backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Lidah Berbulu Hitam

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 13/09/2019

Definisi

Apa itu Lidah Berbulu Hitam?

Lidah berbulu hitam adalah keadaan oral sementara dan tidak berbahaya yang membuat lidah kelihatan gelap, berbulu. Luaran yang jelas ini selalunya disebabkan oleh pengumpulan sel kulit mati pada banyak unjuran kecil (papila) di bahagian atas permukaan lidah yang mengandungi tunas rasa. Papila ini, yang mana lebih panjang daripada biasa, mudah memerangkap dan diliputi dengan bakteria, yis, tembakau, makanan atau bahan-bahan yang lain.

Walaupun lidah berbulu hitam ini nampak berbahaya, biasanya ia tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan, dan selalunya tidak sakit. Lidah berbulu hitam biasanya hilang dengan membuang sebab atau faktor penyumbang yang mungkin ada dan mengamalkan kebersihan oral yang baik.

Apakah kebarangkalian Lidah Berbulu Hitam?

Lidah berbulu hitam lebih biasa terjadi kepada lelaki, individu yang menggunakan ubat melalui intravena, dan sesiapa yang positif HIV. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Lidah Berbulu Hitam?

Simptom-simptom yang biasa berlaku bagi lidah berbulu hitam adalah:

  • Lidah berwarna hitam, walau bagaimanapun warnanya boleh jadi coklat, perang, hijau, kuning atau putih.
  • Lidah kelihatan berbulu atau rerambut.
  • Deria rasa berubah atau rasa metalik di dalam mulut anda.
  • Nafas berbau busuk (halitosis).
  • Rasa terjeluak atau gatal-gatal jika tumbesaran papila berlebihan.

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus berjumpa doktor anda sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berikut:

  • Anda bimbang mengenai rupa luaran lidah anda

Lidah hitam berbulu akan tetap ada walaupun anda memberus gigi dan lidah anda dua kali sehari.

Punca

Apakah punca Lidah Berbulu Hitam?

Lidah berbulu hitam disebabkan oleh terlalu banyak pembiakan bakteria dan yis di dalam mulut. Bakteria yang terkumpul di atas unjuran bulat kecil dipanggil papila. Papila ini berada di seluruh permukaan lidah. Biasanya papila akan luruh tetapi dalam kes ini papila mula untuk membesar dan memanjang, membentuk unjuran seperti rambut. Papila ini boleh membesar sehingga 15 kaki ganda daripada ketinggian asal.

Biasanya, papila ini berwarna samar-samar merah jambu putih. Namun begitu, apabila papila ini membesar, pigment daripada makanan, minuman, dan mungkin daripada bakteria dan yis itu sendiri boleh terperangkap di dalam papila, menyebabkan lidah berwarna lain. Kebanyakan lidah berwarna hitam, sama seperti namanya. Tetapi lidah juga boleh bertukar kepada warna coklat, kuning, hijau, atau pelbagai jenis warna yang lain.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Lidah Berbulu Hitam?

Terdapat banyak faktor risiko bagi lidah hitam berbulu, seperti:

  • Kebersihan oral yang kurang baik.
  • Menghisap rokok tembakau.
  • Minum banyak kopi atau teh.
  • Guna antibiotik (yang mana akan menganggu keseimbangan bakteria yang normal di dalam mulut).
  • Mengalami dehidrasi.
  • Mengambil ubat yang mengandungi bahan kimia bismuth (seperti pepto-bismol untuk sakit perut).
  • Tidak menghasilkan banyak air liur.
  • Kerap menggunakan pembasuh mulut yang mengandungi peroksida, witch hazel, atau mento.l
  • Melakukan terapi radiasi pada kepala dan tengkuk.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Lidah Berbulu Hitam didiagnosis?

Diagnosis lidah berbulu hitam berdasarkan kepada rupa luaran dan punca atau faktor penyumbang yang mungkin ada. Ini juga termasuk mengenepikan keadaan lain yang boleh mengakibatkan rupa luaran yang sama kepada lidah seperti:

  • Variasi normal pada warna (pigment) lidah.
  • Makanan atau ubat-ubatan yang boleh melekat warna kepada lidah.
  • Jangkitan fungi dan viral.
  • Lesi oral yang berlaku pada lidah, seperti leukoplakia oral berbulu.
  • Lidah menjadi hitam (lidah pseudo-hitam berbulu) disebabkan oleh penggunaan produk yang mengandungi bismuth, selerti pepto-bismol.

Bagaimana pesakit Lidah Berbulu Hitam dirawat?

Mengamalkan kebersihan oral yang baik merupakan cara terbaik bagi merawat lidah hitam berbulu. Berus gigi anda dengan lembut dua kali sehari menggunakan berus gigi yang lembut. Selain itu, berus juga lidah anda. Anda boleh menggunakan pengikis lidah bagi memastikan anda telah mencuci keseluruhan kawasan tersebut. Minum banyak air sepanjang hari bagi bantu mengekalkan kebersihan mulut anda.

Tip-tip yang lain termasuk:

  • Jika anda merokok, berhenti dari merokok.
  • Tambah makanan yang kasar di dalam diet anda. Makanan yang lembut tidak akan. dapat mencuci lidah anda dengan berkesan.

Hubungi doktor atau doktor gigi anda sekiranya masalah ini tidak bertambah baik dengan sendirinya. Doktor anda akan mempreskripsi antibiotik atau ubat antifungi bagi membunuh bakteria atau yis. Ubat topikal, seperti tretinoin (Rein-A), juga kadang kala dipreskripsi. Sebagai cara terakhir, sekiranya masalah ini tidak bertambah baik, papila boleh dibuang dengan menggunakan laser atau elektrosurgeri.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Lidah Berbulu Hitam?

Berikut merupakan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh membantu anda mengatasi lidah berbulu hitam:

  • Berus lidah anda. Berus lidah anda dengan lembut setiap kali anda memberus gigi anda bagi membuang sel mati, bakteria, dan sisa makanan. Guna berus gigi yang mempunyai bulu yang lembut atau pengikis lidah yang fleksibel.
  • Berus gigi selepas makan. Berus gigi anda sekurang-kurangnya dua kali sehari dan lebih baik dilakukan selepas makan, menggunakan ubat gigi fluorida.
  • Flos sekurang-kurangnya sekali sehari. Flos yang baik dapat membuang sisa makanan dan plag di antara gigi anda.
  • Selalu berjumpa dengan doktor gigi anda. Lakukan pembersihan gigi profesional dan pemeriksaan oral secara berkala, yang mana dapat membantu doktor gigi anda untuk mencegah masalah atau mengesannya dari awal. Doktor gigi anda akan menyarankan jadual temu janji untuk anda.
  • Kekalkan nutrisi yang baik. Minum banyak air dan makan diet seimbang yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 13/09/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan