backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Mabuk Udara

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 27/11/2019

Definisi

Apa itu Mabuk Udara?

Jika anda pernah mual ketika di atas bot yang bergoyang atau menaiki pesawat beralun, maka anda akan faham ketidakselesaan mabuk pergerakan.

Mabuk udara, salah satu jenis spesifik dari mabuk pergerakan.  Ia adalah masalah biasa bagi ramai juruterbang dan penumpang. Ia adalah mabuk pergerakan yang berlaku apabila anda melakukan perjalanan melalui udara. Ia cenderung berlaku pada fasa awal dalam latihan penerbangan, kerana badan anda sedang menyesuaikan diri dengan unsur-unsur bergerak yang terlibat dalam mengendali pesawat terbang. Ramai orang mabuk udara ketika mereka mula terbang, tetapi ada kaedah untuk mengatasinya.

Apakah kebarangkalian Mabuk Udara?

Mabuk udara sangat biasa berlaku. Ia biasanya berlaku lebih banyak pada wanita daripada lelaki. Ia boleh berlaku pada mana-mana usia. Ianya boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Mabuk Udara?

Berikut adalah beberapa tanda-tanda dan gejala-gejala mabuk udara yang biasa:

  • Rasa mual.
  • Loya.
  • Keletihan.
  • Menggigil.
  • Berkeringat.
  • Penambahan air liur.
  • Muntah-muntah.
  • Menguap.
  • Sakit kepala.
  • Pening.
  • Dalam kes-kes yang teruk, disorientasi atau ketidakupayaan.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mengalami simptom dan gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang persoalan, sila berbincang dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Mabuk Udara?

Mabuk udara adalah akibat tindak balas tubuh terhadap isyarat yang berbeza yang cuba diterjemahkan. Semasa di dalam kenderaan bergerak, seperti kapal terbang atau kereta, sistem vestibular merasakan pergerakan dalam satu cara sementara otak menafsirkan kekurangan pergerakan dari apa yang dilihat oleh mata.

Semasa terbang dalam pesawat, mata anda cenderung menyesuaikan diri dengan pergerakan seolah-olah anda hampir tidak bergerak. Badan anda, khususnya telinga dalam anda, bertindak balas kepada pergerakan sebenar berhubung graviti dan memberitahu otak anda apa yang dirasakannya. Konflik isyarat mengelirukan tubuh, mewujudkan rasa mual bersama-sama dengan banyak gejala lain.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Mabuk Udara?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Penyakit.
  • Ubat.
  • Stres dan Anxiety.
  • Alkohol.
  • Keletihan.
  • Emosi.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Mabuk Udara didiagnosis?

Secara umum, semua jenis mabuk pergerakan, termasuk mabuk udara, didiagnosis oleh sejarah kesihatan pesakit dan pemeriksaan fizikal. Huraian simptom individu dan konteks di mana ia berlaku paling kerap adalah mencukupi untuk membuat diagnosis. Ujian makmal biasanya tidak diperlukan.

Bagaimana pesakit Mabuk Udara dirawat?

Anda boleh mengambil ubat untuk mengelakkan atau mengurangkan mual dan muntah. Ini termasuk:

  • Scopolamine, yang datang dalam bentuk pelekat yang anda letakkan di belakang telinga anda.
  • Ubat-ubatan dipanggil antiemetik, yang mengurangkan mual. Contohnya adalah ondansetron (Zofran) dan prochlorperazine (Compazine).
  • Antihistamin tertentu, seperti dimenhydrinate (Dramamine) dan meclizine (Antivert, Bonine). Ini boleh membuat anda mengantuk.

Sesetengah ubat ini memerlukan preskripsi. Kebanyakannya berkesan jika anda mengambil mereka sebelum perjalanan.

Anda boleh mencuba perkara ini untuk melegakan keadaan:

  • Dapatkan udara segar. Buka lubang udara dan tingkap jika boleh. Cuba untuk sejukkan diri.
  • Lihatlah di luar pada titik tetap di ufuk dan kurangkan membuat semua pusingan, pendakian dan penurunan. Pastikan kepala anda tetap pada satu tempat sebaik mungkin.
  • Gunakan oksigen tambahan, jika tersedia.
  • Jika anda juruterbang yang tidak menerbangkan dan tahap kemahiran anda membenarkannya, mintalah untuk mengambil kawalan penerbangan. Memfokuskan perhatian anda pada satu perkara boleh membantu anda melupakan rasa mabuk udara.

Cuba untuk tidak:

  • Membaca semasa dalam penerbangan.
  • Membaringkan kepala (kepala direndahkan)
  • Memfokuskan terlalu banyak pada mabuk udara anda. Jika anda fikir anda akan mabuk, anda mungkin akan mengalaminya. Cuba kekal positif dan tumpu pada tugas tertentu untuk menyibukkan minda anda.
  • Jika anda seorang juruterbang, jangan lupa untuk menerbangkan pesawat. Sekiranya anda terlalu sakit untuk menerbangkan atau mengendalikan pesawat, mendarat dengan seberapa segera yang praktikal dan pastikan anda dapat menjejak tanah.
  • Sekiranya anda seorang juruterbang, jangan minum apa-apa ubat mabuk udara sebelum terbang. Tidak ada ubat-ubatan yang diluluskan oleh FAA atau ubat belian kaunter yang mana juruterbang dibenarkan mengambil sebelum terbang untuk merawat masalah mabuk udara. Semua ubat muntah dan mabuk pergerakan mempunyai kesan sampingan yang boleh menjejaskan keadaan mental dan kemampuan membuat pilihan, serta menyebabkan rasa mengantuk. Sekiranya anda seorang juruterbang dengan kes mabuk pergerakan yang teruk, berbincanglah dengan ahli perubatan bahagian penerbangan anda tentang pilihan yang anda ada.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Mabuk Udara?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi mabuk udara:

  • Sekiranya anda mudah terdedah kepada mabuk udara, mulailah dengan menerbangkan beberapa penerbangan pendek jarak dekat untuk memberi waktu tubuh anda menyesuaikan diri dengan gerakan yang terlibat ketika terbang.
  • Makan makanan berkhasiat yang rendah dalam sodium dan lemak. Jangan makan sebelum anda terbang, juga jangan terbang dengan perut kosong.
  • Kekal terhidrasi.
  • Cuba untuk bebaskan diri dari apa-apa Anxiety yang mungkin anda alami dalam penerbangan sebelum anda masuk ke dalam kapal terbang. Jika anda belajar bagaimana untuk terbang, belajar dan bersedia sebanyak yang anda mampu sebelum penerbangan. Datang dengan penuh kesediaan diri akan mengurangkan tekanan dan tahap kebimbangan anda dan mungkin menghalang rasa gemuruh pada perut.
  • Jika anda seorang pelajar juruterbang, berbincanglah dengan pengajar anda tentang pilihan anda. Sebagai contoh, selain menjalani pelajaran yang dijadualkan pada penerbangan curam, mungkin anda boleh mencuba penerbangan lintas negara lurus dan setara, sementara badan anda cuba menyesuaikan diri dengan pengalaman terbang.
  • Ubat semulajadi, seperti halia atau terapi tekanan boleh membantu dalam beberapa kes, tetapi ubat-ubatan ini tidak terbukti berkesan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Emir Haziq Haji Mohamad Lela · Disemak pada 27/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan