Lymphogranuloma venereum atau LGV merupakan sejenis penyakit kelamin yang menjangkiti sistem limfatik manusia. Penyakit ini berpunca daripada 3 jenis bakteria Chlamydia trachomatis yang boleh disebarkan melalui hubungan seksual. Walau bagaimanapun, jangan terkeliru dengan penyakit klamidia. Berbeza dengan LGV, klamidia berlaku disebabkan jangkitan strain yang lain.
Limfogranuloma venereum adalah salah satu penyakit yang berjangkit melalui hubungan kelamin. Bakteria ini merebak melalui kulit dan mukosa ke dalam kelenjar limfa yang mengakibatkan bengkak disekeliling kelenjar tersebut. Penyakit ini menjejaskan kelenjar limfa, organ genital luar dan juga dubur serta mulut.
Limfogranuloma venereum bukanlah sejenis penyakit yang biasa berlaku. Penyakit ini lazim di kawasan subtropikal dan tropikal. Wanita dalam kalangan usia 20 ke 40 tahun lebih biasa dijangkiti penyakit ini jika dibandingkan dengan lelaki. Namun, penyakit ini tidak serupa dengan penyakit klamidia. Anda boleh mengelak daripada terkena penyakit ini dengan mengurangkan faktor risikonya.
Simptom penyakit ini akan mula dikesan seawal minggu pertama sehingga 4 minggu selepas terdedah kepada bakteria tersebut. Kemudian organ genital luar dengan bullous phenomena dan sakit tetapi bintik tersebut boleh sembuh dengan cepat.
Seterusnya, kelenjar limfa dibahagian celah kelangkang (groin) akan mula membengkak, menjadi merah dan sakit apabila disentuh. Benjolan akan terhasil, seterusnya mengeluarkan nanah dan darah. Demam, sakit otot, sakit kepala, hilang selera makan, muntah dan sakit sendi juga merupakan simptom penyakit ini.
Terdapat simptom lain yang tidak dinyatakan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan dengan tanda-tanda penyakit ini.
Anda mestilah berbincang bersama doktor sekiranya anda mendapati tanda-tanda dan symptom yang dinyatakan di atas. Sila hubungi doktor anda sekiranya dalam tempoh anda menerima rawatan untuk penyakit ini, berlaku beberapa keadaan:
Setiap individu mempunyai sistem badan dan tahap kesihatan yang berbeza. Jadi,anda perlulah berbincang dengan doktor untuk diagnosis dan mendapatkan rawatan yang sesuai.
Penyakit ini berpunca daripada bakteria Chlamydia trachomatis. Bakteria ini merebak melalui bahagian kulit dan mukosa yang digaru ke dalam kelenjar limfa dikelilingi pengumpulan air tidak normal. Ia juga mengganggu kelenjar limfa, organ genital luar dan juga dubur serta mulut. Namun, ia berbeza dengan penyakit klamidia.
Terdapat beberapa punca lain penyebab penyakit ini seperti terdedah kepada bakteria atau merebak bukan melalui hubungan intim.
Factor-faktor ini meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat limfogranuloma venereum:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Rawatan yang biasa diberi kepada pesakit limfogranuloma venereum merangkumi:
Antibiotik digunakan untuk melawan jangkitan bakteria dan perlu diambil dalam masa 3 minggu.
Ubat than sakit seperti Acetaminophen, Ibuprofen dan tuam dengan air panas boleh digunakan untuk merawat simptom tetapi kaedah ini sedikit rumit.
Pesakit haruslah mengambil makanan bernutrisi untuk mempercepatkan proses pemulihan luka.
Untuk beberapa keadaan tertentu, pembedahan mungkin dilakukan untuk meredakan radang pada kelenjar limfa atau bisul (abscess). Komplikasi yang mungkin berlaku termasuk radang kronik, mandul,serta menghadapi masalah semasa kencing dan membuang air besar.
Doktor akan diagnos pesakit berdasarkan sejarah terdedah kepada bakteria ini dalam masa terdekat, pemeriksaan fizikal dan ujian darah termasuk ujian untuk penyakit kelamin. Doktor anda juga akan mengambil sampel luka untuk ujian bakteria sekiranya terbukti wujudnya bakteria Chlamydia atau antibodi melawan bakteria tersebut.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu untuk mengatasi penyakit ini (saluran limfa tersumbat):
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen