backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Ketuat

Fakta Disemak oleh Nurul Halifah


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 24/07/2021

Ketuat

Definisi

Apa itu ketuat?

Ketuat adalah benjolan di kulit yang timbul disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV).

Virus ini menyebabkan pelbagai jenis ketuat, berbeza mengikut bahagian badan.

Ketuat biasa berlaku pada tangan, lengan dan kaki. Ketuat biasa selalunya berbentuk seperti kubis bunga kecil dan kasar.

Ketuat periungual berlaku di sekeliling kuku jari. Selain itu, ketuat leper, berlaku pada bahagian muka, lutut dan siku kanak-kanak dan wanita muda, ianya sedikit timbul pada permukaan kulit dan berwarna seperti isi daging.

Ketuat genital pula berlaku pada bahagian genital dan rektum, sering kali tersebar melalui hubungan kelamin.

Ketuat plantar terjadi di bawah tapak kaki yang selalu berkaki ayam manakala ketuat filiform pula bersaiz kecil seperti keratan rambut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom ketuat?

benjolan di kulit

Kebanyakkan benjolan di kulit ini membuatkan rasa kurang selesa pada kulit anda.

Kadangkala ketuat boleh berdarah jika ia berlaku pada bahagian muka dan kepala.

Ketuat plantar boleh menyebabkan sakit dan nyeri apabila kaki anda memijak lantai.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom lain yang tidak disenaraikan di atas.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang sesuatu simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus hubungi doktor anda jika anda mengalami tanda-tanda berikut:

  • Anda tidak pasti sama ada ketumbuhahan pada kulit anda adalah ketuat atau tidak. Jika anda berumur 60 tahun ke atas dan tidak pernah mempunyai ketuat, anda harus berjumpa doktor untuk memeriksa sama ada kondisi kesihatan anda merupakan kanser kulit atau tidak.
  • Rawatan di rumah menggunakan ubat bukan prekripsi tidak berkesan selepas 2 hingga 3 bulan.
  • Ketuat semakin membesar dan merebak walaupun anda dalam fasa rawatan.
  • Tanda-tanda jangkitan bakteria kelihatan seperti sakit, bengkak, kemerahan, jerawat bernanah, atau demam. Jika ketuat membuat kaki anda berasa sakit, elakkan daripada bergerak.
  • Anda menghidapi diabetes atau penyakit periferal arteri dan mempunyai ketuat pada kaki.
  • Anda mempunyai ketuat pada bahagian genital atau anal.

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom seperti di atas atau ada sebarang masalah, sila berunding dengan doktor anda.

Setiap tubuh bertindak secara berbeza. Lebih baik anda berbincang dengan doktor anda mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah punca ketuat?

Benjolan di kulit ini boleh berjangkit dari satu individu kepada individu yang lain.

Garu atau mengorek ketuat juga boleh menyebabkan jangkitan merebak.

Kulit yang lembab akibat direndam, terluka atau calar lebih mudah dijangkiti ketuat.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada benjolan di kulit ini?

Beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko ketuat, antaranya:

  • Umur: kanak-kanak dan remaja
  • Individu yang mempunyai sistem imun lemah, seperti penghidap HIV/AIDS atau penerima organ pindah.
  • Jalan berkaki ayam di atas permukaan yang basah seperti bilik mandi dan bilik persalinan awam atau kawasan kolam mandi.
  • Berkongsi tuala, pisau cukur, dan barangan peribadi lain bersama orang yang mempunyai ketuat.
  • Gigit kuku jari atau kutikel.
  • Pemakaian kasut ketat menyebabkan kaki berpeluh.

Tidak mempunyai faktor risiko tidak bermakna anda bebas daripada ketuat.

Faktor-faktor ini hanyalah sebagai rujukan. Anda harus berjumpa doktor untuk maklumat lanjut.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit ketuat didiagnosis?

Doktor akan mendiagnosis ketuat dengan memeriksa kulit anda.

Jika diagnosis kurang jelas, doktor akan memotong sebahagian kecil daripada ketuat (biopsi) untuk dikaji dengan mikroskop.

Bagaimana benjolan di kulit akibat ketuat dirawat?

benjolan di kulit

Rawatan boleh dilakukan tetapi tidak semestinya berkesan.

Selain itu, rawatan juga boleh menyebabkan komplikasi seperti sakit, jangkitan kuman dan parut.

Jika ketuat anda tidak sakit, anda tidak memerlukan rawatan.

Anda harus memastikan ketuat ditutup ketika menggunakan kolam mandi awam, bilik lokar, atau bilik mandi untuk mengelakkan virus daripada merebak.

Rawatan bergantung pada kawasan ketuat anda. Ketuat biasa pada lengan, tangan dan kaki boleh dirawat dengan larutan asid salislik, di mana perlu disapu pada ketuat setiap malam dan pagi selepas kulit mati dikopek keluar.

Ketuat plantar boleh dirawat dengan plaster asid salislik 40% manakala ketuat leper sering dirawat dengan pengupasan kulit menggunakan krim tretinoin atau 5-flurouracil.

Ketuat genital pula memerlukan kedua pasangan berjumpa doktor. Rawatan yang diberikan selalunya menggunakan agen pelepuh.

Jika rawatan tersebut tidak berkesan, doktor anda mungkin akan beri ubat yang lebih kuat seperti krim imiquimod atau asid trichloroacetic.

Rawatan lain termasuklah penyejukbekuan, menyuntik benjolan di kulit akibat ketuat dengan ubat yang merangsang sistem imun (melawan jangkitan), membuangnya melalui pembedahan, dan membakar ketuat dengan laser atau elektrik.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Ketuat?

Berikut merupakan perubahan cara hidup dan kaedah rawatan sampingan yang boleh membantu anda mengatasi benjolan di kulit ini:

  • Basuh tangan anda selepas menyentuh ketuat bagi mengelakkan daripada merebak.
  • Hubungi doktor anda jika ketuat anda tidak dapat dirawat dengan larutan asid salislik yang dibeli tanpa prekripsi.
  • Hubungi doktor anda jika ketuat anda tiada perubahan selepas dirawat beberapa minggu.

Selain itu, bagi mengelakkan benjolan di kulit yang dipicu ketuat, anda haruslah:

  • Jangan gigit kuku jari anda. Ketuat mudah berlaku pada kulit yang cedera. Mengerit kulit di sekitar kuku jari anda akan membuka pintu kepada virus.
  • Jangan cabut ketuat anda. Mencabut ketuat boleh membuat virus merebak.
  • Penjagaan kulit. Bagi mengelakkan virus merebak, jangan berus, potong atau cukur di kawasan ketuat. Jika perlu, gunakan pencukur elektrik.
  • Jangan kongsi barangan peribadi. Virus boleh merebak dari barangan peribadi individu yang mempunyai ketuat.
  • Elakkan sentuhan langsung dengan ketuat. Ini termasuk ketuat anda sendiri.
  • Basuh tangan anda selepas menyentuh ketuat atau permukaan seperti peralatan senaman yang dikongsi.
  • Pastikan kaki anda bersih dan kering. Tukar kasut dan stokin anda setiap hari.
  • Pakai kasut atau selipar di kawasan yang terdedah kepada virus penyebab ketuat seperti kolam mandi atau bilik mandi di gim.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Fakta Disemak oleh

Nurul Halifah


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 24/07/2021

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan