backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Diabetes 2 Tidak Dirawat Boleh Jadi Punca Koma, Ambil Tahu Cara Pencegahannya!


Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 06/10/2021

Diabetes 2 Tidak Dirawat Boleh Jadi Punca Koma, Ambil Tahu Cara Pencegahannya!

Apa itu koma diabetes? Haaa..jangan tak tahu, komplikasi kencing manis juga boleh menyebabakan anda koma. Ikuti penjelasan lanjut dalam perkongsian artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kencing Manis sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apakah itu koma diabetes?

Koma diabetes adalah sejenis komplikasi diabetes yang mengancam nyawa, dan boleh menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri.

ekiranya anda menghidap diabetes, paras gula dalam darah yang berbahaya tingginya (hiperglisemia) atau paras gula darah yang rendah (hipoglisemia) boleh menyebabkan koma diabetes.

Sekiranya koma diabetes terjadi, anda sebenarnya masih hidup – cuma anda tidak boleh sedar atau bertindak balas terhadap pemandangan, bunyi atau jenis rangsangan yang lain. Jika dibiarkan tanpa rawatan, koma diabetes boleh membawa maut.

Prospek koma diabetes adalah menakutkan, tetapi anda mempunyai peluang untuk mencegahnya. Mulakan dengan mengikuti pelan rawatan diabetes anda.

Apakah kebarangkalian komplikasi kencing manis ini terjadi?

Biasanya pesakit diabetes jenis 2 yang tidak dirawat dengan baik akan mudah mendapat koma diabetes. Tambahan pula, koma diabetes adalah biasa berlaku dalam kalangan orang tua, sakit kronik, dan kurang upaya.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Baca juga:

https://wp.hellodoktor.com/kencing-manis/diabetes-jenis-dua/penjagaan-pesakit-diabetes/

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi komplikasi ini?

Sebelum koma diabetes berlaku, anda biasanya akan mengalami tanda-tanda dan simptom gula darah tinggi atau gula darah rendah.

Gula darah tinggi (hiperglisemia)

Sekiranya paras gula dalam darah anda terlalu tinggi, anda boleh mengalami:

  • Kerap rasa dahaga
  • Kerap ke tandas
  • Letih
  • Rasa loya dan muntah
  • Sesak nafas
  • Sakit perut
  • Nafas berbau buah
  • Mulut yang sangat kering
  • Denyutan jantung yang laju
  • Gula darah rendah (hipoglisemia)
  • Antara tanda-tanda dan simptom paras gula dalam darah terlalu rendah termasuklah:

    • Menggigil atau gementar
    • Gangguan keresahan
    • Letih dan lemah badan
    • Peluh yang banyak
    • Berasa lapar
    • Loya dan mual
    • Pening kepala
    • Kesukaran untuk bercakap
    • Kekeliruan

    Koma Diabetes

    Pada sesetengah orang, terutamanya mereka yang telah menghidapi diabetes untuk jangka masa yang panjang, mereka akan mengalami keadaan yang dikenali sebagai ketidaksedaran hipoglisemia dan tidak mempunyai tanda-tanda amaran yang menandakan penurunan gula darah.

    Jika anda mengalami sebarang simptom gula darah tinggi atau rendah, uji gula darah anda dan ikuti pelan rawatan diabetes anda berdasarkan hasil ujian tersebut. Jika anda mula tidak merasa lebih baik, atau anda mula berasa lebih teruk, dapatkan bantuan kecemasan.

    Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang apa-apa simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

    Bilakah saya harus berjumpa doktor?

    Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Adalah dinasihatkan untuk anda membincangkan dengan doktor tentang apa yang terbaik untuk keadaan anda.

    Punca

    Apakah yang mengakibatkan koma diabetes?

    Nilai ekstrim gula dalam darah yang berpanjangan – sama ada terlalu tinggi atau terlalu rendah untuk tempoh yang terlalu lama – boleh menyebabkan pelbagai keadaan, dan semuanya boleh menyebabkan koma diabetes.

    Ketoasidosis diabetes. Jika sel-sel otot anda telah kehabisan sumber untuk tenaga, tubuh anda mungkin bertindak balas dengan memecahkan simpanan lemak. Proses ini membentuk asid toksik yang dikenali sebagai zat keton.

    Ketoasidosis diabetes yang tidak dirawat, boleh menyebabkan koma diabetes.

    Ketoasidosis diabetes paling kerap berlaku dalam kalangan orang yang menghidap diabetes jenis 1, tetapi ia boleh juga berlaku kepada orang yang mempunyai diabetes jenis 2 atau diabetes gestasi.

    Sindrom hiperosmolar diabetes. Sekiranya paras gula darah anda melebihi 600 miligram per desiliter (mg / dL), atau 33.3 milimol seliter (mmol / L), keadaan ini dikenali sebagai sindrom hiperosmolar diabetes.

    Apabila gula dalam darah anda meninggi, darah anda akan menjadi pekat dan manis. Lebihan gula akan mengalir dari darah ke dalam air kencing anda, yang akan yang menarik keluar sejumlah besar cecair daripada badan anda.

    Sindrom hiperosmolar diabetes yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyahidratan yang boleh mengancam nyawa serta koma diabetes. Sindrom hiperosmolar diabetes paling biasa berlaku dalam kalangan orang dewasa yang berada pada pertengahan usia dan orang tua yang mempunyai diabetes jenis 2.

    Hipoglisemia. Otak anda memerlukan glukosa untuk berfungsi. Dalam kes yang teruk, gula dalam darah yang terlampau rendah boleh menyebabkan anda pengsan. Hipoglisemia boleh berlaku disebabkan sama ada terlalu banyak insulin atau makanan yang tidak mencukupi.

    Bersenam dengan terlalu keras atau minum terlalu banyak alkohol boleh mendatangkan kesan yang sama.

    Justeru, tanda dan simptom akan dipengaruhi oleh keparahan hipoglisemia.

    Walau bagaimanapun, bagi penghidap diabetes untuk jangka masa yang panjang, anda mungkin akan kehilangan tanda-tanda amaran awal – seperti kelaparan, keletihan dan berpeluh – dan gejala hanya akan timbul apabila gula dalam darah anda menjadi sangat rendah. Ini dipanggil ketakperasanan hipoglisemia.

    Faktor-faktor Risiko

    Apakah yang meningkatkan saya terhadap risiko koma diabetes?

    Sesiapa yang menghidap kencing manis adalah berisiko untuk mendapat koma diabetes.

    Sekiranya anda mempunyai diabetes jenis 1, anda lebih berisiko mengalami koma diabetes yang disebabkan oleh:

    • Gula darah rendah (hipoglisemia)
    • Ketoasidosis diabetes

    Sekiranya anda mempunyai diabetes jenis 2, anda secara umumnya lebih berisiko terhadap koma diabetes yang disebabkan oleh:

    • Sindrom hiperosmolar diabetes, terutamanya jika anda berada pada umur pertengahan atau lebih tua

    Sekiranya anda menghidapi diabetes jenis 1 atau jenis 2, faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko koma diabetes:

    Koma Diabetes

    • Masalah penyampaian insulin. Sekiranya anda pengguna pam insulin, anda perlu menyemak gula dalam darah dengan kerap. Salah satu sebabnya adalah kerana himpitan atau lipatan pada tiub pam insulin boleh merencatkan penghantaran insulin tanpa anda sedari

    Malah pam tanpa tiub juga kadang-kadang mempunyai masalah yang menyebabkan penyampaian insulin terhenti. Kekurangan insulin dengan cepat boleh membawa kepada ketoasidosis diabetes jika anda mempunyai diabetes jenis 1.

    • Penyakit, trauma atau pembedahan. Apabila anda sakit atau cedera, kadar gula dalam darah anda cenderung untuk meningkat, kadangkala secara dramatik. Hal ini boleh menyebabkan ketoasidosis diabetes jika anda mempunyai diabetes jenis 1 dan dos insulin tidak bertambah untuk mengimbangi kadar gula yang tinggi

    Keadaan perubatan yang lain, seperti kegagalan jantung atau penyakit buah pinggang, boleh meningkatkan risiko sindrom hiperosmolar diabetes.

    • Kencing manis yang tidak terkawal dengan baik. Jika anda tidak memantau gula dalam darah anda dengan betul atau mengambil ubat-ubatan anda seperti yang diarahkan, anda akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat komplikasi jangka masa panjang dan koma diabetes
    • Sengaja melangkau pengambilan insulin. Orang yang menghidap kencing manis, yang juga mempunyai masalah pemakanan, memilih untuk tidak menggunakan insulin seperti yang diarahkan dengan harapan untuk menurunkan berat badan. Hal ini adalah amalan yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa di samping meningkatkan risiko koma diabetes
    • Minum alkohol. Alkohol boleh mempunyai kesan yang tidak dijangka pada gula dalam darah anda, kadang-kadang boleh mengurangkan kadar gula sehinggalah sehari atau dua hari selepas meminum alkohol. Hal ini boleh meningkatkan risiko koma diabetes yang disebabkan oleh hipoglisemia
    • Penggunaan ubat-ubatan haram seperti kokain dan ekstasi, boleh meningkatkan risiko paras gula dalam darah tinggi, serta berisiko untuk mendapat koma diabetes

    Diagnosis dan Rawatan

    Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

    Bagaimanakah koma diabetes didiagnosis?

    Jika anda mengalami koma diabetes, diagnosis segera adalah penting. Pasukan perubatan kecemasan akan melakukan pemeriksaan fizikal dan mereka akan bertanyakan orang yang bersama anda untuk mengetahui riwayat perubatan anda.

    Sekiranya anda menghidap diabetes, anda mungkin perlu memakai gelang atau kalung yang bertanda ID perubatan.

    Ujian makmal

    Beberapa ujian makmal mungkin diperlukan untuk menilai:

    • Paras gula dalam darah anda
    • Tahap zat keton anda
    • Jumlah nitrogen atau kreatinin dalam darah anda
    • Jumlah kalium, fosfat dan natrium dalam darah anda

    Bagaimanakah koma diabetes dirawat?

    Sebaik sahaja doktor anda mengenal pasti tanda-tanda awal, beliau boleh menghantar anda terus ke hospital. Anda akan mendapat bekalan intravena untuk menggantikan cecair dan elektrolit yang hilang seperti kalium.

    Anda juga akan mendapat suntikan insulin atau ubat lain untuk mengawal gula anda. Koma diabetes boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat.

    Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

    Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan dalam menangani koma diabetes ?

    Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang berikut mungkin membantu anda menangani koma diabetes:

    • Patuhi pelan pemakanan anda. Pengambilan snek dan makanan lengkap yang konsisten dapat membantu mengawal paras gula darah anda
    • Perhatikan paras gula dalam darah anda. Ujian gula yang kerap boleh memberitahu anda jika anda mengekalkan paras gula dalam julat sasaran anda – dan memberi isyarat kepada anda sama ada tinggi atau rendah. Semak dengan lebih kerap jika anda telah bersenam kerana ia boleh menyebabkan paras gula menurun, terutamanya jika anda tidak bersenam secara teraturKoma Diabetes
    • Ambil ubat anda seperti yang diarahkan. Sekiranya anda mengalami episod gula darah yang tinggi atau rendah, sila beritahu doktor anda. Beliau akan menyesuaikan dos atau masa pengambilan ubat anda
    • Mempunyai pelan semasa hari sakit. Sebarang penyakit boleh meningkatkan kadar gula darah tanpa disedari. Sebelum anda jatuh sakit, bincanglah dengan doktor mengenai cara terbaik menguruskan peningkatan gula dalam darah anda
    • Periksa zat keton apabila gula darah anda tinggi. SSemak air kencing anda untuk zat keton apabila paras gula darah anda melebihi 240 mg / dL (13.3 mmol / L), terutamanya jika anda tidak sihat. Jika paras zat keton terlampau tinggi, hubungi doktor anda untuk mendapatkan nasihat. Hubungi doktor anda dengan segera jika paras zat keton terlalu tinggi dan berlaku muntah-muntah
    • Guna glukagon dan sumber gula yang cepat bertindak. Jika anda mengambil insulin untuk diabetes anda, pastikan anda mempunyai kit glukagon terkini dan sumber gula yang segera seperti tablet glukosa atau jus oren, yang mudah didapati untuk merawat paras gula rendah
    • Pertimbangkan pemantauan glukosa berterusan (CGM), terutamanya jika anda menghadapi masalah untuk mengekalkan paras gula dalam darah dengan stabil atau anda tidak merasakan simptom gula darah rendah (hipoglisemia tanpa sedar). CGM adalah peranti yang menggunakan pengesan kecil, yang dimasukkan di bawah kulit untuk mengesan paras gula dalam darah anda dan menghantar maklumat ke peranti tanpa wayar. Peranti ini boleh memaklumkan kepada anda apabila gula darah anda sangat rendah atau jika ia turun terlalu cepat. Walau bagaimanapun, anda masih perlu menguji paras gula darah anda menggunakan glukometer darah walaupun anda menggunakan CGM. CGM adalah lebih mahal daripada kaedah pemantauan glukosa konvensional, tetapi ia boleh membantu anda mengawal glukosa anda dengan lebih baik
    • Minum alkohol dengan berhati-hati kerana alkohol boleh mendatangkan kesan yang tidak menentu pada gula darah anda, dan pastikan anda mengambil makanan ringan atau berat semasa anda minum, seandainya anda memilih untuk minum
    • Didiklah orang yang tersayang, sahabat dan rakan sekerja. Ajarkan mereka cara-cara mengenali tanda-tanda awal dan simptom paras gula darah yang ekstrim – dan bagaimana cara untuk menyuntik glukagon. Sekiranya diperlukan, seseorang harus memanggil bantuan kecemasan sekiranya anda pengsan
    • Pakai gelang atau kalung ID perubatan. Sekiranya anda tidak sedar, ID tersebut boleh memberikan maklumat yang berharga kepada sahabat, rakan sekerja dan orang lain – termasuklah kakitangan kecemasan

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.


    Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif · Disemak pada 06/10/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan