Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Lubang makular adalah keadaan yang berlaku apabila terdapat satu koyakan kecil pada makula, terletak di tengah-tengah tisu mata yang sensitif terhadap cahaya dipanggil retina. Makula memainkan peranan penting dalam menghasilkan penglihatan tengah dan tajam yang perlu untuk kita membaca, memandu, dan melihat perkara yang kecil. Lubang makular menganggu penglihatan anda apabila anda melihat terus ke arah sesuatu benda, seperti buku atau TV. Penglihatan yang sepatutnya dapat melihat dengan jelas akan menjadi kabur dan herot-benyot atau terdapat tompok hitam atau kosong pada bahagian tengah pandangan anda.
Lubang makular boleh menyebabkan penglihatan tengah kabur dan herot-benyot.
Lubang makular dikait dengan faktor penuaan dan biasa berlaku pada individu yang berusia 60 tahun. Ini merupakan keadaan yang tidak menyakitkan di mana boleh berlaku secara tiba-tiba. Selalunya hanya sebelah mata sahaja yang terlibat tetapi terdapat 10 peratus peluang untuk mata sebelah lagi turut sama terganggu pada masa akan datang. Lubang makular tidak mengakibatkan hilang penglihatan secara keseluruhan kerana penglihatan feriferal (tepi) tidak terjejas. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom biasa bagi lubang makular ialah:
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.
Masih belum diketahui kenapa lubang makular berlaku dan kebanyakannya tidak mempunyai sebab yang jelas. Walau bagaimanapun, diketahui bahawa keadaan ini selalu terjadi kepada individu yang rabun dekat. Punca-punca lain termasuklah:
Apabila jeli vitreous di dalam mata mula untuk mengecut dan menarik keluar retina dan makular pada bahagian belakang mata.
Terdapat banyak faktor risiko bagi lubang makular, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Jika doktor anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami keadaan ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan beberapa ujian juga akan disarankan oleh doktor anda. Semasa pemeriksaan mata, doktor anda akan membesarkan pupil anda dan memeriksa retina anda. Anda mungkin akan menjalani ujian yang dipanggil angiografi flouresein yang menggunakan pewarna untuk membuat kawasan retina lebih terang.
Ujian lain yang dipanggil tomografi kekoherenan optikal (OCT) dikira sebagai ujian yang paling berguna dalam melakukan diagnosis lubang makular dengan tepat. Dengan OCT, kamera laser diagnostik khusus digunakan untuk mengambil gambar retina anda. Alat ini dapat menyukat ketebalan retina dan juga sangat sensitif dalam mengesan bengkak dan cecair. OCT juga boleh mendiagnosis lubang kecil makular yang terlalu kecil untuk dilihat melalui pemeriksaan atau dengaan angiografi.
Jika lubang makular dibiarkan tanpa rawatan, penglihatan akan menjadi bertambah teruk sehingga pesakit tidak dapat membaca bahkan pada cetakan besar di carta ujian mata.
Walaupun sesetengah lubang makular boleh tertutup sendiri dan tidak memerlukan rawatan, pembedahan penting bagi kebanyakan kes untuk bantu meningkatkan penglihatan. Dalam prosedur pembedahan ini, dipanggil vitrektomi, gel vitreous akan dibuang bagi mengelakkan daripada menarik retina dan diganti dengan buih yang mengandungi campuran udara dan gas. Buib ini berfungsi sebagai balutan dalaman, sementara yang memegang bucu lubang makular pada tempatnya sementara makular sembuh. Pembedahan akan dilakukan di bawah anestesia setempat dan sering dijalankan di klinik pesakit luar.
Selepas pembedahan, penyakit perlu kekal pada posisi muka ke bawah, biasanya selama satu atau dua minggu tetapi kadang-kadang sehingga dua ke tiga minggu. Posisi ini membolehkan buih tersebut menekan makula dan perlahan-lahan akan diserap semula oleh mata, menutup lubang yang telah terjadi. Selepas buih telah diserap, rongga vitreous akan diisi semula dengan cecair semula jadi mata.
Kekal pada posisi muka ke bawah sangat penting untuk keberkesanan pembedahan. Oleh sebab posisi ini sukar bagi kebanyakan orang, penting untuk berbincang perkara ini dengan doktor anda sebelum pembedahan.
Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi lubang makular:
Penting untuk mengetahui simptom-simptom lubang makular. Kenal pasti perkara ini apabila anda mengalami masalah mata dan segera dapatkan rawatan perubatan untuk menyelamatkan penglihatan anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen