Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Kolik adalah keadaan yang paling menyeksakan pada bayi walaupun diberi makan dengan cukup, dan sihat. Dikatakan bahawa bayi yang mempunyai kolik sering menangis lebih dari tiga jam sehari, tiga hari seminggu selama tiga minggu atau lebih lama. Tiada apa-apa yang boleh anda lakukan untuk cuba membantu melegakan bayi anda semasa tempoh kolik berlaku.
Kolik boleh memeningkan ibu bapa dan bayi itu sendiri. Akan tetapi, jangan bimbang kerana jangka masa kolik berlaku agak singkat. Kolik akan berhenti dalam masa beberapa minggu atau bulan selepas itu. Namun, inilah salah satu daripada cabaran besar pertama anda sebagai ibu bapa.
Kolik biasanya menjadi paling teruk apabila bayi berusia sekitar 6 hingga 8 minggu dan akan hilang dengan sendiri apabila usia antara 8 dan 14 minggu.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Merengek dan menangis agak biasa untuk bayi, dan bayi yang cerewet tidak semestinya mempunyai kolik. Begitu juga dengan bayi yang sihat, dan cukup makan. Tanda-tanda kolik yang perlu anda awasi termasuklah:
Dapatkan rawatan perubatan segera jika bayi anda menangis mungkin disebabkan oleh kejatuhan, kecederaan atau penyakit.
Hubungi doktor bayi anda jika:
Anda boleh membantu doktor bayi anda dengan mencatatkan dalam diari harian apabila bayi menangis dan berapa lama ia bertahan. Juga catat corak tidur dan pemakanan bayi anda.
Sehingga kini punca kolik masih tidak diketahui dengan tepat. Sesetengah penyelidik telah menerokai beberapa teori, termasuk alergi, tidak toleransi laktosa, perubahan dalam bakteria normal yang terdapat dalam sistem penghadaman, sistem penghadaman yang belum sepenuhnya lengkap, ibu bapa yang bimbang, dan perbezaan dalam cara bayi diberi makan atau ditenangkan. Namun, masih belum jelas mengapa sesetengah bayi mempunyai kolik dan yang lain tidak.
Bayi anda mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk keadaan ini jika anda mengalami keadaan berikut:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anak anda mungkin mengalami keadaan ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan dia boleh bertanya kepada anda tentang sejarah kesihatan bayi anda, apa teknik menenangkan yang anda telah cuba, dan sama ada anda perasan sebarang simptom yang lain. Anda juga boleh ditanya tentang bagaimana tangisan memberi kesan kepada anda dan menunjukkan bagaimana cara anda memberi makan dan sendawakan bayi anda. Doktor anda mungkin mencadangkan anda mengesan masa dan berapa kerap bayi anda menangis.
Sekiranya bayi anda mempunyai sebarang simptom-simptom yang membimbangkan anda, seperti muntah atau demam, doktor anda boleh melakukan ujian makmal atau X-ray untuk mengetahui apa yang menyebabkannya.
Kolik boleh baik dengan sendiri, selalunya pada umur tiga bulan. Walau bagaimanapun, tiada rawatan yang terbukti dan rawatan tertentu yang secara konsisten boleh membantu setiap bayi. Sesetengah pilihan rawatan mungkin disyorkan termasuk:
Petua-petua berikut boleh membantu anda mengelakkan kolik:
Pegang bayi anda secara tegak yang boleh semasa penyusuan
Jika anda sedang menyusu badan, ia mungkin membantu untuk membolehkan bayi anda menyusu pada satu payudara sehingga ia hampir kosong sebelum menukar ke bahagian satu lagi. Ini membekalkan bayi anda dengan hindmilk yang diperkaya dan berlemak, berpotensi untuk lebih memuaskan daripada foremilk yang sedikit dan mendahagakan yang hadir pada awal penyusuan.
Pertimbangkan untuk mengubah diet anda, jika menyusu badan
Diet ibu menyusu badan mungkin tidak memainkan peranan dalam simptom kolik bayi. Walau bagaimanapun, dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan, mengeluarkan alergen yang berpotensi dari diet anda mungkin boleh mengesan alergi makanan yang tidak diketahui pada bayi anda. Jika anda menyusu badan, doktor bayi anda mungkin mencadangkan supaya anda cuba untuk menghindari makanan yang mungkin menyebabkan alahan, seperti tenusu, kacang tanah, kacang pokok, gandum, soya dan ikan, selama dua minggu untuk melihat apakah simptom bayi anda bertambah baik.
Tukar formula bayi
Sama seperti penyusuan susu ibu, formula bayi anda berkemungkinan tidak menyebabkan simptom-simptom mereka. Tetapi, bertukar kepada sejenis formula yang dipanggil susu formula hidrolyzate mungkin boleh membuat perbezaan jika bayi anda alah kepada susu lembu atau tidak toleransi kepada susu.
Tukar botol
Terdapat pelbagai botol dan puting yang boleh dipilih. Mencuba jenis botol atau puting susu yang berbeza boleh membantu mengurangkan sedikit daripada simptom bayi anda. Botol yang mempunyai beg yang boleh diguna semula dan dilipat mungkin boleh mengurangkan jumlah udara yang ditelan bayi anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen