Apa itu Liken planus?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Liken planus?

Liken planus ialah satu keadaan kronik yang melibatkan kulit dan lapisan mulut. Ia kebiasaannya bersifat sementara, selama 10 tahun secara purata, dan paling kerap melibatkan dewasa berumur antara 30 dan 60 tahun.

Pada kulit, liken planus muncul sebagai kelompok benjolan kecil, gatal berwarna ungu kemerahan dan berbentuk rata di bahagian atasnya. Ia kebiasaannya di bahagian lengan dan peha. Di mulut (juga digelar liken planus mulut) ia mempunyai dua jenis yang asas:

  • Liken planus reticular yang datang dari garisan putih halus bercorak seperti renda yang muncul di dalam pipi, gusi dan lidah. Kebiasaannya jenis ini tidak memerlukan rawatan. Ia tidak mempunyai simptom dan tidak menyakitkan.
  • Liken planus erosif menyebabkan luka atau hakisan pada lapisan mulut. Seperti jenis reticular, luka ini terbentuk di pipi, lidah dan gusi. Liken planus erosif kebiasaannya memerlukan rawatan. Doktor mungkin mempreskrip ubat anti-radang yang kuat untuk membantu menghadapi rasa sakit.

Apakah kebarangkalian Liken planus?

Liken planus sangat kerap berlaku. Ia kebiasaannya berlaku lebih kepada perempuan berbanding lelaki. Ia boleh berlaku pada semua peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Liken planus?

Tanda-tanda dan simptom-simptom liken planus mulut berlaku di membran mukus mulut.

Rupa bentuk. Ia mungkin kelihatan seperti:

  • Tompokan tisu yang terangkat, berwarna putih dan seperti renda;
  • Tompokan tisu yang sakit, bengkak dan merah;
  • Luka yang terbuka;

Lokasi. Ia mungkin berlaku di:

  • Bahagian dalam pipi ialah lokasi paling kerap;
  • Gusi;
  • Lidah;
  • Tisu bahagian dalam bibir;
  • Lelangit;

Sakit atau tidak selesa

Luka liken planus yang radang dan merah atau luka terbuka boleh menyebabkan rasa terbakar atau sakit. Tompok renda putih mungkin tidak membuatkan rasa tidak selesa apabila ia muncul di bahagian dalam pipi tetapi boleh menyakitkan jika berlaku di lidah.

Tanda-tanda dan simptom-simptom lain. Ia termasuk:

  • Perubahan pada rasa jika berlaku di lidah;
  • Sensitif pada makanan panas atau pedas;
  • Pendarahan atau iritasi apabila memberus gigi;
  • Keradangan pada gusi (gingivitis);

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sila berjumpa doktor atau doktor gigi jika anda:

  • Melihat luka di dalam mulut yang tidak pulih;
  • Mempunyai tompok putih atau merah di dalam mulut;
  • Sakit mulut;
  • Mengalami pendarahan berulang di dalam mulut semasa memberus gigi atau flossing;
  • Melihat perubahan pada rupa mulut dan rasa;
  • Mempunyai luka pada kulit, alat kelamin, kepala atau kuku;
  • Parut pada membran lutsinar (konjunktiva) yang tidak dapat dijelaskan yang menutup bahagian putih pada mata;
  • Radang pada saluran telinga (otitis) yang tidak memberi respon kepada rawatan atau tidak mempunyai diagnosis atau sebab yang jelas.

Punca

Apakah Punca Liken planus?

Sebab yang tepat tidak diketahui. Sel-sel imun yang secara normalnya melindungi kita dengan menghancurkan bakteria atau virus mula menyerang kulit dan lapisan mulut.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Liken planus?

Terdapat banyak faktor risiko. Antaranya:

  • Penjagaan mulut yang tidak baik;
  • Merokok;
  • Mengambil alkohol;
  • Penyakit virus seperti hepatitis C;
  • Terdedah kepada sesetengah bahan kimia yang bertindak sebagai alergen;
  • Sejarah liken planus dalam keluarga.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Liken planus didiagnosis?

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakan liken planus didiagnosis?

Liken planus didiagnosis melalui simptom yang anda alami. Ujian-ujian lain boleh membantu mengesahkan diagnosis seperti:

  • Biopsi;
  • Ujian alergik;
  • Ujian hepatitis C, jika diperlukan.

Bagaimana pesakit Liken planus dirawat?

Dalam kebanyakan kes, ia tidak memerlukan rawatan.

Dalam kes yang mengalami rasa tidak selesa atau simptom yang teruk, doktor boleh mempreskrip ubat-ubatan termasuk:

  • Retinoids yang diambil secara topical atau melalui mulut;
  • Kortikosteroid yang diambil secara topical, melalui mulut atau suntikan;
  • Antihistamin;
  • Krim bukan steroid yang diambils secara topical.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Liken planus?

Ia mungkin susah untuk mengelakkan liken planus mulut tetapi untuk membuatkan lapisan mulut anda kekal sihat, adalah disyorkan untuk anda:

  • Berhenti merokok (jika anda merokok)
  • Elakkan mengambil alkohol dalam kuantiti yang banyak
  • Dapatkan diet yang sihat dan seimbang termasuk banyak buah-buahan dan saur-sayuran

Anda juga perlu memastikan kebersihan mulut yang baik dengan memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, mendapatkan pemeriksaan gigi secara berkala supaya apa-apa masalah pada gigi atau mulut anda dapat dikenal pasti dan dirawat awal.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.