Apa itu Kontraktur Dupuytren?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

enEnglish

Definisi

Apa itu Kontraktur Dupuytren?

Kontraktur Dupuytren adalah penyakit yang menyebabkan nodul, atau knot, untuk terjadi di bawah kulit jari dan telapak tangan anda. Hal ini boleh menyebabkan jari anda menjadi terperangkap di tempatnya. Ia biasanya menjejaskan jari manis dan jari kelingking serta menyebabkan sendi proksimal dan pertengahan, iaitu yang paling dekat dengan tapak tangan anda, menjadi bengkok dan sukar untuk diluruskan. Rawatan keadaan ini berbeza bergantung kepada keparahan nodul tersebut.

Apakah kebarangkalian Kontraktur Dupuytren?

Sekiranya anda berumur antara 40 hingga 60 tahun, anda mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi  Kontraktur Dupuytren Tenosynovitis berbanding dengan kumpulan umur yang lain. Keadaan ini lebih biasa berlaku pada lelaki. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kontraktur Dupuytren?

Adalah didapati bahawa Kontraktur Dupuytren biasanya berlaku dengan perlahan, selama bertahun-tahun. Keadaan ini biasanya bermula sebagai penebalan kulit di telapak tangan anda. Apabila ia berlaku, kulit di telapak tangan anda mungkin kelihatan berkerut atau terungkap. Sekumpulan tisu yang pejal boleh terbentuk di telapak tangan anda. Bonjolan ini mungkin sensitif terhadap sentuhan tetapi biasanya tidak menyakitkan. Di peringkat  Kontraktur Dupuytren yang seterusnya, tali kord tisu terbentuk di bawah kulit di telapak tangan dan boleh merebak ke jari anda. Apabila tali ini menjadi ketat, jari anda mungkin ditarik ke arah telapak tangan anda, kadang-kadang dengan teruk.

Jari manis dan kelingking adalah yang paling kerap terkena, walaupun jari tengah juga boleh terlibat. Hanya ibu jari dan jari telunjuk yang jarang terjejas. Kontraktur Dupuytren boleh berlaku di kedua-dua tangan, walaupun sebelah tangan biasanya terkena lebih teruk.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas, atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Oleh itu, adalah yang lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.

Punca

Apakah punca Kontraktur Dupuytren?

Sehingga sekarang para doktor tidak mengetahui punca sebenar yang menyebabkan Kontraktur Dupuytren. Tiada bukti bahawa kecederaan tangan atau pekerjaan yang melibatkan getaran pada tangan menyebabkan keadaan ini.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kontraktur Dupuytren?

Walaupun punca penyakit ini masih belum diketahui, risiko anda untuk mendapat keadaan ini meningkat jika anda:

  • Seorang lelaki.
  • Berumur antara 40 dan 60 tahun.
  • Berketurunan Eropah Utara.
  • Mempunyai sejarah keluarga dengan keadaan ini.
  • Merokok atau meminum alkohol.
  • Mempunyai diabetes.

Anda harus mengambil perhatian bahawa penggunaan tangan yang terlalu banyak, seperti bekerja dalam pekerjaan yang memerlukan gerakan tangan berulang, dan kecederaan tangan tidak meningkatkan risiko anda untuk menyebabkan keadaan ini.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kontraktur Dupuytren didiagnosis?

Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami keadaan ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan beberapa ujian juga akan disyorkan oleh doktor anda. Dalam kebanyakan kes, doktor boleh mendiagnosis Kontraktur Dupuytren dengan melihat keadaan dan memeriksa tangan anda. Doktor anda akan membandingkan kedua-dua tangan anda antara satu sama lain dan menyemak kerutan pada kulit telapak tangan anda. Doktor juga akan menekan pada bahagian tangan dan jari anda untuk memeriksa knot yang tebal atau band tisu.

Doktor anda juga mungkin akan menyemak untuk melihat sama ada anda boleh meletakkan tangan anda dengan rata di atas meja atau permukaan rata yang lain. Kegagalan untuk  meratakan jari anda sepenuhnya menunjukkan bahawa anda mempunyai Kontraktur Dupuytren.

Bagaimana pesakit Kontraktur Dupuytren dirawat?

Malangnya, tiada ubat untuk Kontraktur Dupuytren, tetapi ada rawatan yang tersedia. Anda mungkin tidak memerlukan apa-apa rawatan sehinggalah anda tidak berupaya lagi menggunakan tangan anda untuk tugas harian. Rawatan bukan surgikal boleh didapati, termasuk suntikan steroid, yang boleh menghalang perkembangan kontraktur, dan pensplinan.

Dalam beberapa kes yang lebih teruk, doktor anda mungkin mengesyorkan pembedahan. Rawatan pembedahan melibatkan memutuskan kord yang menarik jari-jari anda. Rawatan  terbaik ditentukan dengan keterukan keadaan anda :

Needling

Needling melibatkan penggunaan jarum untuk memutuskan tali kord. Kontraktur sering kembali, tetapi prosedur itu boleh diulang.

Kelebihannya ialah penggunaan jarum boleh dilakukan beberapa kali dan ia mempunyai masa pemulihan yang sangat singkat. Manakala, kelemahannya ialah ia tidak boleh digunakan pada setiap kontraktur kerana jarum boleh merosakkan saraf berdekatan.

Suntikan Enzim

Xiaflex, suntikan kolagenase, akan melemahkan kord. Doktor anda akan memanipulasi tangan anda untuk memutuskankan kord pada hari selepas suntikan diberikan. Ini adalah prosedur pesakit luar dengan masa pemulihan yang singkat.

Kelemahannya pua adalah ia hanya boleh digunakan pada satu sendi setiap kali dan ada kemungkinan untuk keadaan ini berulang. Jarak antara rawatan itu mestilah sekurang-kurangnya satu bulan.

Pembedahan

Pembedahan membuang tisu kord, tetapi ia mungkin perlu dilakukan pada peringkat kemudian apabila tisu kord dapat dikesan. Sekali-sekala, adalah sukar untuk mengeluarkan kord tanpa membuang lapisan kulit.

Kelemahan pembedahan adalah bahawa ia mempunyai tempoh pemulihan yang panjang dan memerlukan terapi fizikal untuk mengembalikan gerakan dan fungsi tangan sepenuhnya. Jarang sekali, tisu kulit juga boleh dikeluarkan semasa pembedahan, yang memerlukan graf kulit untuk menutupi kawasan tersebut.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kontraktur Dupuytren?

Gaya hidup dan pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menghadapi  keadaan ini:

  • Mengelakkan cengkaman yang ketat pada alat dengan membina pemegang dengan penebat paip atau pita kusyen.
  • Menggunakan sarung tangan dengan pad tebal semasa tugas yang memerlukan genggaman kuat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu: Mei 18, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda.