Apa itu Lupus?

Oleh

Ketahui asas-asasnya

Apa itu Lupus?

Lupus ialah penyakit sistem imunisasi. Kebiasaannya, sistem imunisasi anda melindungi tisu-tisu dan organ-organ dari antigen itu. Walau bagaimanapun, dalam kes ini, sistem imunisasi menyerangnya, ia tidak mampu untuk membezakan diantara penceroboh asing dan tisu-tisu sihat badan anda dan menghasilkan antibodi yang menyerang dan memusnahkan tisu-tisu sihat.

Ini menyebabkan, penyakit keradangan kronik ini boleh menjejaskan banyak sistem badan berbeza, termasuk sendi-sendi, kulit, buah pinggang, sel-sel darah, otak, jantung dan paru-paru. Kronik bermaksud tanda-tanda dan simptom-simptom yang bertahan lebih lama dari enam minggu dan kebiasaannya untuk bertahun-tahun.

Lupus tidak berjangkit, walaupun melalui hubungan seksual. Sesetengah orang dilahirkan kecenderungan untuk mendapat Lupus, yang mungkin disebabkan oleh jangkitan, sejenis ubat atau juga cahaya matahari.

Apakah kebarangkalian Lupus?

Kondisi kesihatan ini adalah sangat biasa. Ia biasanya menjejaskan lebih perempuan (14-35 tahun) dari lelaki. Ia boleh menjejaskan pesakit-pesakit di semua kalangan umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risiko. Sila bincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom bagi Lupus?

Antara simptom-simptom umum untuk lupus berbeza-beza dari seorang ke seorang, termasuk:

  • Sakit, bengkak sendi;
  • Kesakitan otot;
  • Demam tanpa sebab;
  • Sentiasa letih dalam waktu yang lama;
  • Ruam pada kulit;
  • Sakit dada apabila bernafas panjang;
  • Pucat atau jari tangan atau kaki dari sejuk atau tekanan;
  • Sensitif kepada matahari;
  • Bengkak pada kaki atau keliling mata;
  • Ulser mulut;
  • Kelenjar bengkak;
  • Sakit dada apabila menarik nafas panjang;
  • Keguguran rambut.

Kemungkinan terdapat simptom-simptom yang tidak disenaraikan. Jika mempunyai kebimbangan tentang sesuatu simpton, sila rujuk dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda perlu berhubung dengan doktor anda jika anda mengalami yang berikut: ruam yang tidak dapat dijelaskan, demam berterusan, sakit atau keletihan berterusan.

Ketahui puncanya

Apa yang mengakibatkan Lupus?

Punca untuk Lupus tidak diketahui. Berkemungkinan lupus disebabkan oleh kombinasti genetik dan persekitaran anda. Orang yang mewarisi gen itu mungkin menghidapi lupus melalui pencetus di dalam persekitaran seperti cahaya matahari, jangkitan, menggunakan ubat anti-sawan, ubat darah tinggi dan antibiotik.

Terdapat beberapa jenis Lupus:

  • Lupus eritematosus sistematik (SLE) adalah yang jenis paling umum. Ia boleh menjadi ringan atau teruk dan boleh menjejaskan banyak bahagian badan.
  • Lupus diskoid menyebabkan ruam merah yang tidak pulih.
  • Lupus kutis subakut menyebabkan kesakitan selepas terdedah kepada cahaya matahari.
  • Lupus ubat-ubatan disebabkan oleh sesejenis ubat. Ia biasanya akan hilang apabila anda berhenti mengambil ubat tersebut.
  • Lupus neonatal, adalah luar biasa, menjejaskan bayi baru lahir. Berkemungkinan disebabkan oleh antibodi tertentu dari si ibu.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko Lupus?

Terdapat banyak faktor-faktor risiko untuk lupus, seperti:

  • Lupus sangat dikenali diantara wanita.
  • Walaupun lupus menjejaskan orang di semua kalangan umur, ia menjadi kebiasaan didiagnosis di antara umur 15 dan 40 tahun.
  • Lupus lebih dikenali di kalangan orang Afrika-Amerika, Hispanik, dan Asia.

Memahami diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana Lupus didiagnosis?

Ia sangat sukar untuk diagnosis lupus kerana tanda-tanda dan simptom-simptom lupus berbeza-beza dari semasa ke semasa dan bertindih dengan penyakit-penyakit yang lain. Penyakit ini memerlukan kombinasi tanda-tanda dan simptom-simptom dan ujian-ujian lain untuk memastikan diagnosisnya.

  • Sejarah medikal;
  • Pemeriksaan penuh;
  • Ujian darah;
  • Biopsi kulit (melihat sampel kulit di bawah mikroskop);
  • Biopsi buah pinggang (melihat tisu dari buah pinggang di bawah mikroskop).

Bagaimana Lupus dirawat?

Lupus tidak mempunyai penawar. Rawatan untuk lupus bergantung kepada tanda-tanda dan simptom—simptom anda. Pengubatan yang biasa digunakan untuk mengawal lupus termasuk:

  • Ubat-ubatan anti-keradangan bukan steroid (NSAIDs). NSAID yang boleh didapatkan di kaunter, seperti sodium naproxen (Aleve) dan ibuprofen (Advil, Motrin IB, others), mungkin digunakan untuk merawat kesakitan, bengkak dan demam yang berkait dengan lupus. NSAID yang lebih kuat juga boleh didapati melalui preskribsi.
  • Ubat antimalaria. Ubat yang biasanya digunakan untuk merawat malaria, seperti hydroxychloroquine (Plaquenil), juga boleh membantu mengawal lupus. Kesan sampingan termasuk perut tidak selesa, dan sangat jarang, kerosakan kepada retina mata.
  • Prednisone dan jenis-jenis lain kortikosteroid boleh melawan keradangan lupus tetapi biasanya menghasilkan kesan sampingan teruk dalam masa panjang. Risiko kesan sampingan bertambah mengikut dok dan terapi jangka panjang.
  • Ubat-ubatan yang menahan sistem imunisasi mungkin membantu dengan kes lupus yang serius. Contoh-contoh termasuk azatioprina (Imuran, Azasan), mycophenolate (CellCept), leflunomide (Arava) dan methotrexate (Trexall), belimumab (Benlysta).

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas Lupus?

Gaya hidup dan rawatan di rumah ini mampu membantu anda mengatasi dengan lupus:

  • Berjumpa dengan doktor anda selalu. Ia sangat penting untuk membuat pemeriksaan  selalu berbanding dengan berjumpa dengan doktor hanya apabila simptom-simptom semakin teruk. Ini boleh membantu doktor untuk menghalang dari menjadi lebih teruk, dan sangat berguna dengan memberitahu tentang rutin kebimbangan kesihatan, seperti tekanan, diet, dan senaman.
  • Mempunyai gaya hidup yang sihat seperti bersenam, berehat, makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijiran penuh. Elakkan alkohol dan merokok.
  • Melindungi diri anda dari matahari kerana anda mempunyai risiko dari ruam atau kemerahan apabila terdedah kepada cahaya matahari.
  • Dapatkan tidur yang mencukupi pada waktu malam dan tidur pendek atau berehat pada waktu siang apabila diperlukan.
  • Meminta bantuan. Pertimbangkan untuk menyertai kumpulan sokongan. Ia biasanya membantu apabila bercakap dengan yang lain yang mempunyai pengalaman yang sama.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu April 15, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 15, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda