Apa itu Limfangitis ?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Limfangitis?

Limfangitis adalah inflamasi sistem limfatik, yang mana merupakan komponen major dalam sistem imun anda.

Sistem limfatik anda adalah jaringan organ, sel, duktus, dan kelenjar. Kelenjar ini juga dipanggil nodus dan boleh dijumpai di seluruh badan anda. Kelenjar ini paling jelas kelihatan di bawah rahang, pada ketiak, dan pelipat peha anda.

Organ yang tergolong di dalam sistem limfatik anda termasuk:

  • Tonsil, yang mana terletak di dalam kerongkong anda
  • Limfa, organ di dalam abdomen yang dapat membersihkan darah anda, antara fungsi-fungsi yang lain
  • Timus, organ pada bahagian atas dada yang membantu membentuk sel darah putih

Sel imun dipanggil limfosit matang di dalam tulang sumsum anda dan kemudian bergerak ke nodus limfa dan organ-organ yang lain di dalam sistem limfatik bagi membantu melindungi badan anda dengan melawan virus dan bakteria. Sistem limfatik juga menapis cecair putih jernih yang dipanggil limfa, yang mana mengandungi sel darah putih pembunuh bakteria.

Limfa bergerak ke seluruh bahagian badan melalui saluran limfatik dan mengumpul lemak, bakteria, dan produk buangan lain daripada sel dan tisu. Nodus limfa anda kemudian menapis bahan-bahan yang berbahaya ini daripada cecair dan menghasilkan lebih banyak sel darah putih untuk melawan jangkitan.

Limfangitis kadang-kadang tersalah anggap sebagai keracunan darah. Ia juga kadang kala disalah diagnosis sebagai tromboflebitis, yang mana merujuk kepada darah beku dalam vena.

Apakah kebarangkalian Limfangitis?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Limfangitis?

Jalur merah sering menanda permukaan kulit daripada kawasan yang berjangkit kepada kelenjar limfa yang berdekatan. Jalur merah ini mungkin sedikit pucat atau sangat ketara dan sakit apabila disentuh. Jalur ini boleh bersambung daripada luka atau bukaan. Bagi sesetengah kes, jalur ini mungkin menjadi lepuh.

Simptom-simptom lain termasuk:

  • Seram sejuk
  • Kelenjar limfa bengkak
  • Demam
  • Lesu, atau rasa sakit pada keseluruhan badan
  • Hilang selera makan
  • Sakit kepala
  • Otot sakit

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Limfangitis?

Limfangitis berjangkit berlaku apabila bakteria atau virus masuk ke dalam saluran limfatik. Bakteria atau virus ini boleh masuk melalui bukaan atau luka, atau mereka juga boleh membesar daripada jangkitan yang sedia ada.

Jangkitan yang paling biasa menyebabkan limfangitis adalah jangkitan streptokokal akut. Ia juga boleh disebabkan oleh jangkitan stafilokokal (staph). Kedua-dua ini adalah jangkitan bakteria.

Limfangitis boleh berlaku jika anda sudah mempunyai jangkitan kulit dan ia menjadi semakin teruk. Hal ini mungkin bermaksud bahawa lambat laun bakteria akan masuk ke saluran darah. Komplikasi seperti sepsis, inflamasi seluruh badan yang mengancam nyawa, boleh berlaku sebagai akibatnya.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Limfangitis?

Terdapat banyak faktor risiko bagi limfangitis, seperti:

  • Diabetes
  • Kekurangan imun, atau hilang fungsi imun
  • Penggunaan steroid kronik
  • Cacar air

Gigitan kucing atau anjing atau luka yang terjadi di dalam air tawar juga boleh dijangkiti dan menyebabkan limfangitis. Tukang kebun dan petani boleh mengalami keadaan ini jika mereka mendapat sporotrichosis, jangkitan fungal bawaan tanah.

Terdapat juga punca limfangitis tanpa jangkitan. Inflamasi saluran limfa boleh berlaku disebabkan oleh malignansi: kanser payudara, paru-paru, perut, pankreas, rektum, dan kelenjar prostat adalah jenis tumor yang biasa menyebabkan limfangitis. Limfangitis juga telah dilihat berlaku dengan penyakit Crohn.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Limfangitis didiagnosis?

Bagi mendiagnosis limfangitis, doktor anda akan melakukan pemeriksaan fizikal. Doktor akan merasa nodus limfa anda untuk mencari mana-mana nodus yang bengkak.

Doktor anda juga akan memesan ujian seperti biopsi untuk mencari punca bengkak tersebut atau kultur darah untuk melihat sama ada terdapat jangkitan di dalam darah anda.

Bagaimana pesakit Limfangitis dirawat?

Rawatan limfangitis bergantung kepada punca jangkitan tersebut. Rawatan biasanya termasuk rehat, demah panas, mengangkat sedikit anggota yang terlibat, antibiotik dan juga ubat antiradang tanpa steroid atau NSAID untuk kesakitan.

Pilihan rawatan untuk limfangitis boleh termasuk:

  • Rehat
  • Demah yang suam
  • Mengangkat sedikit kawasan yang terlibat
  • Ubat antiradang tanpa steroid untuk kesakitan:
    • Ibuprofen (Motrin, Nuprin, NeoProfen, Advil)
    • Ketoprofen (Orudis, Actron, Oruvail)
    • Naproxen (Naprosyn, Aleve, Aanaprox)
  • Ubat sakit narkotik:
    • Untuk kesakitan sederhana hingga teruk
    • Untuk kegunaan jangka pendek sahaja
  • Terapi antibiotik:
    • Dicloxacillin
    • Cephalexin (Keflex)
    • Nafcillin
    • Cefuroxime (Zinacef)
    • Ceftriaxone (Rocephin)
    • Trimethoprim and sulfamethoxazole (TMP/SMZ, Bactrim, Septra)
    • Clindamycin (Cleocin)

Pembedahan untuk limfangitis

Mengeluarkan dengan jarum untuk limfangitis

  • Mengeluarkan cecair yang telah dijangkiti daripada abses dengan menggunakan jarum.

Aliran dan insi (bukaan) untuk limfangitis

  • Membuat insi (bukaan) melalui kulit, untuk menyalir keluar abses

Inci (bukaan) dan aliran

  • Kulit akan disteril menggunakan sabun antibakteria atau digosok dengan alkohol.
  • Anestetik setempat disuntik di dalam tisu yang mengelilingi abses.
  • Insi (bukaan) kemudian dilakukan menggunakan skalpel.
  • Rongga abses akan dikosongkan dengan bersih.
  • Bagi kes-kes tertentu, satu jalur kain kasa steril atau tiub pengalir getah akan dimasukkan ke dalam rongga abses.
  • Tiub pengalir atau kain kasa yang dimasukkan ke dalam rongga biasanya akan dibuang dalam masa 24-38 jam.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Limfangitis?

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu Jun 6, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Jun 6, 2018