Apa itu Koksidioidomikosis?

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apa itu Koksidioidomikosis?

Koksidioidomikosis, juga dikenali sebagai demam valley, adalah jangkitan kulat yang disebabkan oleh kulat koksidiodes. Kulat ini ditemui di kawasan barat daya Amerika Syarikat dan sebahagian dari Mexico dan Amerika Tengah dan Selatan. Baru-baru ini juga, koksidiodes dijumpai di selatan-tengah Washington. Orang ramai boleh dijangkiti demam valley ini dengan bernafas dalam ruang udara yang mengandungi spora kulat yang halus, walaupun kebanyakan yang bernafas di kawasan spora tidak mengalami sebarang rasa sakit. Biasanya, orang yang menghidap demam valley akan baik dengan sendiri dalam tempoh beberapa minggu hingga beberapa bulan, tetapi sesetengah individu memerlukan ubat antikulat. Sesetengah individu juga berisiko tinggi untuk menjadi sangat teruk. Adalah sukar untuk mengelak dari pendedahan kepada koksidiodes di kawasan-kawasan yang biasa terdapat kulat ini, tetapi individu yang berisiko tinggi untuk dijangkiti demam valley yang teruk harus menghindari daripada bernafas dalam keadaan debu yang banyak jika mereka berada di kawasan ini.

Apakah kebarangkalian Koksidioidomikosis?

Bagi sesiapa yang tinggal atau melancong ke barat daya Amerika Syarikat (Arizona, California, Nevada, New Mexico, Texas, atau Utah), atau sebahagian Mexico atau Amerika Tengah atau Selatan boleh dijangkiti demam valley. Demam valley boleh dijangkiti pada mana-mana peringkat umur, tetapi ia lebih biasa menjangkiti pada orang dewasa berusia 60 tahun ke atas.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Koksidioidomikosis?

Orang ramai yang terdedah kepada kulat koksidioides jarang mengalami simptom. Sebahagiannya mungkin mengalami simptom seperti selesema yang biasanya akan pulih dengan sendiri dalam beberapa minggu atau bulan. Jika tanda-tanda dan simptom anda lebih daripada seminggu, sila hubungi penyelia kesihatan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Beberapa tanda dan simptom demam valley termasuk:

  • Kelesuan (keletihan)
  • Batuk
  • Demam
  • Sesak nafas
  • Sakit kepala
  • Berpeluh pada waktu malam
  • Sakit otot atau sakit sendi
  • Bintik-bintik merah pada bahagian atas badan atau kaki

Untuk kes yang jarang berlaku, spora kulat boleh memasuki kulit melalui rekahan, luka, atau pecahan dan menyebabkan jangkitan kulit.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang  disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda.

Setiap tubuh manusia bertindak secara berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca Koksidioidomikosis?

Kulat yang menyebabkan demam valley, biasanya Coccidioides immitis atau Coccidioides posadasii, membiak di tanah gurun pasir selatan Arizona, Nevada, utara Mexico dan California San Joaquin Valley. Mereka juga merupakan endemik di kawasan New Mexico, Texas, dan sebahagian Amerika Tengah dan Selatan – kawasan yang mempunyai musim separa sejuk dan musim panas yang kering.

Seperti kebanyakan kulat yang lain, spesies koksidiodes mempunyai kitaran hayat yang kompleks. Di dalam tanah, mereka tumbuh sebagai kulat yang mempunyai filamen panjang yang akan pecah menjadi spora di udara apabila tanah terganggu.

Faktor-faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Koksidioidomikosis?

Terdapat banyak faktor risiko seperti:

  • Bagi sesiapa yang tinggal atau melancong ke barat daya Amerika Syarikat (Arizona, California, Nevada, New Mexico, Texas, atau Utah), atau sebahagian Mexico atau Amerika Tengah atau Selatan boleh dijangkiti demam valley. Demam valley boleh dijangkiti pada mana-mana umur, tetapi ia lebih biasa dijangkiti pada orang dewasa berusia 60 tahun ke atas
  • Sesetengah orang yang mungkin berisiko tinggi untuk mengalami demam valley yang teruk, antaranya: Orang yang mempunyai sistem imun yang lemah, misalnya, orang yang mengidap HIV / AIDS, pernah menjalani pemindahan organ, mengambil ubat-ubatan seperti kortikosteroid atau TNF-inhibitor
  • Perempuan mengandung
  • Diabetes

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Koksidioidomikosis didiagnosis?

Sekiranya doktor anda mengesyaki bahawa anda mungkin mengalami keadaan ini, pemeriksaan fizikal akan dilakukan dan beberapa ujian akan disyorkan. Cara yang paling biasa dilakukan oleh penyelia kesihatan untuk merawat demam valley adalah dengan mengambil sampel darah dan menghantarnya ke makmal untuk mencari antibodi atau antigen coccidioides.

Penyelia kesihatan akan melakukan ujian imbasan seperti X-ray dada atau imbasan CT pada paru-paru anda untuk mencari pneumonia demam valley. Mereka juga akan melakukan biopsi tisu, di mana sampel kecil tisu diambil dari badan dan diperiksa di bawah mikroskop. Ujikaji makmal juga boleh melihat jika Coccidioides akan tumbuh dari cecair badan atau tisu.

Bagaimana pesakit Koksidioidomikosis dirawat?

Bagi kebanyakan individu, simptom demam valley akan pulih dalam masa beberapa bulan tanpa sebarang rawatan. Penyelia kesihatan akan memberikan ubat antikulat untuk sesetengah orang bagi mengurangkan simptom atau mencegah jangkitan sebelum menjadi semakin teruk. Ubat antifungal biasanya diberikan kepada orang yang berisiko tinggi untuk mengalami demam valley yang teruk. Rawatan ini biasanya mengambil masa tiga hingga enam bulan ubat flukonazole atau menggunakan ubat antikulat yang lain. Penyelia kesihatan yang mendiagnosis anda dengan demam valley mungkin menyarankan anda untuk berjumpa dengan penyelia kesihatan lain yang pakar dalam merawat demam valley.

Individu yang mempunyai jangkitan paru-paru atau jangkitan yang merebak ke bahagian lain sentiasa memerlukan rawatan antikulat dan mungkin perlu tinggal di hospital. Bagi jenis jangkitan ini, rawatan biasanya mengambil masa lebih dari enam bulan. Demam valley yang cenderung terjadinya meningitis adalah sangat bahaya jika tidak dirawat, jadi rawatan antikulat diperlukan sepanjang hayat bagi kes-kes tersebut.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Koksidioidomikosis?

Sekiranya anda tinggal atau melawat kawasan di mana kadar demam valley adalah sangat tinggi, sila ambil langkah berjaga-jaga, terutamanya semasa musim panas kerana peluang untuk jangkitan ini untuk merebak adalah tinggi. Pertimbangkan untuk memakai topeng, tidak keluar rumah semasa ribut debu, basahkan tanah sebelum menggali, dan tutup pintu dan tingkap dengan rapat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Mei 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Rujukan