Kutu Badan

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apakah itu kutu badan?

Kutu badan ialah sejenis serangga kecil, saiz seperti biji bijan. Kutu badan hidup di pakaian dan tempat tidur serta merayap di atas kulit anda beberapa kali sehari untuk menghisap darah. Tempat lazim gigitan kutu ialah di sekitar leher, bahu, ketiak, pinggang dan pangkal peha – tempat yang bersentuhan dengan kulit.

Apakah kebarangkalian kutu badan?

Kutu badan lazim wujud dalam keadaan sesak dan kotor, seperti khemah pelarian dan kawasan perlindungan orang yang tiada tempat tinggal. Sila rujuk dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.  

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom kutu badan?

Simptom yang lazim kutu badan ialah:

  • Gatal melampau (pruritus)
  • Ruam akibat tindak balas alahan daripada gigitan kutu badan
  • Benjolan merah pada kulit
  • Kulit menebal atau menjadi hitam berhampiran kawasan pinggang atau pangkal peha, jika kutu wujud lama di kawasan tersebut

Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom, sila berunding dengan doktor anda.

Bilakah saya perlu berjumpa doktor?

Jika anda mengalami sebarang tanda-tanda atau simptom atau soalan seperti yang disenaraikan di atas, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu bertindak berbeza. Adalah baik untuk berbincang dengan doktor tentang penyelesaian terbaik untuk anda.

Punca-punca

Apakah punca-punca kutu badan?

Kutu badan adalah hampir sama dengan kutu kepala, tetapi lain dari segi habitatnya. Sementara kutu kepala hidup di rambut dan makan pada kulit kepala anda, kutu badan pula biasanya hidup pada pakaian dan tempat tidur anda.

Bahagian jahitan pada pakaian anda adalah tempat paling lazim untuk kutu badan bertelur. Anda boleh dijangkiti kutu badan ini sekiranya anda berhubung rapat dengan individu yang mempunyai kutu badan padanya, atau mempunyai pakaian atau tempat tidur yang dipenuhi kutu badan.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko untuk saya mendapat kutu badan?

Terdapat banyak faktor risiko untuk mendapat kutu badan, antaranya ialah:

  • Pelarian perang
  • Individu tiada tempat tinggal
  • Mangsa bencana alam

Diagnosis & rawatan

Maklumat yang disediakan bukan sebagai pengganti kepada mana-mana nasihat perubatan. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah kutu badan didiagnosis?

Jangkitan kutu badan didiagnos dengan melihat kulit dan pakaian anda serta memeriksa telur dan kutu tersebut. Serangga itu bersaiz seperti biji bijan. Ia cukup besar untuk dilihat dengan mata kasar, tetapi memakai kanta pembesar boleh membantu mencari kutu tersebut. Telurnya (nit) biasanya dijumpai pada bahagian jahitan pakaian.

Bagaimanakah kutu badan dirawat?

Kutu badan dirawat dengan membersihkan diri dan barang-barang yang tercemar secara teliti dengan menggunakan sabun dan air panas. Cucian kering dan menggosok pakaian yang tidak boleh dibasuh juga berkesan.

Jika rawatan ini tidak berkesan, anda boleh menggunakan losyen atau syampu di luar kaunter (OTC) seperti Nix atau Rid. jika ia masih tidak berkesan, doktor anda akan mengesyorkan losyen. Produk pembunuh kutu adalah toksik untuk manusia, jadi patuhi arahan dengan cermat.

Perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup & kaedah pengubatan sampingan yang membantu saya menangani kutu badan?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi masalah kutu badan:

  • Anda boleh menghapuskan kutu badan dengan membersihkan diri dan barang-barang peribadi yang tercemar. Basuh tempat tidur, pakaian dan tuala dengan air bersabun yang panas – sekurang-kurangnya 130 F (54 C) – dan keringkan pada suhu panas sekurang-kurangnya 20 minit
  • CuCi kering atau gosok pakaian yang tidak boleh dibasuh
  • Barang yang tidak boleh dibasuh perlu dibalut dengan beg plastik dan disimpan di dalam kawasan panas untuk dua minggu. Tilam, sofa dan kerusi rehat perlu dipanaskan dan disembur dengan produk pembunuh kutu untuk menghapuskan telur daripada bahagian jahitan. Elakkan daripada terdedah kepada barang yang mempunyai kutu selama dua minggu
  • Untuk menghalang jangkitan kutu badan, elakkan sentuhan fizikal atau berkongsi tempat tidur dengan orang yang dijangkiti kutu tersebut. Kerap mandi dan tukar pakaian yang bersih sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk menghalang dan mengawal kutu badan daripada merebak

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda untuk memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak menyediakan khidmat nasihat, diagnosis dan rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Ogos 1, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut