Ketegangan Pinggang

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh hellodoktor

Definisi

Apakah itu ketegangan pinggang?

Serangkaian otot dan ligamen di belakang anda memastikan tulang-tulang belakang anda supaya berada pada tempatnya. Otot anda boleh tercedera dengan meregangkannya secara berlebihan, menyebabkan koyakan kecil pada tisu otot. Otot kemudiannya melemah, akhirnya, ia mungkin tidak dapat memegang tulang tulang belakang anda di tempatnya dengan betul. Tulang belakang menjadi kurang stabil dan akan menyebabkan sakit pinggang.

Oleh kerana saraf anda dari saraf tunjang menegang, ia boleh menyebabkan kesakitan pinggang dan kesakitan di tempat lain.

Apakah kebarangkalian ketegangan pinggang?

Ketegangan pinggang ini sangat biasa berlaku. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom bagi ketegangan pinggang?

Simptom yang paling biasa muncul bagi ketegangan pinggang adalah

  • Kesakitan dan ketegangan belakang
  • Sakit pada pinggul dan kaki, dan selalunya di belakang paha
  • Kesakitan akan bertambah buruk apabila membongkokkan badan, meregangkan badan, batuk dan bersin

Mungkin terdapat simptom lain yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai kebimbangan, berundinglah dengan doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor?

Oleh kerana simptom ketegangan pinggang ini lebih kurang sama dengan simptom penyakit lain yang lebih serius, amatlah penting untuk anda membuat pemeriksaan dengan doktor. Sekiranya merasa kebas dan kaki menjadi lemah ataupun mempunyai masalah pada usus dan pundi kencing, ia mungkin tanda-tanda kepada kerosakan saraf – dan ia memerlukan rawatan segera.

Jika anda mempunyai mana-mana tanda atau simptom seperti yang disenaraikan di atas atau mempunyai persoalan berkenaannya, sila berjumpa dengan doktor anda. Badan setiap orang mungkin mempunyai reaksi berbeza. Langkah terbaik adalah dengan berbincang dengan doktor anda tentang apa yang terbaik untuk anda.

Punca-punca

Apakah yang mengakibatkan ketegangan pinggang?

Ketegangan pinggang boleh disebabkan:

  • Latihan fizikal yang melampau
  • Jatuh
  • Tunduk dan mencangkung secara berulang kali
  • Mengangkat beban yang berat dengan tidak dengan postur yang betul

Ia juga boleh disebabkan tekanan emosi, postur badan yang tidak betul, berat badan berlebihan, gemuk atau duduk dengan posisi yang sama untuk tempoh yang lama. Bahkan, batuk yang teruk juga boleh mengakibatkan ketegangan pinggang.

Faktor risiko

Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko ketegangan pinggang?

Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Diagnosis dan rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti kepada nasihat kesihatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah ketegangan pinggang didiagnosis?

Dengan mengumpulkan sejarah kesihatan anda dan melakukan pemeriksaan fizikal biasanya sudah memadai untuk kita mendiagnosis ketegangan pinggang.

  • Sejarah kesihatan anda termasuklah maklumat berkenaan simptom semasa seperti bila dan bagaimana simptom itu bermula, adakah simptom itu muncul selepas kecederaan, adakah ia muncul secara tiba-tiba, atau apakah kesakitannya semakin teruk. Sejarah kesihatan juga termasuklah maklumat tentang kadar latihan fizikal, tabiat tidur dan latar belakang kesihatan pada masa lalu
  • Ujian pemeriksaan fizikal dijalankan untuk mengetahui kadar pergerakan dan fleksibiliti pinggang, sepertimana bagi otot pinggul, pelvik dan hamstring (belakang paha). Dengan menyentuh sepanjang kawasan pinggang akan dapat mengesan ketidaknormalan tulang belakang yang mana mungkin menjadi punca kepada kesakitan. Iritasi akar saraf juga mungkin dapat dikesan melalui ujian mengangkat kaki, ia akan dapat mengenal pasti kecederaan seperti hernia cakram intervetebral atau stenosis (penyempitan) spina / saraf tunjang

Sementara itu, ujian pengimejan seperti sinar-X dan pengimbas MRI jarang sekali diperlukan untuk mengesan kecederaan otot. Salah satu mungkin diperlukan hanya untuk mengesan lain-lain kemungkinan punca kesakitan seperti kepatahan tulang atau hernia cakram intervetebral sekiranya  keadaan-keadaan tersebut disyaki. Bagi pesakit yang mempunyai sejarah kanser ataupun kecederaan fizikal (trauma), ujian pengimejan yang utama diperlukan sebagai pengamalan kebiasaannya. Contohnya sinar-X akan dijalankan dahulu dan pengimbas MRI akan diarahkan sekiranya terdapat sesuatu yang membimbangkan berdasarkan imej sinar-X.

Bagaimanakah ketegangan pinggang dirawat?

Ketegangan pinggang mungkin akan terasa sangat menyakitkan dan merunsingkan. Tetapi, ada berita baik bagi kebanyakan kes kerana ia biasanya akan sembuh dengan sendiri selepas satu tempoh masa tertentu. Untuk mempercepatkan lagi penyembuhan, anda hendaklah:

  • Tuamkan ais pada pinggang anda untuk mengurangkan kesakitan dan kebonjolan sebaik sahaja selepas kecederaan berlaku. Lakukan selama 20-30 minit setiap 3-4 jam untuk selama 2-3 hari. Anda juga boleh menuamkan dengan ais pada belakang pinggang anda setiap kali selepas aktiviti fizikal
  • Tuamkan dengan haba pada belakang anda – tetapi hanya selepas 2-3 hari selepas anda menuamkannya dengan ais. Gunakan haba untuk belakang pinggang sebaik sahaja bengkak sudah surut. Anda juga boleh menggunakan pad pemanas elektrik atau air panas di dalam botol. Atau anda juga boleh dengan hanya berendam di dalam air panas
  • Sila ambil ubat penahan sakit ataupun ubat-ubatan yang lain yang dicadangkan oleh doktor anda. Ubat penahan sakit / keradangan bukan steroid seperti Advil, Aleve atau Motrin akan membantu meredakan sakit ketegangan pinggang dan bengkak. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan ini mempunyai kesan sampingannya. Ia seharusnya digunakan apabila diperlukan sahaja kecuali apabila doktor mengarahkan anda melakukan sebaliknya. Pengambilan ubat penahan sakit dan ubat relaksan otot adakalanya diperlukan
  • Gunakan alat bantuan sokongan. Bertanyalah kepada doktor atau ahli terapi terlebih dahulu. Pertimbangkan untuk anda menggunakan tali pinggang khas atau bengkung untuk menyokong belakang badan anda. Gunakan untuk satu tempoh masa yang pendek atau hanya sewaktu untuk mengangkat beban yang berat yang berulang-ulang
  • Dapatkan terapi fizikal untuk membina semula kekuatan, setelah doktor anda mencadangkannya. Jangan hanya terbaring di katil atau sofa sepanjang hari. Ia akan menjadikannya lebih teruk
  • Kekalkan tona otot abdomen dan belakang dengan baik

Tidak kiralah apa yang orang kata, terlantar di katil tidak menyembuhkan. Ramai orang berpendapat, rawatan terbaik yang dapat melegakan sakit ketegangan pinggang adalah dengan berbaring sehingga baik. Tetapi, menurut kajian, ia tidak dapat membantu anda. Sebaliknya, selepas anda berehat (dari aktiviti) selepas sehari dua, anda disarankan untuk memulakan aktiviti ringan.

Perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang boleh digunakan ke atas ketegangan pinggang?

Berikut adalah gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan yang dapat membantu anda yang ketegangan pinggang;

Apapun yang anda lakukan, jangan melakukannya dengan gopoh, Jangan kembali kepada keaktifan anda sebelum ini sehinggalah:

  • Anda boleh bergerak dengan mudah seperti sediakala
  • Anda tidak merasakan kesakitan apabila membengkok badan, memusing badan, berjalan, lari dan melompat

Di sini, terdapat beberapa tips untuk mengelakkan ketegangan pinggang:

  • Jika anda merasakan sakit pinggang sewaktu melakukan aktiviti, maka berhenti dengan segera
  • Jika anda merasakan sakit pinggang dalam masa sehari selepas aktiviti bersenam, berehatlah dari aktiviti itu selama beberapa hari
  • Jaga bentuk badan anda. Bersenam dan membuat regangan pada otot belakang anda secara berkala
  • Elakkan anda tidur meniarap. Tidurlah secara berbaring atau mengiring, dan letakkan bantal di antara dua kaki anda
  • Jika anda ingin mengangkat sesuatu beban yang berat, bengkokkan lutut, bukan pinggang anda
  • Kurangkan berat badan sekiranya anda seorang yang gemuk
  • Dapatkan postur badan yang betul. Duduk pada kerusi dengan tulang belakang anda selari dengan belakang kerusi

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan kefahaman lebih baik tentang penyelesaian terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perundingan kesihatan, diagnosis ataupun rawatan.

enEnglish

Tarikh Reviu: Julai 31, 2018 | Kali terakhir kemaskini: September 13, 2019

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut