Fakta Disemak oleh Nurul Halifah
Ketuat adalah benjolan di kulit yang timbul disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV).
Virus ini menyebabkan pelbagai jenis ketuat, berbeza mengikut bahagian badan.
Ketuat biasa berlaku pada tangan, lengan dan kaki. Ketuat biasa selalunya berbentuk seperti kubis bunga kecil dan kasar.
Ketuat periungual berlaku di sekeliling kuku jari. Selain itu, ketuat leper, berlaku pada bahagian muka, lutut dan siku kanak-kanak dan wanita muda, ianya sedikit timbul pada permukaan kulit dan berwarna seperti isi daging.
Ketuat genital pula berlaku pada bahagian genital dan rektum, sering kali tersebar melalui hubungan kelamin.
Ketuat plantar terjadi di bawah tapak kaki yang selalu berkaki ayam manakala ketuat filiform pula bersaiz kecil seperti keratan rambut.
Kebanyakkan benjolan di kulit ini membuatkan rasa kurang selesa pada kulit anda.
Kadangkala ketuat boleh berdarah jika ia berlaku pada bahagian muka dan kepala.
Ketuat plantar boleh menyebabkan sakit dan nyeri apabila kaki anda memijak lantai.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom lain yang tidak disenaraikan di atas.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sesuatu simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Anda harus hubungi doktor anda jika anda mengalami tanda-tanda berikut:
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom seperti di atas atau ada sebarang masalah, sila berunding dengan doktor anda.
Setiap tubuh bertindak secara berbeza. Lebih baik anda berbincang dengan doktor anda mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.
Benjolan di kulit ini boleh berjangkit dari satu individu kepada individu yang lain.
Garu atau mengorek ketuat juga boleh menyebabkan jangkitan merebak.
Kulit yang lembab akibat direndam, terluka atau calar lebih mudah dijangkiti ketuat.
Beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko ketuat, antaranya:
Tidak mempunyai faktor risiko tidak bermakna anda bebas daripada ketuat.
Faktor-faktor ini hanyalah sebagai rujukan. Anda harus berjumpa doktor untuk maklumat lanjut.
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Doktor akan mendiagnosis ketuat dengan memeriksa kulit anda.
Jika diagnosis kurang jelas, doktor akan memotong sebahagian kecil daripada ketuat (biopsi) untuk dikaji dengan mikroskop.
Rawatan boleh dilakukan tetapi tidak semestinya berkesan.
Selain itu, rawatan juga boleh menyebabkan komplikasi seperti sakit, jangkitan kuman dan parut.
Jika ketuat anda tidak sakit, anda tidak memerlukan rawatan.
Anda harus memastikan ketuat ditutup ketika menggunakan kolam mandi awam, bilik lokar, atau bilik mandi untuk mengelakkan virus daripada merebak.
Rawatan bergantung pada kawasan ketuat anda. Ketuat biasa pada lengan, tangan dan kaki boleh dirawat dengan larutan asid salislik, di mana perlu disapu pada ketuat setiap malam dan pagi selepas kulit mati dikopek keluar.
Ketuat plantar boleh dirawat dengan plaster asid salislik 40% manakala ketuat leper sering dirawat dengan pengupasan kulit menggunakan krim tretinoin atau 5-flurouracil.
Ketuat genital pula memerlukan kedua pasangan berjumpa doktor. Rawatan yang diberikan selalunya menggunakan agen pelepuh.
Jika rawatan tersebut tidak berkesan, doktor anda mungkin akan beri ubat yang lebih kuat seperti krim imiquimod atau asid trichloroacetic.
Rawatan lain termasuklah penyejukbekuan, menyuntik benjolan di kulit akibat ketuat dengan ubat yang merangsang sistem imun (melawan jangkitan), membuangnya melalui pembedahan, dan membakar ketuat dengan laser atau elektrik.
Berikut merupakan perubahan cara hidup dan kaedah rawatan sampingan yang boleh membantu anda mengatasi benjolan di kulit ini:
Selain itu, bagi mengelakkan benjolan di kulit yang dipicu ketuat, anda haruslah:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Nurul Halifah
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen