backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Ketumbuhan

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 28/11/2019

Definisi

Apa itu Ketumbuhan?

Ketumbuhan juga dikenali sebagai neoplasm ialah istilah tidak spesifik tetapi biasa digunakan untuk menggambarkan sekumpulan tisu tidak normal, dalam bentuk pepejal ataupun cecair. Ia boleh dikelaskan sebagai pembesaran benign/tidak berbahaya (biasanya boleh sembuh) atau pra-berkembang/berisiko (pre-cancerous) atau menular menjadi barah (cancerous).

Terdapat pelbagai jenis ketumbuhan. Ketumbuhan-ketumbuhan ini dinamakan berdasarkan kepada bentuk mereka dan juga jenis tisu yang wujud.

Apakah kebarangkalian Ketumbuhan?

Ketumbuhan ini lazim berlaku kerana berjuta individu didiagnos dengan pelbagai jenis ketumbuhan setiap tahun. Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Ketumbuhan?

Terdapat beberapa simptom yang lazim untuk ketumbuhan:

  • Sakit kepala;
  • Sawan;
  • Hilang deria (sentuhan) dan motor (mengawal pergerakan);
  • Deep venous thrombosis (DVT atau darah beku);
  • Hilang deria pendengaran;
  • Hilang deria penglihatan;
  • Lesu;
  • Kemurungan;
  • Perubahan perilaku dan kognitif (cara berfikir);
  • Masalah endokrin (perubahan hormon/kelenjar)

Simptom-simptom ini mungkin beriringan dengan jenis, saiz atau lokasi ketumbuhan tersebut serta rawatan yang digunakan untuk merawatnya. Pembedahan, radiasi, kimoterapi dan rawatan lain kesemuanya mempunyai potensi untuk menghasilkan simptom baru kerana ia berfungsi untuk mengurangkan kesan daripada ketumbuhan tersebut.

Terdapat beberapa simptom yang tidak dinyatakan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom yang anda alami.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom seperti yang disenaraikan di atas atau sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap individu memberi tindak balas berbeza. Berbincang dengan doktor tentang rawatan untuk anda adalah pilihan yang terbaik.

Punca

Apakah Punca Ketumbuhan?

Secara amnya, ketumbuhan terjadi sebagai hasil daripada pertumbuhan tisu tidak normal. Secara normalnya, badan mampu menyeimbangkan antara pertumbuhan sel dan pembahagiannya. Sel lama dan sel yang rosak telah diatur untuk mati. Kemajuan ini dipanggil sebagai apoptosis. Kemudian, sel baru dan sihat muncul untuk menggantikan sel mati. Ketumbuhan berlaku apabila terlalu sedikit proses apoptosis yang berlaku, menyebabkan sel lama ini tidak mati dan sel baru tumbuh secara berterusan.

Sel kanser membesar dalam keadaan yang sama tetapi bukan seperti sel dalam ketumbuhan benign, sel kanser boleh menyerobohi tisu berhampiran dan merebak kebahagian lain dalam badan. Ini dipanggil sebagai metastasis.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Ketumbuhan?

Terdapat pelbagai faktor risiko untuk mendapat ketumbuhan, antaranya ialah:

Faktor Risiko Persekitaran

Terdedah kepada radiasi ion jelas menunjukkan peningkatan risiko ketumbuhan otak. Disamping itu, sejarah alahan sebagai seorang dewasa, ibu yang makan buah-buahan dan sayur-sayuran semasa hamil, makan buah dan sayur semasa kanak-kanak, dan mendapat penyakit cacar air semasa kanak-kanak mempunyai potensi untuk mengurangkan risiko mendapat ketumbuhan otak.

Faktor Risiko Keturunan

Kebanyakan faktor risiko keturunan tidak diwarisi ketika lahir tetapi ia sebenarnya terbina seiring usia kita. Tidak aktif atau tidak berfungsi dengan baik boleh mengubah cara sel tersebut membesar, dan kemudiannya menyebabkan perkembangan menjadi ketumbuhan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Ketumbuhan didiagnosis?

Sesetengah ujian dijalankan untuk mendiagnos ketumbuhan pada awalnya dan kemudian digunakan untuk melihat perkembangannya sama ada ia hilang, mengecut atau kekal sama atau berubah dalam beberapa perkara. Seperti keadaan perubatan yang lain, pemeriksaan berkala untuk ketumbuhan otak perlu diteruskan untuk beberapa tahun ataupun seumur hidup pesakit.

  • Pemeriksaan neurologi;
  • Beberapa imbasan otak;
  • X-ray;
  • Ujian makmal;
  • DNA Profilling;
  • Prosedur biopsi;
  • Ketumbuhan otak jenis benign dan malignant
  • Tahap ketumbuhan.

Bagaimana pesakit Ketumbuhan dirawat?

Doktor mungkin menunjukkan beberapa jenis rawatan yang diperlukan mengikut lokasi dan jenis ketumbuhan. Ketumbuhan benign kadang kala boleh dihiraukan atau saiznya boleh berkurang (debulked) atau dibuang keseluruhannya melalui pembedahan. Untuk ketumbuhan kanser, pilihan yang ada merangkumi kimoterapi, terapi imuniti, radiasi dan pembedahan.

Kimoterapi ialah penggunaan ubat-ubatan untuk memusnahkan sel-sel kanser. Terdapat pelbagai jenis ubat kanser yang perlu dipreskrip oleh pakar kanser medikal (medical oncologist), iaitu doktor yang mempunyai kepakaran dalam merawat kanser menggunakan ubat-ubatan,

Targeted therapy ialah rawatan terbaru ketumbuhan yang menggunkan ubat-ubatan atau bahan lain yang direka untuk membunuh sel ketumbuhan dengan tepat, sementara membahayakan sel normal secara minimum.

Immunotherapy ialah rawatan yang menggunakan beberapa bahagian dalam sistem imuniti manusia untuk melawan sel ketumbuhan.

Terapi radiasi ialah penggunaan x-ray berkuasa tinggi atau partikel lain atau gelombang untuk memusnahkan sel kanser. Regimen terapi radiasi (dijadualkan) biasanya meliputi beberapa rawatan secara spesifik yang diberikan dalam satu tempoh masa. Ia juga boleh digunakan bersama rawatan lain.

Pembedahan ialah pembuangan ketumbuhan dan sebahagian tisu sihat disekelilingnya dengan harapan ia menghapuskan keseluruhan batasan negatif semasa pembedahan.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Ketumbuhan?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda menangani ketumbuhan:

  • Dapatkan rehat secukupnya.
  • Bersenam. Aktiviti fizikal akan menggalakkan kekuatan dan juga sistem imuniti anda. Beberapa aktiviti yang perlu anda cuba termasuklah kerap bersenam, berlari, berenang dan sebagainya.
  • Makan makanan seimbang. Ia adalah penting untuk anda mengikut diet sihat untuk mengekalkan kesihatan anda. Beberapa kajian kecil menyatakan bahawa diet rendah lemak tepu tetapi tinggi fatty acid omega-3, seperti buah zaitun dan minyak ikan, mungkin bermanfaat. Tetapi kajian lanjut perlu dijalankan.
  • Redakan tekanan. Adalah penting untuk menghapuskan tekanan kerana ia menjadikan simptom semakin teruk. Yoga, tai chi, urutan, meditasi atau bernafas dalam adalah beberapa cara yang berkesan yang boleh membantu anda.

Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan untuk memahami penyelesaian tebaik untuk anda

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 28/11/2019

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan