita yang pernah didiagnos masalah bayi Makrosomia.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 24, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Mei 24, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.