Lebam

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Definisi Lebam

Apa itu lebam?

Lebam adalah perubahan warna kulit yang biasa berlaku disebabkan salur darah kecil pecah dan mengeluarkan darah pada bawah kulit selepas kecederaan traumatik. Darah dari salur darah yang terjejas di bawah kulit terkumpul pada bahagian berhampiran permukaan seperti apa yang dilihat sebagai tanda yang berwarna biru dan hitam. Tanda ini adalah dari perubahan warna kulit oleh sel darah merah dan kandungannya.

Adakah lebam sesuatu yang biasa?

Ia merupakan satu perkara yang sangat biasa untuk berlaku kepada mana-mana individu pada sebarang peringkat usia. Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya. Anda boleh berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptomnya?

  • Awalnya, lebam yang masih baru berwarna kemerahan. Kemudian ia akan bertukar kepada biru atau ungu gelap dalam tempoh beberapa jam, kemudian ia akan menjadi kuning atau hijau selepas beberapa hari apabila semakin sembuh.
  • Kecederaan ini biasanya ‘lembut’, dan ada masanya ia menyakitkan untuk beberapa hari pertama, tetapi kesakitan itu akan beransur hilang apabila warnanya semakin pudar.
  • Ini kerana tiada kulit yang terjejas, dan tiada risiko jangkitan.

Mungkin terdapat simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai keraguan mengenai simptomnya, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bilakah saya perlu berjumpa doktor?

Anda perlu berjumpa dengan doktor anda jika anda mempunyai lebam di sebabkan sebarang tanda yang berikut:

  • Apabila mengambil aspirin atau ubatan mencairkan darah lain
  • Bengkak dan sakit pada sekitar bahagian lebam
  • Muncul selepas jatuh atau dipukul
  • Muncul dengan kemungkinan berlaku tulang patah
  • Muncul tanpa sebab
  • Tidak sembuh dalam tempoh dua minggu atau tidak hilang selepas tiga atau empat minggu
  • Terjadi pada bawah kuku yang menyakitkan
  • Disertai dengan pendarahan gusi, hidung atau mulut
  • Disertai dengan darah dalam air kencing, najis atau mata
  • Tidak dapat dijelaskan, terutamanya jika ia berulang
  • Tidak menyakitkan
  • Muncul kembali pada bahagian yang sama tanpa sebarang kecederaan
  • Sebarang lebam hitam pada bahagian kaki

Punca

Apakah yang menyebabkan lebam?

  • Ia boleh terjadi pada individu yang kuat bersenam, seperti atlet dan angkat berat. Lebam ini adalah disebabkan pengaliran mikroskopik di dalam saluran darah di bawah kulit.
  • Lebam yang tidak dapat dijelaskan yang muncul dengan mudah atau tanpa sebarang sebab mungkin sebagai petunjuk kepada gangguan pendarahan, terutamanya jika lebam itu disertai dengan pendarahan hidung atau pendarahan gusi yang kerap dan berulang.
  • Selalunya, apa yang dianggap sebagai lebam yang tidak dapat dijelaskan pada kaki atau paha, sebagai contoh, adalah disebabkan pelanggaran tiang katil atau objek lain dan tidak dapat mengingati semula kecederaan yang berlaku.
  • Lebam pada individu lebih berusia kerap berlaku kerana kulit yang semakin menipis seiring usia. Tisu yang menyokong saluran darah menjadi lebih rapuh.
  • Ia merupakan perkara biasa kepada individu yang mengambil ubat untuk mencairkan darah.
  • Lebam pada bahagian belakang tangan dan lengan – dipanggil actinic purpura atau solar purpura – terjadi kerana terjejas oleh cahaya matahari dan kulit yang nipis.

Faktor risiko

Apa yang meningkatkan risiko untuk lebam?

Terdapat pelbagai faktor risiko untuk mengalaminya, seperti:

  • Ia boleh berlaku kepada individu yang kuat bersenam, seperti atlet atau angkat berat.
  • Usia: lebam kepada individu berusia adalah lebih kerap berlaku kerana kulit yang semakin menipis. Tisu yang menyokong bahagian bawah saluran darah menjadi rapuh
  • Kekurangan vitamin C – kekurangan asid askorbik atau scurvy
  • Pengambilan alkohol secara berlebihan
  • Keadaan perubatan tertentu, termasuk leukemia, hemofilia, penyakit hati, penyakit Cushing, sindrom Marfan, sindrom Ehlers-Danlos, penyakit tisu penghubung, anemia kekurangan zat besi, atau anemia aplastik – boleh menyebabkan mudah lebam dan pendarahan
  • Sesetengah individu mengambil ubatan yang menyebabkan lebih mudah lebam. Ubatan ini termasuk ubat antiradang nonsteroid (NSAID), seperti aspirin dan ibuprofen (Advil, Motrin), ubat mencairkan darah seperti warfarin (Coumadin), clopidogrel (Plavix), dan heparin; steroid (prednisone); dan sesetengah ubatan untuk merawat kanser.

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana ia didiagnosis?

  • Jika kecederaan jelas adalah lebam dan doktor tidak mengesyaki sebarang tulang yang patah, doktor mungkin tidak akan melakukan sebarang pemeriksaan.
  • Jika terdapat bengkak atau sakit yang teruk, doktor mungkin akan menjalankan pemeriksaan sinar-X pada bahagian tersebut untuk memastikan tiada tulang yang patah.
  • Jika ia kerap berulang dan tanpa sebab yang jelas, doktor mungkin akan menjalankan ujian darah untuk melihat jika terdapat gangguan pendarahan.
  • Sesetengah lebam, coraknya dari masa ke masa dan pelbagai peringkat penyembuhan mungkin akan memberi isyarat kepada doktor kemungkinan berlaku penderaan fizikal.

Bagaimana ia dirawat?

Doktor tidak mempunyai rawatan khas untuk merawat masalah ini selain teknik yang digunakan di rumah seperti penggunaan pek ais atau haba panas, ubatan yang boleh dibeli untuk menghilangkan kesakitan, ‘meninggikan’ bahagian terjejas, jika boleh – bertujuan untuk mengurangkan pendarahan yang menyebabkan lebam.

Individu yang disyaki menjadi mangsa penderaan domestik, akan dirujuk kepada pekerja sosial.

Perubahan gaya hidup & rawatan rumah

Apakah perubahan gaya hidup atau rawatan rumah yang boleh membantu mengubatinya?

Rawatan untuk masalah ini adalah yang paling berkesan dilakukan selepas kecederaan, sementara ia masih kemerahan.

  • Tekanan sesuatu yang sejuk seperti pek ais atau beg sayuran sejuk beku pada bahagian yang terlibat untuk tempoh 20-30 minit bertujuan untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan bengkak. Jangan menggunakan ais secara terus kepada kulit. Balut pek ais dengan tuala.
  • Jika lebam menjejaskan bahagian yang besar pada kaki, kaki perlu ditinggikan setinggi yang boleh dalam tempoh 24 jam selepas kecederaan.
  • Acetaminophen mungkin boleh diambil untuk kesakitan seperti yang diarahkan pada botol. Elakkan aspirin atau ibuprofen kerana keduanya akan memperlahankan darah dari membeku, dan mungkin akan memanjangkan pendarahan.
  • Selepas 48 jam, tuamkan kain pada air suam atau panas dan letakkannya selama 10 minit atau lakukannya lebih dua tiga kali sehari untuk mempertingkatkan aliran darah ke kawasan terjejas, untuk membolehkan kulit menyerap darah lebih cepat. Ini pada akhirnya akan menyebabkan warnanya akan memudar.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik untuk penyelesaian terbaik buat anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

enEnglish

Definisi

Apa itu lebam?

Lebam adalah perubahan warna kulit yang biasa berlaku disebabkan salur darah kecil pecah dan mengeluarkan darah pada bawah kulit selepas kecederaan traumatik. Darah dari salur darah yang terjejas di bawah kulit terkumpul pada bahagian berhampiran permukaan seperti apa yang dilihat sebagai tanda yang berwarna biru dan hitam. Tanda ini adalah dari perubahan warna kulit oleh sel darah merah dan kandungannya.

Adakah lebam sesuatu yang biasa?

Lebam merupakan satu perkara yang sangat biasa untuk berlaku kepada mana-mana individu pada sebarang peringkat usia. Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya. Anda boleh berbincang dengan doktor untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom

Apakah simptom lebam?

  • Awalnya, lebam yang masih baru berwarna kemerahan. Kemudian ia akan bertukar kepada biru atau ungu gelap dalam tempoh beberapa jam, kemudian ia akan menjadi kuning atau hijau selepas beberapa hari apabila semakin sembuh.
  • Lebam biasanya ‘lembut’, dan ada masanya ia menyakitkan untuk beberapa hari pertama, tetapi kesakitan itu akan beransur hilang apabila warnanya semakin pudar.
  • Ini kerana tiada kulit yang terjejas pada lebam, dan tiada risiko jangkitan.

Mungkin terdapat simptom yang tidak dinyatakan di atas. Jika anda mempunyai keraguan mengenai simptomnya, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bilakah saya perlu berjumpa doktor?

Anda perlu berjumpa dengan doktor anda jika anda mempunyai sebarang tanda yang berikut:

  • Lebam apabila mengambil aspirin atau ubatan mencairkan darah lain
  • Bengkak dan sakit pada sekitar bahagian lebam
  • Lebam yang muncul selepas jatuh atau dipukul
  • Lebam yang muncul dengan kemungkinan berlaku tulang patah
  • Lebam tanpa sebab
  • Lebam yang tidak sembuh dalam tempoh dua minggu atau tidak hilang selepas tiga atau empat minggu
  • Lebam pada bawah kuku yang menyakitkan
  • Lebam yang disertai dengan pendarahan gusi, hidung atau mulut
  • Lebam yang disertai dengan darah dalam air kencing, najis atau mata
  • Lebam yang tidak dapat dijelaskan, terutamanya jika ia berulang
  • Lebam yang tidak menyakitkan
  • Lebam yang muncul kembali pada bahagian yang sama tanpa sebarang kecederaan
  • Sebarang lebam hitam pada bahagian kaki

Punca

Apakah yang menyebabkan lebam?

  • Lebam boleh terjadi pada individu yang kuat bersenam, seperti atlet dan angkat berat. Lebam ini adalah disebabkan pengaliran mikroskopik di dalam saluran darah di bawah kulit.
  • Lebam yang tidak dapat dijelaskan yang muncul dengan mudah atau tanpa sebarang sebab mungkin sebagai petunjuk kepada gangguan pendarahan, terutamanya jika lebam itu disertai dengan pendarahan hidung atau pendarahan gusi yang kerap dan berulang.
  • Selalunya, apa yang dianggap sebagai lebam yang tidak dapat dijelaskan pada kaki atau paha, sebagai contoh, adalah disebabkan pelanggaran tiang katil atau objek lain dan tidak dapat mengingati semula kecederaan yang berlaku.
  • Lebam pada individu lebih berusia kerap berlaku kerana kulit yang semakin menipis seiring usia. Tisu yang menyokong saluran darah menjadi lebih rapuh.
  • Lebam merupakan perkara biasa kepada individu yang mengambil ubat untuk mencairkan darah.
  • Lebam pada bahagian belakang tangan dan lengan – dipanggil actinic purpura atau solar purpura – terjadi kerana terjejas oleh cahaya matahari dan kulit yang nipis.

Faktor risiko

Apa yang meningkatkan risiko untuk lebam?

Terdapat pelbagai faktor risiko untuk mengalami lebam, seperti:

  • Lebam boleh berlaku kepada individu yang kuat bersenam, seperti atlet atau angkat berat.
  • Usia: lebam kepada individu berusia adalah lebih kerap berlaku kerana kulit yang semakin menipis. Tisu yang menyokong bahagian bawah saluran darah menjadi rapuh
  • Kekurangan vitamin C – kekurangan asid askorbik atau scurvy
  • Pengambilan alkohol secara berlebihan
  • Keadaan perubatan tertentu, termasuk leukemia, hemofilia, penyakit hati, penyakit Cushing, sindrom Marfan, sindrom Ehlers-Danlos, penyakit tisu penghubung, anemia kekurangan zat besi, atau anemia aplastik – boleh menyebabkan mudah lebam dan pendarahan
  • Sesetengah individu mengambil ubatan yang menyebabkan lebih mudah lebam. Ubatan ini termasuk ubat antiradang nonsteroid (NSAID), seperti aspirin dan ibuprofen (Advil, Motrin), ubat mencairkan darah seperti warfarin (Coumadin), clopidogrel (Plavix), dan heparin; steroid (prednisone); dan sesetengah ubatan untuk merawat kanser.

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana lebam didiagnosis?

  • Jika kecederaan jelas adalah lebam dan doktor tidak mengesyaki sebarang tulang yang patah, doktor mungkin tidak akan melakukan sebarang pemeriksaan.
  • Jika terdapat bengkak atau sakit yang teruk, doktor mungkin akan menjalankan pemeriksaan sinar-X pada bahagian tersebut untuk memastikan tiada tulang yang patah.
  • Jika lebam kerap berulang dan tanpa sebab yang jelas, doktor mungkin akan menjalankan ujian darah untuk melihat jika terdapat gangguan pendarahan.
  • Sesetengah lebam, corak lebam dari masa ke masa dan pelbagai peringkat penyembuhan mungkin akan memberi isyarat kepada doktor kemungkinan berlaku penderaan fizikal.

Bagaimana lebam dirawat?

Doktor tidak mempunyai rawatan khas untuk merawat lebam selain teknik yang digunakan di rumah seperti penggunaan pek ais atau haba panas, ubatan yang boleh dibeli untuk menghilangkan kesakitan, ‘meninggikan’ bahagian lebam, jika boleh – bertujuan untuk mengurangkan pendarahan yang menyebabkan lebam.

Individu yang disyaki menjadi mangsa penderaan domestik, akan dirujuk kepada pekerja sosial.

Perubahan gaya hidup & rawatan rumah

Apakah perubahan gaya hidup atau rawatan rumah yang boleh membantu mengubati lebam?

Rawatan untuk lebam adalah yang paling berkesan dilakukan selepas kecederaan, sementara lebam masih kemerahan.

  • Tekanan sesuatu yang sejuk seperti pek ais atau beg sayuran sejuk beku pada bahagian yang terlibat untuk tempoh 20-30 minit bertujuan untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan bengkak. Jangan menggunakan ais secara terus kepada kulit. Balut pek ais dengan tuala.
  • Jika lebam menjejaskan bahagian yang besar pada kaki, kaki perlu ditinggikan setinggi yang boleh dalam tempoh 24 jam selepas kecederaan.
  • Acetaminophen mungkin boleh diambil untuk kesakitan seperti yang diarahkan pada botol. Elakkan aspirin atau ibuprofen kerana keduanya akan memperlahankan darah dari membeku, dan mungkin akan memanjangkan pendarahan.
  • Selepas 48 jam, tuamkan kain pada air suam atau panas dan letakkan pada lebam selama 10 minit atau lakukannya lebih dua tiga kali sehari untuk mempertingkatkan aliran darah ke kawasan lebam, untuk membolehkan kulit menyerap darah lebih cepat. Ini pada akhirnya akan menyebabkan warna lebam akan memudar.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik untuk penyelesaian terbaik buat anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: April 5, 2019 | Kali terakhir kemaskini: April 5, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.