Apa itu Krisis Sel Sabit?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

enEnglish

Definisi

Apa itu krisis sel sabit?

Krisis sel sabit merupakan episod kesakitan yang berlaku pada individu yang mengalami anemia sel sabit. Hal ini berlaku apabila sel darah merah (RBC) yang berbentuk sabit telah menyekat saluran darah. Darah dan oksigen tidak dapat sampai ke tisu anda, menyebabkan kesakitan. Krisis sel sabit juga boleh merosakkan tisu anda dan mengakibatkan kegagalan organ, seperti kegagalan hati atau buah pinggang. Krisis sel sabit boleh mengancam nyawa.

Apakah kebarangkalian krisis sel sabit?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom krisis sel sabit?

Simptom-simptom biasa bagi krisis sel sabit ialah:

  • Sakit teruk pada dada atau perut
  • Sukar bernafas
  • Demam bersuhu 101°f (38.5°c) atau lebih tinggi
  • Sakit yang tidak hilang selepas mengambil ubat
  • Keletihan yang teruk
  • Sakit kepala atau pening teruk
  • Jaundis (kulit kekuningan) atau sangat pucat
  • Sakit ketika ereksi bagi lelaki
  • Penglihatan berubah secara tiba-tiba
  • Sawan
  • Lemah atau tidak boleh menggerakkan mana-mana bahagian badan
  • Pertuturan tidak jelas
  • Tidak sedarkan diri
  • Kebas atau mencucuk cucuk

Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom di atas atau mempunyai sebarang soalan, sila rujuk doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza. Berbincang dengan doktor mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca krisis sel sabit?

Biasanya, anda tidak tahu mengapa anda mengalami krisis ini, dan terdapat lebih daripada satu punca. Perkara yang boleh mencetus krisis ini termasuklah:

  • Berada di altitut tinggi (contohnya, mendaki gunung)
  • Suhu berubah, contohnya jika anda bertukar daripada rumah yang panas kepada cuaca musim sejuk dan anda tidak memakai pakaian sejuk
  • Sakit
  • Tidak minum dengan cukup (dehidrasi)
  • Tekanan

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada krisis sel sabit?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit krisis sel sabit didiagnosis?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit krisis sel sabit dirawat?

Dua ubat baharu telah menjanjikan kesan yang baik. Ubat ini dipanggil serbuk oral L-glutamine (Endari) telah terbukti dapat bantu menghalang krisis ini daripada berlaku dan mengelakkan daripada masuk ke hospital. Hydroxyurea (Droxia, Hydrea, Mylocel) menghalang sel darah merah yang abnormal daripada terbentuk. Perkara ini akan mengurangkan jumlah krisis sakit akibat sel darah sabit.

Doktor boleh membantu anda untuk membuat rancangan mengenai bagaimana mahu menanggani krisis ini. Jika anda perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan, pastikan anda membawa rancangan ini bersama anda.

Selalunya, anda boleh merawat kesakitan ini di rumah. Apabila krisis ini mula berlaku, doktor anda akan menyarankan supaya anda minum banyak cecair dan ambil ubat tahan sakit tanpa preskripsi, seperti ibuprofen atau acetaminophen. Beritahu dengan doktor anda bagi mengetahui ubat apa yang selamat untuk anda. Contohnya, jika anda mempunyai masalah buah pinggang, acetaminophen mungkin pilihan yang lebih bagus. Untuk kesakitan yang lebih teruk, doktor anda akan memberikan ubat yang lebih kuat.

Anda juga boleh cuba pad pemanas, mandian panas, atau urut. Terapi fizikal juga boleh memberikan sedikit kelegaan. Jangan lupa juga untuk merawat minda anda. Kaunseling, kaedah relaksasi seperti meditasi, dan cari sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan adalah kunci untuk memastikan anda sihat.

Jika anda tidak dapat mengawal kesakitan ini di rumah, pergi ke pusat kecemasan, di mana doktor boleh memberi ubat tahan sakit yang lebih kuat. Anda mungkin perlu tinggal di hospital sehingga kesakitan tersebut dapat dikawal.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani krisis sel sabit?

Berikut merupakan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi krisis sel sabit:

  • Ambil vitamin dan mineral seperti yang diarahkan. Asid folik boleh bantu mencegah masalah saluran darah yang boleh berlaku dengan anemia sel sabit. Zat zink boleh mengurangkan kekerapan kesakitan yang anda alami
  • Minum cecair seperti yang diarahkan. Dehidrasi boleh meningkatkan risiko krisis sel sabit. Tanya berapa banyak cecair yang boleh anda minum setiap hari dan jenis cecair yang mana terbaik untuk anda
  • Seimbangkan antara rehat dan senaman. Berehat semasa krisis sel sabit berlaku. Lama kelamaan, tingkatkan aktiviti anda secara sederhana. Selalu bersenam. Elakkan bersenam atau melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan, seperti bola sepak. Tanya mengenai plan senaman yang terbaik untuk anda
  • Elakkan daripada kesejukan. Jangan terus pergi dengan cepat daripada tempat yang panas ke tempat yang sejuk. Jangan berenang di dalam air sejuk. Kekal panas semasa musim sejuk
  • Jangan merokok atau minum alkohol. Perkara ini akan meningkatkan risiko krisis sel sabit. Nikotin dan bahan kimia lain di dalam rokok boleh menyebabkan kerosakan paru-paru. Tanya pembekal rawatan kesihatan anda maklumat jika anda sedang merokok dan memerlukan bantuan untuk berhenti. Rokok elektronik atau rokok tanpa tembakau masih mengandungi nikotin. Beritahu pembekal rawatan kesihatan anda sebelum anda mengambil produk ini
  • Tanya doktor mengenai vaksinasi yang anda perlu ambil. Vaksinasi boleh bantu menghalang jangkitan virus yang boleh menyebabkan krisis sel sabit. Dapatkan suntikan flu setiap tahun seperti yang diarahkan. Anda juga perlu mengambil vaksin pneumonia setiap 5 tahun

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: Julai 9, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.