Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ketumbuhan benigna kelenjar tiroid adalah ketumbuhan pepejal atau berisi cecair yang terbentuk pada tiroid anda, kelenjar kecil yang terletak di pangkal leher anda dan di atas tulang dada anda.
Kebanyakan ketumbuhan tiroid adalah benigna tetapi 5% adalah malignan dan penting untuk membezakan kumpulan minoriti ini. Ketumbuhan benigna kelenjar tiroid termasuk adenoma tiroid, thyroiditis, sista tiroid dan nodul hiperplastik
Sekitar 40% daripada golongan dewasa mempunyai satu ketumbuhan atau banyak. Kebiasaan berlaku pada wanita. 8-65% pesakit secara klinikalnya kelenjar tiroidnya normal mempunyai satu atau lebih nodul yang sangat ketara, manakala peratusan untuk menjadi maligna adalah 2-4%. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat dengan lanjut.
Kebanyakan ketumbuhan kelenjar tiroid tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda atau gejala. Walau bagaimanapun beberapa nodul akan terbentuk menjadi besar sehingga mereka dapat:
Dalam beberapa kes, ketumbuhan benigna akan menghasilkan tiroksin tambahan, hormon yang dirembes oleh kelenjar tiroid anda. Tiroksin tambahan boleh menyebabkan gejala hipertiroid seperti:
Beberapa ketumbuhan tiroid adalah kanser (malignan), tetapi ingin menentukan jenis maligna tidak boleh dilakukan hanya meniliti simptom sahaja. Kebanyakan ketumbuhan tiroid kanser terbentuk dengan perlahan dan mungkin kecil apabila mereka ditemui. Kanser tiroid yang agresif adalah jarang berlaku, tetapi ketumbuhan ini mungkin besar, keras, tetap dan terbentuk dengan laju.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.
Anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami :
Walaupun kebanyakan ketumbuhan tiroid bukan kanser (benigna) dan tidak menyebabkan masalah, sila berjumpa doktor anda untuk menilai sebarang bengkak yang terjadi di leher, terutamanya jika anda mengalami masalah untuk bernafas atau menelan. Perkara ini penting untuk menilai sebarang kemungkinan kanser.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Dalam menilai ketumbuhan benigna kelenjar tiroid, salah satu matlamat utama doktor anda adalah untuk menolak kemungkinan kanser. Tetapi doktor anda juga ingin tahu sama ada tiroid anda berfungsi dengan baik ataupun tidak. Ujian termasuk:
Nilai nodul tiroid seperti berikut:
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen