Apa itu Ketuat kelamin?

Oleh

enEnglish

Definisi

Apa itu Ketuat kelamin?

Ketuat kelamin ialah keadaan dimana anda mempunyai ketuat di bahagian sulit anda. Ia mungkin seperti benjolan kecil berwarna daging atau berbentuk seperti kubis bunga. Dalam banyak kes, ketuat tersebut terlalu kecil untuk dilihat. Ketuat kelamin ialah antara jenis penyakit kelamin (sexually transmitted disease, STD) yang paling kerap berlaku disebabkan oleh virus papiloma manusia (human papilloma virus, HPV). Virus ini boleh menyebabkan ketuat kelamin dan kanser serviks bagi perempuan.

Apakah kebarangkalian Ketuat kelamin?

Penyakit ini kerap berlaku. Perempuan lebih berkemungkinan menghidapi penyakit ini berbanding lelaki. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Ketuat kelamin?

Tanda-tanda dan simptom-simptom ketuat kelamin yang kerap ialah:

  • Benjolan kecil berwarna daging atau kelabu di kawasan kelamin;
  • Beberapa ketuat bergabung membentuk rupa kubis bunga;
  • Gatal atau rasa tidak selesa di kawasan kelamin;
  • Berdarah dengan hubungan seksual.

Perempuan boleh mengalami ketuat di vulva, dinding faraj, kawasan antara kelamin dan dubur, saluran dubur dan serviks. Lelaki boleh mengalami ketuat di hujung atau batang zakar, skrotum atau dubur.

Ia juga boleh berlaku di mulut atau tekak mereka yang melakukan seks oral dengan seseorang yang dijangkiti.

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda harus berjumpa doktor jika anda atau pasangan anda mempunyai benjolan atau ketuat di kawasan kelamin. Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda atau simptom yang disebut di atas atau sebarang persoalan, sila berhubung dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak dengan cara yang berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah jalan yang terbaik untuk mendapatkan nasihat yang paling sesuai dengan situasi anda.

Punca

Apakah Punca Ketuat kelamin?

Ia disebabkan oleh virus papiloma manusia (HPV). Dilaporkan bahawa terdapat lebih 40 jenis HPV yang boleh menjangkiti kawasan kelamin. Melalui hubungan seksual, HPV kelamin tersebar. Jika sistem imun anda cukup kuat untuk membunuh HPV kelamin, anda tidak akan mengalami tanda atau simptom jangkitan ini. Walaubagaimanapun, dalam kebanyakan kes, HPV kekal dan tidak mendatangkan apa-apa simptom.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Ketuat kelamin?

Terdapat banyak faktor risikonya seperti:

  • Melakukan hubungan seksual tak terlindung dengan ramai pasangan;
  • Mengalami penyakit kelamin yang lain;
  • Melakukan hubungan seksual dengan pasangan yang tidak diketahui sejarah seksualnya;
  • Menjadi aktif seks pada umur muda.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Ketuat kelamin didiagnosis?

Pemeriksaan fizikal di bahagian yang anda mengesyaki ada ketuat dilakukan. Sekiranya ketuat tumbuh di dalam tubuh perempuan, ujian pelvis diperlukan. Doktor akan meletakkan larutan asid ringan yang membantu menjadikan ketuat tersebut lebih jelas dilihat.

Doktor mungkin juga mengambil swab di bahagian terbabit untuk mendapatkan sel dari serviks (Pap smear) untuk membuat diagnosis. Ini boleh diuji untuk melihat kehadiran virus HPV. Di samping itu, mereka boleh bertanya anda beberapa soalan untuk mengetahui tentang kesihatan dan sejarah seksual anda.

Bagaimana pesakit Ketuat kelamin dirawat?

Doktor mungkin memberikan anda rawatan topical termasuk imiquimod (Aldara), podophyllin dan podofilox (Condylox), trichloroacetic acid (TCA).

Pembuang ketuat yang dibeli melalui kaunter adalah tidak digalakkan untuk merawat ketuat kelamin kerana tisu di bahagian kelamin adalah terlalu lembap. Ubat-ubatan tersebut boleh menyebabkan rasa sakit dan iritasi.

Pembedahan diperlukan jika anda ada ketuat yang besar atau ketuat yang tidak memberi respon kepada ubat. Jika anda sedang hamil, pembedahan juga disyorkan untuk mengelakkan pengambilan ubat yang boleh memberi kesan kepada bayi. Pilihan pembedahan termasuk pembekuan dengan nitrogen cecair (cryotherapy) dan rawatan laser.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Ketuat kelamin?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi  ketuat kelamin:

  • Gunakan kondom ketika hubungan seksual. Ini membantu mengurangkan risiko dijangkiti ketuat kelamin.
  • Lakukan rendaman faraj (sitz bath). Penuhkan tab mandi dengan air suam sebanyak beberapa inchi. Kemudian duduk di dalamnya selama 10 ke 15 minit setiap hari.
  • Gunakan lampu pemanas atau pengering rambut. Anda boleh menggunakan ini untuk mengeringkan bahagian kelamin anda. Walaubagaimanapun anda perlu pastikan bahawa anda memegang lampu atau pengering tersebut sekurang-kurangnya 40 cm dari kulit anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Tarikh Reviu April 4, 2018 | Kali terakhir kemaskini: April 4, 2018

Ingin menjalani kehidupan yang lebih sihat?
Dapatkan tips dan informasi kesihatan serta gaya hidup sihat terus ke email anda