backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Lipoma Benigna

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apa itu Lipoma Benigna?

Lipoma adalah benjolan berlemak yang terbentuk dengan perlahan, yang selalunya terbentuk di kawasan antara lapisan kulit dan otot. Lipoma, tidak berasa sakit dan tidak lembut serta mudah bergerak hanya dengan tekanan yang kecil menggunakan jari.

Lipoma bukan sejenis kanser dan biasanya tidak berbahaya. Rawatan biasanya tidak diperlukan, tetapi jika lipoma mengganggu, sakit atau semakin membesar, anda mungkin mahu membuangnya.

Apakah kebarangkalian Lipoma Benigna?

Lipoma biasanya dikesan ketika usia pertengahan. Sesetengah orang mempunyai lebih daripada satu lipoma. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui maklumat dengan lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Lipoma Benigna?

Terdapat pelbagai jenis ketumbuhan pada kulit, tetapi lipoma biasanya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda mempunyai lipoma, biasanya:

  • Lembut.
  • Mudah bergerak hanya menggunakan jari.
  • Terletak dibawah kulit .
  • Pucat.
  • Tidak berwarna.
  • Membesar dengan perlahan.

Lipoma biasanya terbentuk di bahagian leher, belakang, dan bahu, tetapi lipoma juga boleh terbentuk di perut, paha, dan lengan. Lipoma hanya menyakitkan sekiranya terbentuk pada urat saraf dibawah kulit.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Lipoma Benigna?

Punca terjadinya lipoma tidak diketahui. Lipoma cenderung terbentuk dalam kalangan ahli keluarga, jadi faktor genetik mungkin memainkan peranan dalam pembentukkan mereka.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Lipoma Benigna?

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada pembentukkan lipoma seperti:

  • Berumur antara 40 dan 60 tahun. Walaupun lipoma boleh berlaku pada setiap peringkat usia, kumpulan umur ini yang paling biasa menghadapi lipoma. Lipoma jarang berlaku pada kanak-kanak.
  • Mempunyai masalah kesihatan yang  lain termasuk adiposis dolorosa, sindrom Cowden dan Sindrom Gardner, meningatkan risiko untuk menghadapi lipoma yang berganda.
  • Lipoma cenderung untuk terbentuk dalam kalangan ahli keluarga

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Lipoma Benigna didiagnosis?

Doktor boleh mendiagnosis lipoma dengan melakukan pemeriksaan fizikal. Sifatnya lembut dan tidak menyakitkan. Juga, kerana ia terbentuk daripada tisu lemak, lipoma bergerak dengan mudah apabila disentuh.

Dalam sesetengah kes, seorang pakar dermatologi mungkin mengambil biopsi lipoma. ketika prosedur ini dilaksanakan, mereka akan mengambil sebahagian kecil tisu dan menghantarnya ke makmal untuk diuji. Ujian ini dilakukan untuk menolak kemungkinan berlakunya kanser. Walaupun lipoma bukan sejenis kanser, ia boleh kelihatan seperti liposarcoma, iaitu kanser dan boleh merebak. Tidak seperti lipoma, liposarcomas menyakitkan dan terbentuk di bawah kulit dengan cepat.

Ujian lebih lanjut dengan menggunakan imbasan MRI dan CT hanya diperlukan jika biopsi menunjukkan bahawa lipoma yang disyaki sebenarnya adalah liposarcoma.

Bagaimana pesakit Lipoma Benigna dirawat?

Kebiasaannya lipoma tidak memerlukan sebarang rawatan. Walau bagaimanapun, jika lipoma mengganggu anda, menyakitkan atau semakin membesar, doktor anda akan mengesyorkan agar lipoma tersebut dikeluarkan. Rawatan lipoma termasuk:

  • Buang melalui kaedah pembedahan. Kebanyakan lipoma dibuang melalui pembedahan dengan cara memotongnya. Biasanya lipoma tidak akan terbentuk kembali setelah dibuang. Kesan sampingan yang mungkin terjadi adalah parut dan lebam. Teknik yang dikenali sebagai pengekstrakan pemotongan yang minima boleh mengurangkan kesan parut.
  • Suntikan steroid. Rawatan ini akan mengecilkan saiz lipoma tetapi bukan untuk menghilangkannya. Penggunaan suntikan sebelum pembedahan masih lagi dalam kajian.
  • Menggunakan jarum yang besar untuk membuang benjolan lemak.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Lipoma Benigna?

Lipoma tidak boleh dikurangkan hanya dengan penjagaan kesihatan diri. Paket ais dan haba mungkin berkesan untuk jenis benjolan kulit yang lain, tetapi tidak bagi lipoma kerana lipoma berasaskan lemak. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan anda mempunyai sebarang kebimbangan untuk membuang lipoma.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhd Ilham · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan