Ketumbuhan jantung adalah keadaan yang jarang berlaku, tetapi berisiko untuk terjadi kepada sesiapa. Ayuh fahami gejala tumor jantung serta cara merawatnya dalam perkongsian artikel ini.
Ketumbuhan jantung adalah keadaan yang jarang berlaku, tetapi berisiko untuk terjadi kepada sesiapa. Ayuh fahami gejala tumor jantung serta cara merawatnya dalam perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kanser sila dapatkannya di sini.
Ketumbuhan jantung adalah pertumbuhan tidak normal pada jantung atau injap jantung. Terdapat banyak jenis ketumbuhan jantung. Tetapi, ketumbuhan jantung secara amnya adalah jarang berlaku.
Ketumbuhan tersebut boleh jadi kanser (malignant) atau bukan kanser (benign). Ketumbuhan yang mula tumbuh di dalam jantung dan kekal di situ dipanggil ketumbuhan primer. Ketumbuhan yang bermula dibahagian badan yang lain dan berpindah ke jantung (metastasis) dipanggil sebagai ketumbuhan sekunder.
Kebanyakan ketumbuhan jantung adalah benign. Tetapi, walaupun ketumbuhan tersebut benign, ia boleh menyebabkan masalah kerana saiz dan lokasinya.
Kadang kala, bahagian kecil ketumbuhan yang jatuh ke dalam saluran darah dan dibawa ke[ada saluran darah jauh dan berada di dalam laluan peredaran darah ke organ vital/utama (embolism).
Ketumbuhan jantung adalah sangat lazim berlaku. Ia biasanya terjadi kepada wanita berbanding lelaki. Ia boleh menjejaskan semua peringkat usia. Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Kebanyakannya, pesakit tidak mengetahui mereka menghidap ketumbuhan jantung. Ia biasa dijumpai apabila pesakit melakukan echokardiogram untuk tujuan lain.
Jika ketumbuhan menjadi keras akibat deposit kalsium (calcified), ia mungkin dapat dilihat pada X-ray dada. Kebanyakan ketumbuhan jantung primer dikesan apabila pesakit berusia 50 ke 60 tahun. Tetapi, ia juga boleh dikesan pada pesakit yang lebih muda.
Pesakit yang mempunyai myxoma jantung dalam atrium kiri mungkin mempunyai simptom. Hal ini kerana ia menghalang peredaran darah melalui injap mitral.
Aliran darah mungkin terhalang sepanjang masa, atau hanya apabila pesakit berada pada posisi tertentu (seperti berbaring).
Sementara banyak pesakit tidak mempunyai simptom jika aliran darah terhalang dan tekanan meningkat dalam atrium kiri, ia boleh menyebabkan kesukaran bernafas, pening kepala atau batuk. Keradangan ini mungkin menyebabkan demam dan pesakit mungkin mengalami sakit sendi atau berasa kurang sihat.
Terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Sila berunding dengan doktor sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan berkaitan simptom yang anda alami.
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas, atau sebarang persoalan, sila berunding dengan doktor anda.
Setiap individu memberi tindak balas berbeza. Berbincang dengan doktor tentang rawatan anda adalah pilihan yang terbaik.
Peratusan kecil pesakit ketumbuhan jantung mempunyai sejarah keluarga dengan keadaan ini. Kadang-kadang, ketumbuhan ini merupakan sebahagian daripada keadaan kesihatan yang lain, seperti sindrom NAME, sindrom LAME atau sindrom carney.
Kebiasaannya, ketumbuhan membesar tanpa mempunyai sejarah keluarga dengan keadaan ini. Ia adalah kesan daripada pertumbuhan berlebihan sel sama ada bermula dari dalam jantung atau ia berpindah ke jantung.
Ketumbuhan jantung cenderung untuk dihidapi dalam keluarga dan kemungkinan menjadi sebahagian daripada keturunan.
Menghidap ketumbuhan malignant/kanser pada bahagian badan yang lain yang merebak ke jantung – terutamanya melanoma, kanser payudara atau paru-paru- boleh meningkatkan risiko untuk mendapat ketumbuhan pada jantung.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Jika doktor mengesyaki anda menghidap ketumbuhan jantung, diagnosis boleh dipastikan dengan menggunakan echokardiogram, imbasan CT, pengimejan resonans magnetik (MRI) atau pengimejan radionuclide.
Kerana ketumbuhan jantung ini menyebabkan masalah pada peredaran darah, pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut biasanya dilakukan sebagai pilihan rawatan. Tetapi, keperluan pembedahan adalah bergantung kepada saiz ketumbuhan, sama ada ia menyebabkan simptom, dan kesihatan keseluruhan pesakit.
Pembuangan memerlukan pembedahan terbuka jantung. Tetapi, dalam kebanyakan kes, pembedahan dilakukan secara robotik atau menggunakan teknik invasif minimum. Semasa pembedahan, pakar bedah akan membuang ketumbuhan dan tisu sekitar untuk mengurangkan risiko ketumbuhan berlaku semula.
Kerana pembedahan ini agak rumit dan memerlukan jantung untuk terus berfungsi, mesin jantung-paru-paru digunakan untuk mengambil alih kerja jantung dan paru-paru anda semasa pembedahan dijalankan.
Pemulihan selepas pembedahan tradisional biasanya mengambil masa selama 4 ke 5 hari di hospital, dan 6 minggu secara jumlah keseluruhan pemulihan.
Jika ketumbuhan dibuang secara robotik atau pendekatan invasif minimum, waktu anda duduk di hospital semakin singkat dan anda boleh sembuh sepenuhnya dalam masa 2 ke 3 minggu.
Selepas pembedahan, anda perlu melakukan echokardiogram setiap tahun untuk memastikan ketumbuhan tidak terjadi semula dan tiada ketumbuhan baru.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut dapat membantu anda menangani ketumbuhan jantung:
Baca juga:
https://wp.hellodoktor.com/kanser/kanser-lain/penjagaan-pemakanan-semasa-rawatan-kanser/
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen