Apa itu Leukemia?

Oleh

Ketahui asas-asas Leukemia

Apa itu Leukemia?

Leukemia adalah kanser sel darah. Terdapat sel darah merah, sel darah putih, dan platelet yang dihasilkan oleh sumsum tulang – tisu lembut dan mampung yang terdapat di dalam rongga tulang. Berlainan daripada kanser-kanser lain, leukemia tidak menghasilkan tumbuhan (tumor) namun ia menghasilkan sel darah putih berlebihan yang abnormal. Sel darah merah membawa oksigen serta bahan-bahan lain ke tisu-tisu yang terdapat di dalam badan, sel darah putih melawan jangkitan, dan platelet membantu dengan darah beku. Beratus bilion sel darah baru dihasilkan dalam sumsum tulang setiap hari, menyediakan bekalan sel segar dan sihat berterusan yang memadai untuk badan kita

Biasanya, penyakit melibatkan sel darah putih – sebahagian daripada sistem imun, dan membantu badan melawan jangkitan. Akibatnya, sel-sel abnormal ini yang dikenali sebagai sel leukemik, tidak dapat melawan jangkitan seupaya sel darah putih mampu berfungsi. Dengan masa, timbunan sel leukemik akan mengganggu pengeluaran sel-sel darah lain. Akibatnya, badan kita akan mengalami kekurangan sel merah yang membekalkan oksigen untuk tisu-tisu badan, kekurangan platelet untuk pembekuan yang wajar serta kekurangan sel putih yang sihat untuk melawan jangkitan. Mereka yang menghidap penyakit ini akan mengalami risiko mendapat lebam, pendarahan, dan jangkitan.

Terdapat pelbagai jenis leukemia yang tertakluk kepada penglibatan jenis-jenis sel darah putih khusus. Jenis-jenis leukemia utama adalah mielogenus dan limfositik, di mana setiap jenis mempunyai ciri-ciri akut (perkembangan pesat) dan kronik (perkembangan perlahan). Leukemia akut menjejaskan sel-sel yang tidak matang atau tidak membesar dengan sempurna, serta menghalang ia daripada menjadi matang dan berfungsi secara normal. Leukemia kronik berkembangan dengan lebih perlahan, maka badan kita masih mengandungi sel-sel sihat yang hadir untuk melawan jangkitan.

Apakah kebarangkalian Leukemia?

Ia merupakan penyakit yang sering berlaku pada kanak-kanak dan remaja. Namun begitu, ia juga menjangkiti lebih ramai orang dewasa. Ia lebih berleluasa dikalangan lelaki berbanding dengan perempuan, dan lebih dalam kalangan kaum Kaukasia berbanding dengan kaum Afrika-Amerika. Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit buah pinggang tanpa mengira umur. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila menghubungi doktor anda untuk keterangan lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptomnya?

Simptom-simptom yang biasa adalah seperti:

  • Anemia, kulit pucat. Ia disebabkan kekurangan jumlah sel darah merah.
  • Pendarahan yang kerap pada gusi, rektum, atau hidung.
  • Bintik-bintik merah yang kecil pada kulit (petekia).
  • Kerentanan pada jangkitan.
  • Kerap demam dan menggigil.
  • Ketumbuhan atau kelenjar bengkak pada leher, ketiak, atau pangkal peha.
  • Berat badan surut.
  • Desakan berterusan, keletihan abnormal, kelemahan.
  • Sakit tulang.
  • Nyeri.
  • Berpeluh secara berlebihan pada waktu malam.
  • Bengkak dan sakit di sebelah kiri perut.

Kemungkinan terdapat simptom-simptom yang tidak disenaraikan. Jika mempunyai kebimbangan tentang sesuatu simpton, sila rujuk dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami tanda-tanda atau simptom-simptom yang disenarai diatas atau mempunyai persoalan, sila merujuk dengan doktor anda. Setiap tubuh badan bertindak berlainan. Seeloknya adalah untuk anda berbincang dengan doktor anda tentang apa yang terbaik untuk situasi anda.

Ketahui puncanya

Apa yang mengakibatkan kansel sel darah ini?

Pakar sains tidak mengetahui punca sebenarnya. Ia dipercayai bahawa pencetusnya adalah gabungan faktor genetik dan persekitaran. Secara umum, leukemia terkenal untuk terjadi apabila sesetengah sel darah melalui mutasi pada DNA mereka – arahan yang terdapat di dalam setiap sel untuk memandu pergerakkannya. Mungkit terdapat perubahan-perubahan lain pada sel-sel itu untuk difahami bagi mengkaji punca-punca leukemia.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko penyakit ini?

Terdapat pelbagai faktor risiko, seperti:

  • Radiasi berlebihan, pendedahan kepada bahan kimia bahaya;
  • Rawatan kemoterapi atau rawatan radiasi;
  • Keadaan yang disebabkan kromosom abnormal, seperti Sindrom Down.

Memahami diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana Leukemia didiagnosis?

Anda mungkin akan melalui ujian diagnosis berikut:

  • Ujian fizikal. Kulit pucat disebabkan anemia, nodus limfatik bengkak, dan pembesaran hati dan limpa dianggap sebagai petanda leukemia.
  • Ujian darah. Kajian ini dapat menentukan sama ada tahap sel darah putih atau platelet dianggap abnormal – yang menyarankan leukemia.
  • Ujian sumsum tulang. Kajian khusus bagi mengkaji sel leukemia untuk menyatakan kewujudan beberapa ciri yang digunakan untuk menentukan rawatan-rawatan yang boleh dipilih.

Bagaimana Leukemia dirawat?

Pilihan rawatan untuk kanser ini ditentukan berdasarkan umur anda dan kesihatan anda secara keseluruhan, jenis leukemia anda menghidap, serta kebarangkalian jangkitan ini telah berleluasa ke bahagian-bahagian lain dalam badan anda.

Rawatan yang biasa digunakan untuk merawat penyakit ini terdiri daripada:

  • Kemoterapi adalah kaedah utama untuk merawat leukemia. Rawatan ubatan ini melibatkan penggunaan bahan kimia yang membunuh sel leukemia.
  • Rawatan biologi. Rawatan biologi menggunakan kaedah rawatan yang membantu sistem imun anda mengiktiraf serta menyerang sel leukemia.
  • Rawatan tersasar. Rawatan tersasar menggunakan ubatan yang khusus untuk menyerang bahagian-bahagian yang mudah diserang di dalam sel kanser anda.
  • Rawatan radiasi. Rawatan radiasi menggunakan X-ray atau pancaran tenaga tinggi lain-lain untuk merosakkan sel leukemia serta menghentikan proses rebakan.
  • Rawatan radiasi juga boleh digunakan untuk penyediaan pemindahan sel dasar.
  • Pemindahan sel dasar. Pemindahan sel dasar adalah prosedur yang melibatkan penggantian sumsum tulang yang dijangkiti dengan sumsum tulang sihat.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas Leukemia?

Berikut adalah gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang dapat membantu anda sewaktu mengalami leukemia:

  • Diet seimbang;
  • Bersenam;
  • Mengelakkan tekanan;
  • Mengelakkan takaran radiasi yang tinggi;
  • Melindungi diri daripada bahan kimia toksik seperti benzene;
  • Tidak merokok atau menghisap tembakau;
  • Pengambilan rempah halia kecil atau gula-gula atau teh akan bantu mengatasi rasa pening dan muntah-muntah;
  • Tidur pada masa yang ditetapkan sebagai tabiat tidur;
  • Mengambil masa untuk rehat secukup-cukupnya;
  • Mendapatkan bimbingan yang anda perlukan. Meluangkan masa bersama orang yang sayang pada anda, serta mengizinkan mereka untuk membantu anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca:

Ketahui asas-asas Leukemia

Apa itu Leukemia?

Leukemia adalah kanser sel darah. Terdapat sel darah merah, sel darah putih, dan platelet yang dihasilkan oleh sumsum tulang – tisu lembut dan mampung yang terdapat di dalam rongga tulang. Berlainan daripada kanser-kanser lain, leukemia tidak menghasilkan tumbuhan (tumor) namun ia menghasilkan sel darah putih berlebihan yang abnormal. Sel darah merah membawa oksigen serta bahan-bahan lain ke tisu-tisu yang terdapat di dalam badan, sel darah putih melawan jangkitan, dan platelet membantu dengan darah beku. Beratus bilion sel darah baru dihasilkan dalam sumsum tulang setiap hari, menyediakan bekalan sel segar dan sihat berterusan yang memadai untuk badan kita

Biasanya, leukemia melibatkan sel darah putih – sebahagian daripada sistem imun, dan membantu badan melawan jangkitan. Akibatnya, sel-sel abnormal ini yang dikenali sebagai sel leukemik, tidak dapat melawan jangkitan seupaya sel darah putih mampu berfungsi. Dengan masa, timbunan sel leukemik akan mengganggu pengeluaran sel-sel darah lain. Akibatnya, badan kita akan mengalami kekurangan sel merah yang membekalkan oksigen untuk tisu-tisu badan, kekurangan platelet untuk pembekuan yang wajar serta kekurangan sel putih yang sihat untuk melawan jangkitan. Mereka yang menghidap leukemia mengalami risiko mendapat lebam, pendarahan, dan jangkitan.

Terdapat pelbagai jenis leukemia yang tertakluk kepada penglibatan jenis-jenis sel darah putih khusus. Jenis-jenis leukemia utama adalah mielogenus dan limfositik, dimana setiap jenis mempunyai ciri-ciri akut (perkembangan pesat) dan kronik (perkembangan perlahan). Leukemia akut menjejaskan sel-sel yang tidak matang atau tidak membesar dengan sempurna, serta menghalang ia daripada menjadi matang dan berfungsi secara normal. Leukemia kronik berkembangan dengan lebih perlahan, maka badan kita masih mengandungi sel-sel sihat yang hadir untuk melawan jangkitan.

Apakah kebarangkalian Leukemia?

Leukemia merupakan penyakit yang sering berlaku pada kanak-kanak dan remaja. Namun begitu, ia juga menjangkiti lebih ramai orang dewasa. Ia lebih berleluasan dikalangan lelaki berbanding dengan perempuan, dan lebih dikalangan kaum Kaukasia berbanding dengan kaum Afrika-Amerika. Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit buah pinggang tanpa mengira umur. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila menghubungi doktor anda untuk keterangan lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom bagi Leukemia?

Simptom-simptom leukemia yang biasa adalah seperti:

  • Anemia, kulit pucat. Ia disebabkan kekurangan jumlah sel darah merah.
  • Pendarahan yang kerap pada gusi, rektum, atau hidung.
  • Bintik-bintik merah yang kecil pada kulit (petekia).
  • Kerentanan pada jangkitan.
  • Kerap demam dan menggigil.
  • Ketumbuhan atau kelenjar bengkak pada leher, ketiak, atau pangkal peha.
  • Berat badan surut.
  • Desakan berterusan, keletihan abnormal, kelemahan.
  • Sakit tulang.
  • Nyeri.
  • Berpeluh secara berlebihan pada waktu malam.
  • Bengkak dan sakit di sebelah kiri perut.

Kemungkinan terdapat simptom-simptom yang tidak disenaraikan. Jika mempunyai kebimbangan tentang sesuatu simpton, sila rujuk dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami tanda-tanda atau simptom-simptom yang disenarai diatas atau mempunyai persoalan, sila merujuk dengan doktor anda. Setiap tubuh badan bertindak berlainan. Seeloknya adalah untuk anda berbincang dengan doktor anda tentang apa yang terbaik untuk situasi anda.

Ketahui puncanya

Apa yang mengakibatkan Leukemia?

Pakar sains tidak mengetahui punca sebenar leukemia. Ia dipercayai bahawa pencetusnya adalah gabungan faktor genetik dan persekitaran. Secara umum, leukemia terkenal untuk terjadi apabila sesetengah sel darah melalui mutasi pada DNA mereka – arahan yang terdapat di dalam setiap sel untuk memandu pergerakkannya. Mungkit terdapat perubahan-perubahan lain pada sel-sel itu untuk difahami bagi mengkaji punca-punca leukemia.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko Leukemia?

Terdapat pelbagai faktor risiko untuk leukemia, seperti:

  • Radiasi berlebihan, pendedahan kepada bahan kimia bahaya;
  • Rawatan kemoterapi atau rawatan radiasi;
  • Keadaan yang disebabkan kromosom abnormal, seperti Sindrom Down.

Memahami diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana Leukemia didiagnosis?

Anda mungkin akan melalui ujian diagnosis berikut:

  • Ujian fizikal. Kulit pucat disebabkan anemia, nodus limfatik bengkak, dan pembesaran hati dan limpa dianggap sebagai petanda leukemia.
  • Ujian darah. Kajian ini dapat menentukan sama ada tahap sel darah putih atau platelet dianggap abnormal – yang menyarankan leukemia.
  • Ujian sumsum tulang. Kajian khusus bagi mengkaji sel leukemia untuk menyatakan kewujudan beberapa ciri yang digunakan untuk menentukan rawatan-rawatan yang boleh dipilih.

Bagaimana Leukemia dirawat?

Pilihan rawatan untuk leukemia ditentukan berdasarkan umur anda dan kesihatan anda secara keseluruhan, jenis leukemia anda menghidap, serta kebarangkalian jangkitan ini telah berleluasa ke bahagian-bahagian lain dalam badan anda.

Rawatan yang biasa digunakan untuk merawat leukemia terdiri daripada:

  • Kemoterapi adalah kaedah utama untuk merawat leukemia. Rawatan ubatan ini melibatkan penggunaan bahan kimia yang membunuh sel leukemia.
  • Rawatan biologi. Rawatan biologi menggunakan kaedah rawatan yang membantu sistem imun anda mengiktiraf serta menyerang sel leukemia.
  • Rawatan tersasar. Rawatan tersasar menggunakan ubatan yang khusus untuk menyerang bahagian-bahagian yang mudah diserang di dalam sel kanser anda.
  • Rawatan radiasi. Rawatan radiasi menggunakan X-ray atau pancaran tenaga tinggi lain-lain untuk merosakkan sel leukemia serta menghentikan proses rebakan.
  • Rawatan radiasi juga boleh digunakan untuk penyediaan pemindahan sel dasar.
  • Pemindahan sel dasar. Pemindahan sel dasar adalah prosedur yang melibatkan penggantian sumsum tulang yang dijangkiti dengan sumsum tulang sihat.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas Leukemia?

Berikut adalah gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang dapat membantu anda sewaktu mengalami leukemia:

  • Diet seimbang;
  • Bersenam;
  • Mengelakkan tekanan;
  • Mengelakkan takaran radiasi yang tinggi;
  • Melindungi diri daripada bahan kimia toksik seperti benzene;
  • Tidak merokok atau menghisap tembakau;
  • Pengambilan rempah halia kecil atau gula-gula atau teh akan bantu mengatasi rasa pening dan muntah-muntah;
  • Tidur pada masa yang ditetapkan sebagai tabiat tidur;
  • Mengambil masa untuk rehat secukup-cukupnya;
  • Mendapatkan bimbingan yang anda perlukan. Meluangkan masa bersama orang yang sayang pada anda, serta mengizinkan mereka untuk membantu anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: April 2, 2019 | Kali terakhir kemaskini: April 2, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut