backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Kolitis Mikroskopik

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Bashirouh · Disemak pada 25/11/2019

Definisi

Apa itu Kolitis Mikroskopik?

Kolitis mikroskopik merupakan penyakit genetik yang berlaku apabila terdapat keradangan usus besar (kolon) dan menyebabkan cirit-birit berair berulang kali.

Terdapat dua jenis kolitis mikroskopik:

  • Kolitis berkolagen, iaitu satu lapisan  protein yang tebal (kolagen) terbentuk dalam tisu kolon bila diperhati mengunakan mikroskop;
  • Limfositik kolitis, iaitu sel darah putih (limfosit) meningkat dalam tisu kolon apabila diperhati menggunakan mikroskop.

Apakah kebarangkalian Kolitis Mikroskopik?

Lebih ramai wanita daripada lelaki yang menghidapi kolitis berkolagen; limfositik kolitis menjejaskan lelaki dan wanita sama rata. Mereka selalunya didiagnosis dalam lingkungan umur 50an atau 60an. Anda boleh minimumkan peluang mendapat hernia dengan mengurangkan faktor-faktor risiko. Sila rujuk doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kolitis Mikroskopik?

Simptom utama adalah cirit-birit kronik berair, tidak berdarah. Ia boleh terjadi secara tiba-tiba. Cirit-birit boleh berterusan atau datang dan pergi. Simptom-simptom lain termasuklah:

  • Sakit, kejang atau kembung dalam abdomen (perut).
  • Hilang berat badan.
  • Mual.
  • Ketidakupayaan fekal menyebabkan dehidrasi.

Terdapat tanda-tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda ada sebarang kebimbangan tentang satu simptom, sila rujuk doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai cirit-birit berair yang berpanjangan lebih dari beberapa hari, hubungi doktor anda supaya keadaan anda dapat dikenal pasti dan dirawat dengan betul. Setiap tubuh badan adalah berbeza. Langkah yang terbaik adalah untuk berbincang dengan doktor anda tentang apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Kolitis Mikroskopik?

Punca-punca radang kolon yang dijumpai dalam kolitis mikroskopik masih tidak jelas. Para penyelidik percaya bahawa punca-puncanya mungkin merangkumi:

  • Perubatan yang boleh menyebabkan iritasi kepada lapisan kolon.
  • Bakteria yang menghasilkan toksin yang menyebabkan iritasi kepada lapisan kolon.
  • Virus-virus yang mencetus keradangan.
  • Masalah sistem imunisasi, seperti artritis reumatoid atau penyakit seliak yang berlaku apabila sistem imunisasi badan anda menyerang tisu-tisu sihat.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kolitis Mikroskopik?

Faktor-faktor risiko kolitis mikroskopik termasuklah:

  • Umur dan jantina. Kolitis mikroskopik adalah kebiasaan bagi mereka yang dalam jangka usia 50 ke 70 dan lebih biasa bagi wanita berbanding lelaki.
  • Masalah sistem imunisasi. Mereka yang mempunyai kolitis mikroskopik kadang-kadang ada gangguan auto-imun seperti penyakit seliak, penyakit tiroid atau artritis reumatoid.
  • Merokok. Pengajian kaji selidik terkini menunjukkan hubungkait antara merokok tembakau dengan kolitis mikroskopik, terutama bagi mereka yang berusia 16 hingga 44.

Beberapa kajian penyelidikan menunjukkan bahawa menggunakan ubat tertentu boleh meningkatkan risiko kolitis mikroskopik. Namun, tidak semua kajian setuju. Ubat yang berkait dengan keadaan ini termasuklah:

  • Aspirin, asetaminofen, (® Tylenol, lain lain) dan ibuprofen (®Advil, ®Motrin IB, lain lain).
  • Inhibitor pam proton, termasuk lansoprazole.
  • Acarbose (®Precose).
  • Flutamide.
  • Ranitidine (®Zantac).
  • Inhibitor pengambilan semula serotonin terpilih, seperti sertraline (®Zoloft).
  • Carbamazepine.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Kolitis Mikroskopik didiagnosis?

Perubahan gaya hidup untuk hentikan cirit-birit selalunya dicuba dahulu. Kandungan lemak dalam diet dikurangkan, makanan yang mengandungi kafein atau laktos dielakkan, dan NSAIDS dihentikan.

Jika perubahan ini tidak mencukupi, ubat kemudian dicuba. Ubat seperti bismut sub-salisilat  (®Pepto-Bismol), loperamide (®Imodium), atau kombinasi diphenoxylate dan atropina (®Lomotil) boleh membantu cirit-birit. Agen pemukal (psilium, metilselulosa) juga boleh membantu. Ubat anti-radang, seperti mesalamine, sulfasalazine, dan steroid termasuk budesonide, mengurangkan keradangan.

Bagaimana pesakit Kolitis Mikroskopik dirawat?

Doktor boleh mengesyaki cirit-birit mikroskopik berdasarkan rekod perubatan dan ujian fizikal. Tambahan pula, ujian lain yang boleh dilakukan termasuklah:

  • Ujian darah.
  • Biopsi endoskopik.
  • Sigmoidoskopi dalaman.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kolitis Mikroskopik?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi kolitis mikroskopik:

  • Elakkan makan makanan yang bermasalah seperti lemak, kafein, dan laktos (susu gula dalam produk tenusu). Elakkan makanan pedas dan alkohol. Jauhi makanan yang menyebabkan angin dan cirit-birit: air berkarbonat, buah mentah, dan sayur-sayuran seperti kacang, kubis bunga, brokoli dan kubis.
  • Cakap dengan doktor anda untuk menggunakan ubat tahan sakit selain NSAIDS. NSAIDS akan memburukkan lagi cirit-birit.
  • Tanya doktor anda sama ada anda perlu minum cecair oral hidrasi semula (ORS). Cirit-birit teruk boleh menyebabkan dehidrasi. ORS mempunyai kandungan air, garam dan gula yang betul untuk mengganti cecair badan.
  • Makan diet yang bebas gluten. Kolitis mikroskopik akan bertindak balas terhadap diet ini.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nur Bashirouh · Disemak pada 25/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan