backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Asyik Garu Kepala Yang Gatal, Ini Mungkin Petanda Anda Ada Kutu Kepala!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 08/12/2023

Asyik Garu Kepala Yang Gatal, Ini Mungkin Petanda Anda Ada Kutu Kepala!

Sebut sahaja kutu kepala, pasti setiap orang menjadi fobia dan terbayang aksi menggaru kepala yang kegatalan. Namun begitu, dari mana datangnya jangkitan kutu kepala ini?

Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apa itu kutu kepala?

Kutu kulit kepala adalah serangga kecil yang hidup di kulit kepala manusia dan menjadikan darah manusia sebagai makanan mereka. Pediculosis capitis adalah nama bagi keadaan jangkitan kutu di kepala.

Ia boleh merebak secara langsung dari rambut seseorang kepada rambut orang yang lain.

Apakah kebarangkalian kutu kepala?

Jangkitan kutu adalah sangat biasa. Ia biasanya melibatkan kanak-kanak. Ia boleh menjejaskan pesakit pada mana-mana lapisan umur. Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko anda.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom kutu?

simptom kutu kulit kepala

Simptom jangkitan masalah kutu adalah:

  • Gatal-gatal pada kulit kepala, leher, dan telinga selama 2-6 minggu selepas infestasi.
  • Terdapat kutu pada kulit kepala. Ia agak kecil, selalu mengelakkan cahaya dan bergerak dengan cepat.
  • Telur kutu (nits) pada batang rambut. Mereka sangat kecil, mudah melekat pada batang rambut. Terdapat beberapa yang sukar dilihat kerana warnanya yang sepadan dengan rambut.
  • Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

    Bila saya harus berjumpa doktor?

    Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza.

    Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

    Punca

    Apakah punca kutu merebak?

    Kutu sangat mudah menular. Anda boleh dijangkiti kutu kulit kepala apabila serangga tersebut merangkak ke kepala anda. Kutu boleh dipindahkan antara satu sama lain dengan berus, sikat, klip rambut, cekak rambut, fon kepala, dan topi. Mereka juga boleh hidup buat seketika di atas perabot, katil, tuala, atau pakaian.

    Faktor-faktor risiko

    Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada kutu?

    Terdapat banyak faktor risiko untuk jangkitan kutu, seperti:

  • Memeluk, atau menyentuh kepala anda ke kepala orang yang dijangkiti;
  • Berkongsi item peribadi (sikat, topi, fon kepala) dengan orang yang dijangkiti.
  • Diagnosis dan rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimana anda boleh didiagnosis?

    Anda atau penyedia penjagaan kesihatan anda boleh mendiagnosis kutu kepala dengan:

    • Memeriksa rambut dan kulit kepala anda untuk sebarang kutu dan telur;
    • Menggunakan sikat bergigi halus bermula dari kulit kepala untuk menangkap kutu dan telur.

    kutu kepala

    Bagaimana pesakit yang mengalami kutu dirawat?

    Kebanyakan rawatan perlu digunakan sebanyak dua kali untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Selepas seminggu hingga sembilan hari, rawatan kedua akan membunuh telur yang baru menetas.

    Di samping itu, jangan gunakan lebih daripada satu ubat atau guna ubat secara berlebihan.

    • Belian kaunter (OTC): Permethrin (Nix), Pyrethrin
    • Preskripsi: losyen Benzyl alkohol (Ulesfia), Malathion (Ovide), Lindane

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani masalah ini

    rawatan kutu kulit kepala

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin dapat membantu anda:

    • Basuh pakaian dan selimut dalam air panas (54°C) dan keringkan dengan api yang tinggi di dalam pengering.
    • Tutup pakaian, tempat tidur dan mainan fabrik di dalam beg plastik selama dua minggu.
    • Rendam rambut, sikat, klip, dan aksesori rambut lain dalam air panas (130 darjah Fahrenheit) selama lima hingga 10 minit.
    • Vakum lantai dan perabot fabrik.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 08/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan