backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Jom Kita Belajar Tentang Apa Itu Kitaran Haid, Simptom, Punca & Rawatannya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 14/02/2023

Jom Kita Belajar Tentang Apa Itu Kitaran Haid, Simptom, Punca & Rawatannya!

 Tempoh kitaran haid atau datang bulan ialah satu masa dalam setiap bulan di mana salah satu ovari mengeluarkan telur lalu terjadinya ovulasi. Haid akan menyebabkan pendarahan berlaku melalui faraj.

Kebiasaannya haid terjadi dalam 3 hingga 5 hari dan ia berbeza bagi setiap wanita.  Kitaran haid menghasilkan bahan kimia badan yang penting dipanggil hormon, bagi memastikan anda sihat.

Hormon ini juga menyediakan badan anda untuk hamil setiap bulan.

Kenaikan dan penurunan paras hormon sepanjang bulan mengawal kitaran haid.

Haid anda mungkin tidak berlaku pada hari yang sama setiap bulan kerana kitaran dikira dari hari pertama kitaran haid sebelum ini berlaku sehingga hari pertama haid berlaku selepas itu.

Anggaran tempoh kitaran haid ialah 28 hari.

Kitaran boleh terjadi antara 21 hingga 35 hari bagi dewasa dan dari 21 hingga 45 hari bagi remaja muda.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom ketika tempoh kitaran haid?

tempoh kitaran haid

Simptom-simptom biasa kitaran haid ialah:

  • Kejang pada bahagian bawah abdomen;
  • Sakit belakang;
  • Perubahan selera atau mengidam makanan;
  • Payudara bengkak dan sakit;
  • Sakit kepala;
  • Letih;
  • Masalah untuk tidur;
  • Sakit sendi atau otot;
  • Tertekan, iritasi, perubahan mood, atau menangis;
  • Cirit birit.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus berjumpa doktor jika anda mempunyai sebarang masalah berikut:

  • Kurang tempoh haid – Amenorea, berlaku pada wanita muda yang tidak pernah haid walaupun sudah berumur 15 tahun atau tidak datang haid lebih dari 90 hari.  
  • Kejang yang teruk – Pendarahan tidak normal pada rahim seperti pendarahan antara tempoh haid atau selepas melakukan hubungan kelamin, bila-bila masa dalam kitaran haid atau mengalami tompokan lebih daripada 7 hari.

Punca

Mengapa wanita mempunyai tempoh kitaran haid tersendiri?

Kitaran haid adalah keadaan kesihatan yang normal terjadi pada setiap wanita disebabkan oleh kesan hormon.

Ketika separuh kitaran datang bulan pertama, paras estrogen (hormon wanita) mula meningkat.

Estrogen memainkan peranan penting dalam memastikan anda sihat, terutamanya membantu anda membina tulang yang kuat dan mengekalkan kekuatan tulang apabila anda semakin tua.

Estrogen juga membuat lapisan uterus (rahim) membesar dan menebal.

Lapisan rahim ini berfungsi membekalkan nutrien kepada embrio jika kehamilan berlaku.

Pada masa yang sama, lapisan rahim sedang membesar, satu telur atau ovum, dalam salah satu ovari, mula untuk matang.

Pada hari ke-14 dalam purata kitaran 28 hari, telur akan keluar daripada ovari.

Perkara ini dipanggil ovulasi. Anda boleh menganggar masa ovulasi menggunakan kalkulator kami di bawah:

Selepas telur keluar daripada ovari, ia bergerak melalui tiub fallopion ke uterus.

Paras hormon meningkat dan membantu menyediakan lapisan uterus untuk kehamilan.

Wanita berpotensi tinggi untuk hamil ketika 3 hari sebelum atau pada hari ovulasi.

Haruslah diingatkan, wanita dengan kitaran yang lebih pendek atau panjang daripada purata mungkin mengalami ovulasi sebelum atau selepas hari ke-14.

Seorang wanita akan hamil jika telur disenyawakan oleh sel sperma lelaki dan melekat pada dinding rahim.

Jika telur tidak disenyawakan, ia akan pecah.

Kemudian, paras hormon jatuh dan lapisan uterus yang tebal akan tertanggal keluar ketika tempoh haid.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada masalah kitaran haid?

datang bulan

Keadaan kesihatan ini adalah wajib dan diperlukan sebagai tanda bahawa bahagian penting dalam tubuh anda berfungsi dengan normal.

Terdapat banyak faktor risiko untuk tempoh kitaran haid tidak teratur seperti:

  • Stress, sakit.
  • Selalunya melibatkan wanita yang berada di fasa reproduktif. Estrogen yang rendah boleh menyebabkan haid lewat atau tidak teratur.
  • Ubat seperti pil perancang.
  • Perubahan cara hidup – senaman keterlaluan, gangguan pemakanan, hilang berat badan secara melampau atau senaman berlebihan.
  • Hamil atau menyusu badan. Haid lewat boleh menjadi tanda awal hamil.
  • Sindrom polisistik ovari (PCOS). Wanita dengan gangguan sistem endokrin yang biasa berlaku ini mungkin akan mengalami haid tidak teratur serta ovari yang besar mengandungi simpanan kecil cecair – dipanggil folikel – pada setiap ovari dan dilihat ketika ujian ultrasound.
  • Kegagalan ovari pramatang. Kegagalan ovari pramatang merujuk kepada kehilangan fungsi normal ovari sebelum umur 40 tahun. Wanita yang mengalami kegagalan ovari pramatang – juga dikenali sebagai insufisiensi ovari utama – mungkin mempunyai haid tidak teratur atau jarang berlaku selama bertahun-tahun.
  • Penyakit radang pelvik. Ini ialah jangkitan pada organ reproduktif menyebabkan pendarahan haid tidak menentu.
  • Fibroid uterus. Fibroid uterus adalah ketumbuhan bukan kanser pada rahim. Ia boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak serta tempoh haid yang lebih lama.

Baca juga:

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit datang bulan didiagnosis?

Doktor anda akan melakukan pemeriksaan fizikal terlebih dahulu untuk memastikan sama ada ia normal atau tidak.

Jika tempoh kitaran haid anda tidak normal, ujian seterusnya akan dibuat seperti pemeriksaan pelvik, ujian darah, biopsi endometrium, histeroskopi, and ultrasound.

Bagaimana pesakit datang bulan dirawat?

Tiada rawatan diperlukan untuk keadaan normal sebegini.

Jika anda mengalami kekejangan ketika haid, ambil aspirin atau ubat tahan sakit yang lain seperti acetaminophen, ibuprofen atau naproxen untuk mengurangkan kesakitan ketika datang bulan.

Perubahan gaya hidup

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan ketika tempoh kitaran haid?

tempoh kitaran haid

Gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi masalah ketika tempoh kitaran haid berlangsung:

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 14/02/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan