Apa itu Labirintitis?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Labirintitis?

Labirintitis adalah keradangan pada bahagian telinga dalam yang menyebabkan pening kepala. Di dalam setiap telinga terdapat suatu struktur yang digelar labirin yang membantu mengawal keseimbangan. Jika labirin itu mengalami kerengsaan, ia boleh menghantar isyarat yang salah kepada otak. Labirintitis boleh juga dikaitkan dengan hilang pendengaran, vertigo (rasa keadaan sekeliling berpusing), hilang keseimbangan dan loya.

Apakah kebarangkalian Labirintitis?

Labirintitis kebiasaannya melibatkan perempuan lebih daripada lelaki. Ia boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia juga boleh diatasi dengan mengurangkan faktor-faktor risiko yang ada. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Labirintitis?

Simptom mungkin muncul secara tiba-tiba, biasanya datang dan pergi, selama tempoh dari kurang seminit sehingga beberapa jam mahupun hari. Mereka yang mengalami vertigo biasanya bertambah teruk apabila menukar kedudukan posisi secara cepat. Simptom lain adalah seperti penign kepala, rasa tidak stabil, hilang keseimbangan, loya, mendengar deringan di telinga, rasa lemah dan tidak bermaya. Muntah-muntah juga boleh berlaku. Pendengaran kebiasaannya akan kembali normal dalam masa 2 minggu bagi kebanyakan orang.

Ada kemungkinan terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sila rujuk doktor anda jika terdapat sebarang masalah mengenai sesuatu simptom.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami tanda atau simptom yang disenaraikan di atas, atau anda mempunyai sakit kepala yang teruk mahupun ketegangan otot leher bersama simptom anda, sila temui doktor anda. Tindak balas badan setiap orang berbeza-beza. Perbincangan dengan doktor anda berkenaan apa tindakan yang paling sesuai untuk keadaan anda adalah jalan terbaik.

Punca

Apakah Punca Labirintitis?

Keadaan ini biasanya berpunca dari jangkitan virus. Kadangkala ia berpunca dari jangkitan bakteria. Dalam kebanyakan masa, sebabnya tidak diketahui.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Labirintitis?

Terdapat banyak faktor risiko untuk labirintitis seperti:

  • Pengambilan alkohol dalam kuantiti yang banyak.
  • Kelesuan.
  • Sejarah alahan.
  • Jangkitan virus, saluran nafas atau telinga yang baru berlaku.
  • Merokok.
  • Tekanan perasaan.
  • Penggunaan beberapa ubatan preskripsi ataupun tidak (seperti aspirin).

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Labirintitis didiagnosis?

Labirintitis biasanya sembuh sendiri dalam masa beberapa hari ke 2 minggu. Bagi kepeningan pada tahap teruk, doktor mungkin akan memberikan anda meclizine. Berbaring dengan mata tertutup dalam bilik yang gelap boleh membantu mengatasi kesakitan dan pening kepala yang teruk. Penukaran posisi badan seperti bangun daripada berbaring perlulah dilakukan dengan perlahan.

Pergerakan kepala yang dinamakan kaedah Epley, boleh dicadangkan oleh doktor anda bagi melegakan kepeningan. Pengambilan air yang banyak juga sangat penting, kerana penyahhidratan hanya akan menyebabkan keadaan bertambah teruk.

Antibiotik pada keadaan ini tidak membantu, kerana kebanyakan jangkitan tidak berpunca dari bakteria. Doktor hanya akan menetapkan antibiotik apabila jangkitan bakteria yang jarang berlaku disyaki.

Bagaimana pesakit Labirintitis dirawat?

Doktor akan melakukan diagnosis daripada dapatan simptom dan pemeriksaan klinikal (terutamanya mata, telinga, hidung dan tekak). Kemerahan yang ringan pada hidung mahupun tekak boleh berlaku dalam jangkitan virus. Kadangkala doktor mungkin melaksanakan ujian khas bagi simptom lain seperti hilang pendengaran. Doktor anda juga mungkin menasihati akan anda supaya bertemu dengan doktor pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) atau pakar neurologi untuk siasatan lanjut. Imbasan x-ray dan ujian makmal pula pada sesetengah masa tidak diperlukan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Labirintitis?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut berpotensi membantu anda mengatasi penyakit labirintitis:

  • Duduk atau baring jika anda berasa pening.
  • Rujuk doktor anda jika simptom bertambah teruk secara tiba-tiba.
  • Minum air dalam kuantiti yang mencukupi.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mac 28, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.