Apa itu Kolesterol Ldl?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Kolesterol Ldl?

Kolesterol adalah bahan lekit-lekit yang terdapat pada lemak (lipid) di dalam badan. Meskipun kolesterol penting untuk pembentukan membran sel, vitamin D, asid hempedu hadaman, serta beberapa jenis hormon, tahap kolesterol yang tinggi mampu meningkatkan risiko penyakit jantung.

Kolesterol tidak boleh lesap dalam darah. Ia mesti diangkut melalui saluran darah oleh pembawa yang dikenali sebagai lipoprotein. Berdasarkan jenis kolesterol yang dibawa oleh lipoprotein, terdapat dua jenis kolesterol:

  • Lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) diketahui sebagai kolesterol jahat yang terkumpul di dinding arteri, menyebabkan arteri anda menjadi keras dan sempit.
  • Lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) dianggap kolesterol baik kerana ia membuangkan lebihan kolesterol LDL dalam arteri dan menyalurkannya kembali ke dalam hati.

Semakin lebih tahap kolesterol LDL dalam arteri, semakin tinggi risiko anda menghidap penyakit jantung yang disebabkan darah beku tersangkut. Tahap kolesterol tinggi berkaitan dengan risiko penyakit kardiovaskular ditingkatkan. Ia terdiri daripada serangan sakit jantung, strok, dan penyakit vaskular periferi. Tahap kolesterol tinggi juga berkaitan dengan kencing manis dan tekanan darah yang tinggi.

Apakah kebarangkalian Kolesterol Ldl?

Kolesterol LDL ini merupakan penyakit yang sering berlaku. Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit buah pinggang tanpa mengira umur. Ia boleh dikawal dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila menghubungi doktor anda untuk keterangan lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Kolesterol Ldl?

Secara umum, kolesterol LDL yang tinggi tidak mempunyai petanda atau simptom. Namun begitu, jika anda menghidap HeFH anda mungkin mengalami:

  • Tahap LDL yang sangat tinggi, sejak lahir;
  • Kumpulan lemak dibawah lapisan kulit, terutamanya dalam kawasan tendon Achilles dan tendon tangan;
  • Kumpulan lemak berwarna kuning di dalam kelopak mata;
  • Bulatan kelabu, putih, atau biru di keliling cornea;
  • Sakit dada;
  • Simptom menyerupai strok.

Kemungkinan terdapat simptom-simptom yang tidak disenaraikan. Jika mempunyai kebimbangan tentang sesuatu simpton, sila rujuk dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Tahap kolesterol yang tinggi sering tidak melibatkan simptom-simptom. Kadangkala, petanda pertama apabila anda mengalami kolesterol tinggi atau risiko penyakit jantung lain seperti serangan penyakit jantung, strok, atau serangan iskemia sementara (TIA). Sila rujuk bantuan kecemasan.

Punca

Apakah Punca Kolesterol Ldl?

  • Tabiat makanan. Pemakanan yang mengandungi lemak tepu, lemak trans, dan kolesterol berlebihan mampu menyebabkan tahap kolesterol yang tinggi.
  • Berat badan berlebihan. Berat badan berlebihan mampu meningkatkan trigliserida dan mengurangkan HDL.
  • Penyakit khusus. Terdapat beberapa jenis penyakit yang mampu meningkatkan anda kepada risiko kolesterol tinggi, termasuk penyakit seperti hipotiroidisme penyakit buah pinggang kronik, serta beberapa jenis penyakit hati.

Beberapa jenis ubat-ubatan. Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang mampu meningkatkan tahap trigliserida dan mengurangkan tahap kolesterol HDL, termasuk ubat seperti diuretik thiazide, penyekat beta, estrogen, serta kortikosteroid.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kolesterol Ldl?

Terdapat banyak faktor risiko bagi kolesterol LDL, seperti:

  • Memakan makanan yang mengandungi lemak tepu, lemak trans, serta kolesterol berlebihan.
  • Berat badan berlebihan. Memiliki indeks jisim tubuh (BMI) berangka 30 ke atas meningkatkan anda kepada risiko kolesterol tinggi.
  • Gaya hidup tidak aktif.
  • Merokok merosakkan dinding saluran darah, namun meningkatkan kadar ia mengumpul lemak. Merokok juga mengurangkan tahap HDL.
  • Seorang lelaki yang memiliki lilitan pinggang berukuran sekurang-kurangnya 102 centimeter atau seorang wanita yang memiliki lilitan pinggang berukuran sekurang-kurangnya 89 centimeter.
  • Kisah kesihatan keluarga keluarga. Sekiranya keluarga anda mempunyai tahap kolesterol tinggi, kemungkinan besar anda menghidap kolesterol tinggi, dan ia lebih sukar dirawat.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>

Bagaimana pesakit Kolesterol Ldl didiagnosis?

Kolesterol tinggi hanya dapat didiagnosis menerusi kajian darah. Kajian darah, dikenali sebagai panel lipid atau profil lipid, akan menunjukkan:

  • Jumlah kolesterol;
  • Kolesterol LDL;
  • Kolesterol HDL;
  • Trigliserida — sejenis lemak di dalam darah.

Untuk mendapatkan bacaan paling tepat, anda dinasihatkan untuk tidah makan atau minum (kecuali air) dalam jangka masa 9 ke 12 jam sebelum sampel darah diambil. Mereka yang melebihi umur 20 tahun dinasihatkan mengambil bacaan tahap kolesterol mereka sekali setiap lima tahun. Bagi kebanyakan kanak-kanak, ujian pemeriksaan kolesterol adalah untuk kanak-kanak berumur antara 9 dan 11 tahun, dan juga antara umur 17 dan 21 tahun.

Bagaimana pesakit Kolesterol Ldl dirawat?

Matlamat rawatan tidak tertakluk kepada mengurangkan bacaan kolesterol sahaja, namun juga untuk megurangkan kebarangkalian anda menghidap serangan penyakit jantung atau strok. Terdapat dua jenis rawatan, iaitu perubahan gaya hidup serta rawatan perubatan. Pilihan perubatan yang khusus atau gabungan perubatan bergantung kepada beberapa faktor, termasuk faktor risiko individu, umur, kesihatan semasa, serta kesan sampingan yang mungkin berlaku. Pilihan biasa termasuk:

  • Statin;
  • Resin mengikat asid hempedu;
  • Inhibitor penyerapan kolesterol.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kolesterol Ldl?

Memiliki diet sihat yang mengandungi:

  • Memilih lemak tak tepu yang terdapat di dalam zaitun, minyak canola, avokado, kacang badam, kacang pekan, dan walnut, dan bukan lemak tepu dan lemak trans.
  • Mengehadkan diet kolesterol. Sumber kolesterol tertumpu terdiri daripada daging organ, telur kuning, serta produk susu keseluruhan.
  • Mengikut diet garam rendah yang tertakluk kepada buah-buahan, sayuran, serta bijirin penuh.
  • Meningkatkan pengambilan serat dengan melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayuran.
  • Makan ikan yang sihat.
  • Mengurangkan kekerapan minum alkohol, tidak melebihi satu air sehari buat wanita dan satu atau dua air sehari buat lelaki.

Melaraskan tabiat sihat:

  • Menghilangkan berat berlebihan. Menghilangkan 5 hingga 10 pound dapat mengurangkan jumlah tahap kolesteral.
  • Sentiasa bersenam. Kerap bersenam dalam seminggu untuk sekurang-sekurangnya 30 minit buat beberapa hari dapat memperbaiki tahap kolesterol.
  • Tidak dibenarkan merokok. Ia merosakkan sarah darah anda dan mempercepatkan pengumpulan plak di dalam arteri anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rujukan

Tarikh Reviu April 14, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 14, 2018

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut