Apa itu Leptospirosis?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Leptospirosis?

Leptospirosis adalah jangkitan yang disebabkan oleh bakteria berbentuk skru gabus yang dipanggil interrogans Leptospira. Leptospirosis mengandungi air kencing, darah, atau tisu binatang mahupun roden. Anda boleh dijangkiti Leptospirosis dengan menyentuh sumber-sumber yang telah dijangkiti. Anda juga boleh mendapatnya daripada menyentuh tanah atau air yang tercemar, tanah basah atau tumbuh-tumbuhan yang dicemari oleh air kencing haiwan yang dijangkiti, terutama:

  • Lembu.
  • Khinzir.
  • Anjing.
  • Reptilia dan amfibia.
  • Tikus dan roden lain, yang merupakan takungan paling penting untuk bakteria.

Haiwan domestik dan haiwan liar boleh membawa Leptospirosis dan ia menyalurkan bakteria tersebut dalam air kencingnya.

Tanpa rawatan, leptospirosis boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang, meningitis (keradangan pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang), kegagalan hati, kesukaran bernafas dan juga membawa maut.

Terdapat dua masa pertumbuhan Leptospirosis: Inkubasi dan tempoh berjangkit.

  • Tempoh inkubasi: Ia merupakan masa antara mula dijangkiti dan menimbulkan simptom. Hal ini berlaku dalam tempoh 10 hari, dengan julat 2 hingga 26 hari.
  • Tempoh berjangkit. Ia merupakan masa di mana orang yang dijangkiti boleh menjangkiti orang lain. Jangkitan adalah hasil sentuhan dengan air kencing haiwan yang dijangkiti. Penjalaran manusia-kepada-manusia tidak berlaku.

Apakah kebarangkalian Leptospirosis?

Leptospirosis ini sangat biasa berlaku. Ia boleh terjadi kepada pesakit pelbagai umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor-faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Leptospirosis?

Simptom biasa bagi Leptospirosis adalah suatu penyakit yang sering berlaku dalam 2 fasa:

Fasa pertama

Fasa pertama biasanya berlarutan 5 hingga 7 hari, bermula secara tiba-tiba dengan simptom-simptom termasuk:

  • Demam panas.
  • Muntah.
  • Cirit birit.
  • Mata merah.
  • Sakit otot (terutama otot paha dan betis).
  • Ruam.
  • Kedinginan.
  • Sakit kepala.

Fasa kedua

Fasa kedua penyakit ini (fasa imun) mungkin menyusul 1 hingga 2 minggu kemudian, dengan simptom-simptom seperti:

  • Jaundis (Kulit dan mata menjadi kuning).
  • Kegagalan buah pinggang.
  • Degupan jantung tidak sekata.
  • Masalah paru-paru.
  • Meningitis (Keradangan pada lapisan otak).
  • Mata merah.

Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas mahupun sebarang soalan, sila merujuk dengan doktor anda. Setiap tubuh badan seseorang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.

Punca

Apakah punca Leptospirosis?

Leptospirosis disebabkan oleh bakteria Leptospira. Sekiranya anda mengalami jangkitan yang sangat teruk, ia dikenali sebagai penyakit Weil.

Anda boleh dijangkiti dengan bakteria ini sekiranya mata, mulut, hidung anda atau luka terbuka pada kulit anda bersentuhan dengan:

  • Air kencing, darah atau tisu daripada haiwan yang membawa bakteria ini;
  • Air yang telah tercemar dengan bakteria ini;
  • Tanah yang telah tercemar dengan bakteria ini
  • Anda juga boleh dijangkiti Leptospirosis sekiranya anda digigit oleh haiwan yang telah dijangkiti oleh bakteria ini.

Bakteria Leptospira ini boleh memasuki badan melalui kulit yang pecah, air yang melembutkan kulit, membran mukus (lapisan nipis dan lembap pada bahagian-bahagian badan seperti hidung, mulut, tekak dan genital) atau dengan menelan atau menghidu air yang tercemar. Penyebaran manusia-kepada-manusia tidak berlaku.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Leptospirosis?

Terdapat banyak faktor risiko bagi Leptospirosis, seperti:

  • Orang yang bekerja di luar atau dengan haiwan: petani, doktor haiwan, penjual daging, pekerja pembetung, pekerja rumah sembelihan dan lain-lain.
  • Orang yang berkhemah.
  • Askar.
  • Pelombong.
  • Orang yang mandi di tasik, sungai, atau terusan air tawar.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Leptospirosis didiagnosis?

Doktor anda mungkin akan bertanya tentang sejarah perubatan dan faktor risiko anda. Maklumkan kepada doktor sekiranya anda:

  • Telah mengembara baru-baru ini
  • Telah menyertai dalam aktiviti sukan air;
  • Telah bersentuhan dengan sumber air tawar;
  • Mempunyai pekerjaan yang melibatkan bekerja dengan haiwan atau produk haiwan.

Jika doktor mengesyaki anda menghidap Leptospirosis atau jangkitan bakteria lain, mereka akan meminta ujian darah, ujian air kencing atau keduanya.

Dalam kes penyakit Weil, doktor anda mungkin akan melakukan pengimbas pengimejan, seperti x-ray dada, dan lebih banyak ujian darah bagi memeriksa fungsi hati dan buah pinggang anda. Selain itu, pengimbas dan ujian-ujian boleh membantu doktor mengetahui organ anda manakah yang mungkin dijangkiti.

Bagaimana pesakit Leptospirosis dirawat?

Kebanyakan kes-kes leptospirosis mudah adalah ringan dan pulih dengan sendiri, bermakna mereka akan sembuh dengan sendirinya. Dalam kes Weil, antibiotik intravena dan perawatan disyorkan oleh doktor anda. Anda juga mungkin menerima rawatan tambahan, bergantung kepada simptom anda dan organ manakah yang terjejas. Sebagai contoh, sekiranya anda mengalami masalah pernafasan, anda akan dihubungkan dengan ventilator. Jika buah pinggang anda dijangkiti dan telah rosak, anda mungkin perlu menjalani dialisis.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Leptospirosis?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi Leptospirosis:

  • Vaksin untuk haiwan. Walau bagaimanapun, vaksin-vaksin ini mungkin melindungi daripada sesetengah bentuk tertentu bakteria Leptospira sahaja. Ia mungkin tidak menyediakan imuniti jangka masa panjang.
  • Lindungi diri anda daripada risiko jangkitan dengan memakai peralatan perlindungan: kasut kalis air, gogal, sarung tangan.
  • Elakkan air bertakung dan air daripada aliran ladang. Meminimumkan pencemaran haiwan terhadap makanan atau sisa makanan.
  • Sediakan langkah sanitasi dan pengawalan tikus yang betul bagi membantu mencegah penyebaran Leptospira.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu: Mei 18, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut